omniture

Pharco Pharmaceuticals Lancarkan Kejohanan Skuasy Wanita Iskandariah - Yang Tersenarai di Tempat Kelima dari Segi Mata - dan Berkempen untuk Menyertakan Skuasy pada Olimpik Tokyo 2020

Pharco pharmaceuticals
2015-06-10 01:42 273

ALEXANDRIA, Egypt, 10 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Presiden Pharco Pharmaceuticals: "Sasaran kami adalah melangkaui rawatan dan kami bersedia ke arah pencegahan penyakit dengan mendorong sukan."

Presiden jawatankuasa penganjuran kejohanan: "Memilih Perpustakaan Iskandariah membawa mesej positif kepada dunia."

Iskandariah: Sabtu, 6 Jun 2015

Sebuah bankuet makan malam telah diadakan di kota bersejarah QaitBay di Iskandariah untuk meraikan pelancaran edisi pertama Kejohanan Skuasy Wanita Iskandariah dengan 40 pemain wanita antarabangsa, termasuk pemain pilihan Mesir di bawah tajaan Pharco Pharmaceuticals sebagai sebahagian daripada usaha sosialnya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7546651-pharco-alexandria-tokyo-olympics/

Penyanyi terkenal Nesma Mahgoub memimpin acara itu yang telah dihadiri oleh gabenor Iskandariah, ketua-ketua persekutuan Mesir dan Afrika dan 32 pemain pilihan utama termasuk pemain terbaik Malaysia, Nicol David. Tetamu termasuk pengerusi kehormat Persekutuan Skuasy Antarabangsa Jahangir Khan dari Pakistan, pengerusi Sporting Club dan penaja-penaja utama.

Dalam ucapannya pada majlis pembukaan, pengerusi Pharco Pharmaceuticals, penaja platinum kejohanan dan penaung kempen untuk menyertakan skuasy dalam senarai sukan Olimpik di Tokyo 2020, Dr. Seif el Din Helmy menegaskan bahawa tujuan Pharco adalah penghapusan penyakit dengan mendorong sukan dan kehidupan yang sihat. Menurut Seif, "mempunyai impian" adalah sifat manusia dan oleh itu pemain skuasy di seluruh dunia mempunyai hak untuk mengimpikan kemenangan pingat untuk negara mereka masing-masing. Seif dengan itu menyeru agar skuasy disertakan dalam Sukan Olimpik. Seif menyimpulkan dengan mengulangi slogan kempen, "impian untuk memenangi pingat" dalam bahasa Arab, Inggeris dan Jepun.

Bagi pihak beliau, pengerusi jawatankuasa penganjuran kejohanan dan penganjur kejohanan skuasy terbuka Gouna bagi tempoh empat tahun, Amr Mansi, menerangkan bahawa perpustakaan Iskandariah telah dipilih kerana ia merupakan mercu tanda kebudayaan yang menonjol.

Pusingan awal bermula awal Jumaat di gelanggang-gelanggang Sporting Club. Pusingan pertama dilangsungkan dalam gelanggang kaca di laman luar Perpustakaan Iskandariah yang mana para pemain bersaing untuk meraih hadiah berjumlah $100,000.

Pemain pilihan pertama Mesir Mohamed el Shorbagy dan pemain Perancis Gautier di tempat ketiga telah bertanding dalam perlawanan persahabatan.

Pharco telah menganjurkan Kejohanan Skuasy Pharco Antarabangsa bernilai $10,000 pada Februari lalu dengan 17 pemain Mesir.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150609/748417)

Source: Pharco pharmaceuticals
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Sporting Events Sports Women-related news