omniture

Thomsons Online Benefits: Transformasi Lengkap apabila Tempahan SaaS Melonjak 111%

Thomsons Online Benefits
2015-06-10 15:00 328

LONDON, 10 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Thomsons Online Benefits ("Thomsons"), Kumpulan SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan) Pengurusan dan Penglibatan Pekerja manfaat global, telah menerbitkan pencapaian tahunnya yang lengkap sepanjang 12 bulan sehingga 31 Disember 2014.

Sorotan operasi

  • Beralih sepenuhnya kepada model langganan SaaS, berasaskan Darwin™ - penyelesaian utama untuk pengurusan manfaat dan penglibatan pekerja global
    • Pelaburan tambahan sebanyak GBP5.0j melebihi perbelanjaan teknologi tahunan signifikan, ke atas inovasi perisian lanjut, infrastruktur teknologi, perluasan kerjasana dan jualan perusahaan - akan mendorong manfaat operasi
  • Menetapkan tiga laluan ke pasaran - Perusahaan Global, UK dan Rakan Kerjasama untuk menambahkan jumlah signifikan kepada Darwin™
    • Mencapai kemajuan signifikan dalam memperoleh rakan pengedaran global baharu
    • 3 kerjasama global strategik dijalankan; satu telah ditandatangani dan dua lagi pada peringkat kontrak
    • Mengalihkan fokus kepada pelanggan antarabangsa dan perusahaan besar (60% daripada tempahan) - peningkatan ketara dalam buku tempahan
    • Keluaran berkontrak baharu yang signifikan di kawasan tambahan untuk pelanggan sedia ada
  • Tujuh daripada 10 syarikat teknologi terbaik global dan enam daripada 10 jenama terbaik global menggunakan Darwin™
  • Perisian Darwin™ secara langsung di lebih 70 buah negara

Sorotan Kewangan

  • Tempahan SaaS meningkat 111%
    • Pelanggan yang dikontrak pada tahun 2014 mendorong 40% pertumbuhan dalam langganan SaaS dan hasil berulang pada tahun 2015
  • Hasil berulang meningkat 18% dan hasil yuran meningkat 19%
    • Hasil keseluruhan GBP32.0j (2013: GBP36.7j) mencerminkan perubahan dalam fokus kepada yuran dan perkhidmatan berasaskan langganan SaaS daripada pembayaran pelaksanaan tunggal, digandingkan dengan fokus terhadap pelanggan UK yang lebih besar dan bertaraf antarabangsa
  • 97% pengekalan pelanggan dikekalkan
  • EBITDA GBP5.7j (2013: GBP12.8j) mencerminkan penurunan dalam komisen satu kali membiayai hasil pelaksanaan dan pelaburan bertambah merentasi Kumpulan
  • Kadar tukaran tunai operasi 107%
  • Lembaran imbangan kukuh dengan tunai sebanyak GBP12.6j

Tinjauan

  • Pasaran Perusahaan Global dinilaikan lebih $10bn
    • Pasaran keseluruhan berkembang setiap tahun pada 7% sepanjang lima tahun lalu
    • Seluruh Dunia (bukan AS) berkembang sebanyak 22%
  • Pelaburan dalam jualan Perusahaan telah membina perancangan yang ketara bagi peluang untuk berbilang negara
  • Rakan global strategik baharu mendorong jualan baharu, penyampaian dan pengalaman pelanggan bersepadu di UK dan Perusahaan
  • Rakan kerjasama memperluas dan membuka saluran baharu untuk pasaran, penyelesaian manfaat global menjadi pembeza penting dalam pasaran HCM SaaS
  • Rancangan Kerjasama kukuh memasuki tahun 2015 - dijangka berkembang pada tahun 2015 untuk memacu pertumbuhan selanjutnya
  • Pandangan signifikan untuk hasil tahun 2015 dan seterusnya - GBP118j sepanjang lima tahun akan datang, berdasarkan kadar pembaharuan purata 97%

Michael Whitfield, Ketua Pegawai Eksekutif mengulas:

"Dalam tempoh hanya tiga tahun, kami telah berubah sepenuhnya kepada model perniagaan langganan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) berasaskan tiga laluan ke pasaran – Perusahaan Global, UK dan Rakan Kerjasama. Kami juga telah meletakkan Darwin™ sebagai perisian pengurusan manfaat dan penglibatan pekerja yang terkemuka di peringkat global.

"Wawasan masa depan kami telah berubah. Kini kami dapat melihat kira-kira GBP118j sepanjang lima tahun akan datang, dengan kadar pembaharuan purata sebanyak 97%, yang pastinya akan meningkat dengan ketara setiap tahun apabila peluang baharu ditempah.

"Petunjuk penting yang mendasari kekuatan Kumpulan ini adalah pertumbuhan tempahan SaaS sebanyak 111% mendorong lebih 40% peningkatan hasil langganan SaaS pada tahun 2015.

"Strategi saluran rakan kerjasama kami telah disahkan. Ia akan membolehkan kami mengembangkan perniagaan dan menyediakan capaian antarabangsa yang lebih luas, selain terus mempercepat kemajuan kami. Hasil kombinasi semua faktor ini, serta keinginan kukuh daripada para pelanggan baharu dan sedia ada, kami menjangkakan akan menyaksikan pertumbuhan lanjut yang ketara pada tahun 2015."

Untuk hebahan akhbar penuh sila lawati laman sesawang Thomsons (https://www.thomsons.com/news-and-press ).

Nota untuk Editor

Thomsons merupakan pembekal Perisian sebagai Perkhidmatan ("SaaS") global untuk pengurusan manfaat dan penglibatan pekerja global. Matlamatnya adalah untuk menggunakan teknologi bagi merevolusikan pasaran manfaat pekerja.

Lebih 400 Kakitangan Thomsons beriltizam untuk membantu Sumber Manusia dan mengganjari ahli-ahli profesional untuk menyediakan skim manfaat yang berimpak, serta menjimatkan kos, di samping membolehkan pekerja mereka terlibat dengan manfaat mereka, sepanjang hayat mereka.

Kumpulan ini bekerjasama dengan majikan utama dunia untuk memaksimumkan kehebatan Darwin™ di 70 buah negara dan 19 bahasa. Thomsons bekerjasama dengan tujuh daripada 10 syarikat teknologi terbaik global dan enam daripada 10 jenama terbaik global.

Kejayaan Thomsons adalah disebabkan oleh tiga perkara utama: produk yang menerajui pasarannya, Darwin™; kemampuannya untuk menyesuaikan dengan pasaran yang sentiasa berubah; dan Kakitangan Thomsons yang bersemangat serta berdedikasi.

Pertanyaan:

Thomsons Online Benefits
Michael Whitfield, Ketua Pegawai Eksekutif
Paul Smolinski, Ketua Pegawai Kewangan
+44(0)203-328-4000

Instinctif Partners
Adrian Duffield/Lauren Foster
+44(0)207-457-2020

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150610/748352

Source: Thomsons Online Benefits
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Earnings Earnings projections or forecasts