FRANKFURT, Jerman, 8 Jun 2015 /PRNewswire/ -- CSA Group, penyedia global bagi perkhidmatan pengujian dan pengesahan serta organisasi pembangunan standard utama, telah membuka pejabat di Hannover (Jerman) yang akan menumpukan pengujian dan pengesahan lokasi berbahaya (hazloc) selain keselamatan kefungsian. Pasukan baharu itu termasuk Herbert Peters dan Gordon Neuroth, kedua-duanya pakar terkenal dalam pengujian dan pengesahan lokasi berbahaya dalam pasaran Jerman. Mereka akan bekerjasama rapat dengan pasukan lokasi berbahaya global CSA Group untuk menyediakan pengesahan dan khidmat berkaitan kepada para pelanggan Jerman.
"CSA Group amat berbesar hati untuk meluaskan penawaran khidmat pengesahan kami di Eropah dengan pejabat Hannover baharu kami serta penambahan pakar-pakar hebat kepada pasukan ini," kata Ralf Schunk, Naib Presiden Serantau Eropah CSA Group. "Kami mendapat permintaan hebat di Jerman daripada sektor minyak selain industri kimia serta petrokimia, dan kini kami akan dapat menyediakan perkhidmatan tempatan kepada para pelanggan kami di Jerman."
Pejabat Hannover itu dilengkapi dengan makmal lokasi berbahaya canggih baharu CSA Group di Hawarden, UK, yang dibuka pada Mei 2015. Makmal Hawarden baharu itu menggunakan kelengkapan serta teknik terkini dan merupakan salah satu kemudahan pengujian kepatuhan standard antarabangsa yang paling komprehensif di dunia. Makmal tersebut menyokong keperluan pengujian kepatuhan dan menawarkan ujian Perlindungan Kemasukan (IP), pengujian kenaikan suhu untuk mensimulasi keadaan "kehidupan sebenar", sel letupan dan kalis api, pengujian dispenser bahan bakar dan "makmal tanpa logam" yang direka khusus untuk mengurangkan risiko percikan api. Selain itu, CSA Group akan terus melabur dalam makmal Jermannya di Strasskirchen dan Frankfurt untuk menyediakan khidmat pengujian lokasi berbahaya.
CSA Group menyediakan khidmat pengujian dan pengesahan lokasi berbahaya untuk Kesatuan Eropah, Amerika Utara, pengesahan ATEX dan IECEx. CSA Group memiliki pasukan pakar yang berkemahiran di United Kingdom dan merupakan peneraju yang diiktiraf dalam perkhidmatan lokasi berbahaya di seluruh dunia. CSA Group juga mempunyai kemudahan pengujian lokasi berbahaya di Kanada, Amerika Syarikat, India dan China serta memiliki ratusan pakar lokasi berbahaya yang berpengalaman di seluruh dunia.
Pejabat baharu itu terletak di CSA Group, Technologie Zentrum im Wissenschaftspark, Hollerithallee 17, 30419 Hannover dan boleh dihubungi melalui talian +49 511 60068874.
Latar Belakang CSA Group
CSA Group merupakan persatuan keahlian bebas dan tanpa untung yang berdedikasi terhadap keselamatan, kebaikan sosial dan kelestarian. Pengetahuan dan kepakarannya merangkumi pembangunan standard; latihan dan kemudahan khidmat nasihat; perkhidmatan pengujian dan pengesahan global merentasi bidang perniagaan penting termasuk lokasi berbahaya dan perindustrian, pengangkutan, perpaipan dan pembinaan, perubatan, keselamatan dan teknologi, perkakasan dan gas, tenaga alternatif, pencahayaan dan kelestarian; serta khidmat penilaian produk pengguna. Tanda pengesahan CSA terdapat pada berbilion-bilion produk di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang CSA Group lawati www.csagroup.org.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Allison Hawkins
Pengurus, Hal Ehwal Korporat
1-416-747-2615
allison.hawkins@csagroup.org