omniture

Formica Lancarkan Portfolio Diperbaharui Laminat Tekanan Tinggi di Asia

BESAR, BERANI, CANTIK (BE BIG, BE BOLD, BE BEAUTIFUL)
Formica
2015-06-10 14:58 531

SHANGHAI, 10 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Formica Group, peneraju global dalam bahan hiasan permukaan, berbesar hati mengumumkan koleksi baharu laminat bertekanan tinggi dan kemasan dalam pasaran Asia. Dilancarkan dengan tema Be Big, Be Bold, Be Beautiful, laminat-laminat baharu itu membawa ilham trend rekaan semasa, menawarkan kepada arkitek, pereka dalaman, pengilang dan pembina dengan rangkaian bergaya yang terdiri daripada 73 dekor baharu, membawakan sehingga 500 penyelesaian laminat hiasan.  

Mengambil tema rekaan semasa yang menggunakan bahan semula jadi dan permukaan bertekstur, Formica telah membangunkan 17 urat kayu vintaj baharu; 9 rupa skala sebenar 180fx™; 6 corak berinspirasi tekstil, 6 warna biasa dan 4 kemasan baharu.

Urat Kayu Vintaj

Didorong oleh gaya rekaan perindustrian dan corak nostalgik, koleksi urat kayu baharu menggabungkan permukaan kayu yang tidak lapuk ditelan zaman, termasuk Elm Vintaj, Maple Basuhan Semula Jadi, Beamwood Teroksidasi, dengan pemprosesan perindustrian untuk menghasilkan unsur rekaan retro. Produk-produk tersebut tersedia untuk menyerlahkan gaya klasik merentasi berbilang aplikasi -- dengan inspirasi nostagik.

Bagi menyokong nilai estetika perindustrian dan bandar yang bergaya, Unsur Konkrit, Formwood Konkrit menambahkan sentuhan moden, kekemasan dan kecanggihan kepada bahagian dalaman; sementara Unsur Oksida mengajuk logam berkarat, teroksida dan keindahan maskulin keluli gulung. 

Rupa Skala Sebenar 180fx™

180fx™ menandakan revolusi pada bahagian permukaan dengan corak marmar berskala sebenar dan menawarkan pengalaman visual tanpa bandingan untuk permukaan canggih yang moden. Marmar Calacatta mengabadikan perincian luar biasa kelutcahayaan halus batu tersebut dengan urat-urat kelabu hangat dan taupe lembut berlatar putih cerah. Laminat berskala besar ini mereplikasi ciri-ciri batu semula jadi dengan sempurna dan cukup versatil untuk digandingkan dengan sebarang rekaan dalaman.

Corak Berinspirasi Tekstil

Keaslian dan kembali kepada bahan asas dan ringkas merupakan salah satu trend penting dalam hiasan dalaman. Koleksi Formica memberi penekanan kepada corak fabrik. Sebagai alternatif lestari dan mesra alam kepada fabrik sebenar, Corak Berinspirasi Tekstil Formica menawarkan rekaan permukaan yang menyamai linen dan kain kepar (twill) dengan garisan serta bayangan indah. Koleksi ini merupakan rekaan luar biasa untuk hiasan dalaman masa kini dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk hiasan moden.

Warna Biasa

Warna Biasa baharu diilhamkan daripada pastel yang memanfaatkan kuasa puitis dalam warna-warna lusuh. Rangkaian warna asas asli dan dikemas kini membawakan sentuhan feminin dan canggih kepada sesuatu ruang dalaman. Juga Nocturne biru tua yang hampir hitam dan sangat gelap, serta Denim yang menjadi trend, perlambangan indah jean biru klasik, untuk gaya kontemporari. Laminat tersebut dapat digunakan dalam cara yang amat kreatif untuk menampilkan ruang yang ceria dan bergaya dengan kualiti terbaik.

Kemasan Baharu

Dengan mereplikasi permukaan semula jadi termasuk batu, kayu dan fabrik, tekstur baharu termasuk Kapur, Linum, Urat Semula Jadi dan Terasah mewujudkan permukaan kilauan rendah semula jadi yang menghidupkan laminat. Menambahkan dimensi baharu kepada rekaan, kemasan baharu ini tersedia dalam pelbagai pilihan Laminat Formica dan menyediakan pengalaman sebenar melalui deria sentuhan.

Menawarkan potensi yang besar untuk aplikasi ruang dalaman yang inovatif dan nostalgik, koleksi baharu laminat ini amat sesuai untuk menghiasi ruang bergaya termasuk kawasan peruncitan dan hospitaliti, kawasan perniagaan, blok kediaman, unit penjagaan kesihatan serta pendidikan.

Gambar Aplikasi Formica 2015
Gambar Aplikasi Formica 2015

"Sebagai saham pandu untuk industri permukaan hiasan, Formica komited dalam membangunkan produk-produk yang inovatif dan mesra alam," kata Peter Wilson, Presiden Formica Asia. "Rangkaian baharu produk ini bukan sahaja menampilkan keindahan semula jadi, tetapi juga boleh digabungkan dengan teknologi bersih kami serta menawarkan persekitaran yang lebih bersih."

Sebagai peneraju bagi trend rekaan permukaan berhias, Formica menggunakan bahan-bahan boleh diperbaharui untuk menghasilkan produk-produk daripada peringkat awal untuk memenuhi sasaran kelestarian. Diiktiraf oleh Forest Stewardship Council (FSC®), Formica Group merupakan satu-satunya pengeluar laminat global yang dianugerahkan Label Pengurangan Karbon oleh Carbon Trust untuk produk-produknya, selain memperoleh pensijilan Kualiti Udara Dalaman GREENGUARD bagi semua kilang dan juga laminatnya.

Dengan pelancaran ini, Formica Group terus menginovasi dan menerajui pasaran dalam laminat dekoratif dan dengan produk premiumnya, ia memberikan arkitek, pereka dalaman, fabrikator, dan pengilang dengan alatan dasertan sokongan yang mereka perlukan untuk menghasilkan rekaan yang mengagumkan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150603/0861504891-a

Source: Formica
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services