omniture

Gionee Bakal Lancarkan Telefon Pintar Canggih Baharu M5 dan E8

Gionee
2015-06-11 02:59 297

BEIJING, 11 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Gionee, penyedia global utama bagi peranti mudah alih, mengumumkan telefon pintar terkininya Marathon M5 dan Elife E8 di Beijing pada 10 Jun.

"Masalah bateri telah menjadi sesuatu yang penting kepada pengguna telefon buat masa yang lama namun masih belum terdapat penyelesaian sempurna. Gionee sanggup mengusahakannya dan kini kami berjaya menghasilkan M5," kata William Lu, presiden Gionee pada awal acara pelancaran itu. M5 menyertakan bateri 6,020 mAh yang besar, satu peningkatan hebat berbanding bateri 5,000 mAh dalam M3. Peningkatan bateri Gionee memberikan telefon itu jangka hayat bateri sehingga empat hari. M5 mempunyai sistem penggunaan kuasa pintar khususnya dalam mod lampau; ia dapat menunggu selama 62 jam walaupun hanya terdapat 5% kuasa yang tinggal. Selain itu, M5 dapat dicas dalam masa yang singkat dan boleh melakukan pengecasan berbalik -- ia boleh digunakan sebagai bank kuasa untuk mengecas dua telefon mudah alih secara serentak.

Lu turut melancarkan telefon pintar canggih baharu Gionee, E8. Salah satu ciri menonjolnya ialah kamera belakang 23.7 MP, yang akan dapat menghasilkan gambar sehingga resolusi 100 Mpxl. Selain itu, ia merupakan telefon pintar Android pertama yang menawarkan zum tanpa kehilangan (lossless). Gionee menyasarkan untuk menjadikannya telefon kamera terbaik yang berada di pasaran.

Jurugambar National Geographic Fritz Hoffmann yang menyumbang turut menghadiri acara tersebut. Beliau menunjukkan beberapa foto hebat yang diambil menggunakan E8 dan menyatakan beliau agak berpuas hati dengan kameranya. Hoffmann akan terus menggunakan E8 untuk mengambil lebih banyak gambar dan berkongsi dengan Gionee pada tahun-tahun mendatang.

Gionee turut mengumumkan kerjasamanya dengan WeBank untuk melancarkan Gionee Wallet. Mereka akan cuba membina ekosistem vertikal yang andal berasaskan peranti mudah alih peribadi.

Kedua-dua telefon pintar baharu itu akan dilancarkan di negara-negara dan kawasan-kawasan berbeza tidak lama lagi.

Latar Belakang Gionee

Diasaskan pada tahun 2002, Gionee Communication Equipment Co., Ltd. merupakan sebuah syarikat berteknologi tinggi yang terlibat dalam rekaan peranti mudah alih, penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran, jualan dalam pasaran global serta perkhidmatan aplikasi internet mudah alih.

Laman sesawang rasmi: http://global.gionee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/GioneeGlobal

Source: Gionee
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services