omniture

Kesihatan Tulang Bermula Dari Dalam Rahim Maka Pemakanan Baik Penting Untuk Tulang Kuat Sepanjang Hayat

Pelancaran rasmi Hari Osteoporosis Sedunia - yang disambut pada 20 Oktober - menonjolkan kepentingan nutrisi untuk kesihatan tulang sejak awal kehidupan sehinggalah dewasa
The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2015-06-08 09:00 328

NYON, Switzerland, June 8, 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini menyaksikan pelancaran kempen Hari Osteoporosis Sedunia (WOD) 2015 yang dianjurkan oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF). Disambut pada 20 Oktober, tema tahun ini memfokuskan Nutrisi dan memberi perhatian kepada cabaran kesihatan awam yang berkaitan dengan pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, vitamin D, dan protein serta nutrien mikro lain yang penting untuk kesihatan tulang.

Kebanyakan individu tidak mendapat pengambilan harian yang disarankan bagi mereka untuk kalsium dan vitamin D. Malah, di seluruh dunia, kira-kira 1 bilion orang mempunyai paras vitamin D yang tidak mencukupi dalam darah mereka, dan kekurangannya boleh dilihat dalam semua bangsa dan kumpulan usia. Di China, anggaran daripada Kaji Selidik Status Kesihatan pada tahun 2002 menunjukkan kurang 10% daripada rakyat China mempunyai pengambilan kalsium dalam pemakanan yang mencukupi. Kekurangan kalsium kronik yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan banyak kesan buruk, termasuk osteopenia dan osteoporosis.

Osteoporosis ditakrifkan sebagai 'penyakit pediatrik dengan kesan geriatrik', yang menekankan kesihatan tulang dibentuk awal dalam kehidupan; malah sejak dari dalam rahim lagi. Status nutrisi si ibu yang buruk boleh menjejaskan pertumbuhan optimum rangka bayinya. Ia telah dikaitkan dengan kandungan mineral tulang dewasa yang berkurangan pada jisim tulang puncak dan lewat dalam kehidupan, selain risiko yang meningkat terhadap patah tulang pinggul.

Selain daripada itu, zaman kanak-kanak dan awal remaja adalah tempoh yang kritikal untuk pembinaan tulang kerana pada masa ini, saiz dan kekuatan tulang kita meningkat secara signifikan. Kira-kira separuh daripada jisim tulang kita terkumpul semasa waktu remaja. Proses ini berterusan sehingga pertengahan usia 20-an yang mana jisim tulang puncak sering kali telah dicapai (jumlah tulang semaksimum yang mungkin sewaktu pertumbuhan rangka).

Membantu seorang kanak-kanak mencapai kekuatan tulang optimum sangat penting semasa tempoh lewat dewasa kerana terdapat lebih banyak bekalan tulang untuk diambil; tidak seperti pada usia muda, orang dewasa tidak boleh menggantikan tisu tulang sama cepat dengan kadar kehilangannya. Dipercayai 10% daripada peningkatan ketumpatan mineral tulang puncak (BMD) - satu ukuran kekuatan tulang - boleh melambatkan pembentukan osteoporosis selama 13 tahun.

Prof. John Kanis, Presiden IOF, berkata: "Tulang rangka kita adalah seperti rumah. Ia perlu dibina dengan bahan yang betul untuk memastikan strukturnya kukuh dan diselenggara sepanjang masa untuk mengelakkannya daripada mengalami sebarang kerosakan bagi tempoh jangka masa panjang. Sebab itu memakan makanan seperti produk tenusu, ikan berminyak, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh memberi kita nutrien penting yang merupakan blok binaan utama untuk tulang yang kuat."

Judy Stenmark, Ketua Pegawai Eksekutif IOF menambah "99% daripada 1 kg kalsium yang ditemui dalam tubuh secara puratanya berada dalam tulang kita, dan ini menekankan lagi mengapa kita perlu mendapatkan pengambilan harian kita sebagai bahan api untuk penghasilan dan penyelenggaraan tulang. Saya galakkan semua orang mengambil ujian Kalkulator Kalsium IOF untuk mengetahui jumlah kalsium yang mereka peroleh, dan cara untuk mereka menggalakkan pengambilan mereka."

Kalkulator Kalsium boleh didapati secara percuma melalui:

WOD, disambut setiap tahun pada 20 Oktober, menandakan kempen selama setahun http://www.worldosteoporosisday.org #LoveYourBones

Rakan Kongsi Rasmi WOD: Amgen, Fonterra, Pfizer Consumer Healthcare, Lilly, MSD, Takeda
Penyokong Nutrisi WOD: DSM, Rousselot, Sunsweet

Latar Belakang Yayasan Osteoporosis Antarabangsa

IOF merupakan pertubuhan tanpa untung terbesar dunia yang dikhususkan untuk tujuan pencegahan, diagnosis, dan rawatan osteoporosis serta penyakit rangka otot lain yang berkaitan. http://www.iofbonehealth.org

Wakil media

Charanjit K. Jagait, IOF
Telefon +41-79-874-52-08, cjagait@iofbonehealth.org

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150608/748011-a

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Clinical Trials/Medical Discoveries