MAKATI CITY, Filipina dan CHENNAI, India, 11 Jun 2015 /PRNewswire/ --
Diperkasakan oleh Suit Perbankan Intellect bagi menggalakkan kemajuan bank
Polaris Kaisa, inisiatif bersama antara Polaris Consulting & Services Ltd, peneraju bagi penyelesaian & perkhidmatan perubahan digital dan Kaisa Consulting, hari ini mengumumkan Bank Pembangunan Filipina (DBP), salah sebuah Institusi Kewangan Kerajaan terbesar (GFI) di Filipina, telah memilih untuk melaksanakan Teras Digital Intellect (Penyelesaian Perbankan Teras) bagi mengubah operasi perbankan terasnya.
Bank Pembangunan Filipina, iaitu sebuah institusi kewangan pembangunan terunggul negara, sudah menjadi pemain penting dalam pembinaan negara dengan membantu industri dan sektor kritikal, menggalakkan usaha keusahawanan dan menyumbang kepada kemajuan kehidupan rakyat Filipina di seluruh negara.
Polaris Consulting telah berganding bahu dengan Kaisa Consulting, khidmat runding strategi dan pelaksanaan teknologi maklumat (IT) terkemuka di Filipina bagi melaksanakan suite perbankan Intellect untuk DBP.
DBP telah memilih penyelesaian yang dipakejkan dengan set produk bersepadu daripada suit produk Intellect yang disediakan untuk Digital seperti Teras Digital (Penyelesaian Perbankan Teras), Sistem Pengasalan Pinjaman & Pengurusan Pinjaman serta Kewangan Perdagangan yang menyeluruh. Penyelesaian itu akan memacu pelaksanaan operasi dan teknologi serta menyokong kecemerlangan dengan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) yang sangat rendah untuk Bank. Penyelesaian Teras Digital, yang berasaskan platform teknologi yang berkuasa, digandingkan dengan rekaan perisian yang hebat akan membantu DBP untuk menjadi bank utama kepada setiap pelanggan dengan memperhalusi semula seluruh pengalaman pelanggan.
En. Gil A. Buenaventura, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Pembangunan Filipina, berkata, "Bank Pembangunan Filipina merupakan pemain penting dalam inisiatif pembinaan ekonomi negara. Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, kami berusaha untuk membantu membina masyarakat yang produktif dan menggalakkan aktiviti pembangunan yang dilakukan oleh individu serta organisasi dalam negara. Kepakaran bidang Polaris yang terbukti serta penyelesaian Perbankan Terasnya akan membantu kami mencapai agenda kami. Saya juga percaya penyelesaian itu akan turut menyediakan kami dengan kefleksibelan dan kebolehskalaan yang kukuh yang diperlukan bagi menyokong pelan pertumbuhan kami."
En. Carlos R. Villegas Jr., Pengarah Urusan, Kaisa Consulting Company, Inc. berkata, "Kami berbesar hati dapat menyediakan prasarana, kepakaran, dan teknologi bagi menyokong misi mulia DBP untuk menjadi institusi kewangan yang bertindak sebagai mangkin untuk Filipina yang lebih maju dan sejahtera. Kami memberi jamninan kepada pada DBP serta para pelanggannya yang Kaisa akan berusaha sedaya-upaya bagi menjayakan projek ini."
En. Jitin Goyal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, Polaris Consulting & Services Limited, berkata, "Kami gembira Bank Pembangunan Filipina memilih kami dan penyelesaian perbankan Teras Digital kami untuk membantu mereka dalam agenda pembangunan mereka. Perkongsian teknologi bersama DBP ini tiba pada masa yang sangat sesuai, kerana dalam senario ekonomi global semasa, bank seluruh dunia sedang menumpukan Perubahan Digital untuk hasil anuiti yang lebih stabil dengan risiko yang lebih rendah."
Diminta bercakap tentang manfaat Penyelesaian Perbankan Teras, En. Jaideep Billa, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna Global (iGCB), Intellect, berkata, "Penyelesaian Perbankan Teras Digital boleh membantu bank menjadi bank utama bagi setiap pelanggan dengan mentakrifkan pengalaman pelanggan. Penyelesaian itu mengharmonikan kuasa digital 360 dengan reka bentuk berpusatkan pelanggan, memastikan pengalaman yang sama merentasi semua titik sentuhan. Menyokong wawasan bank itu, pelaksanaan ini akan membolehkan bank menjajarkan semua strategi mereka untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat. Dengan penyelesaian Teras Digital, bank itu boleh mencapai cita-cita mereka untuk menerima teknologi digital melalui produk perbankan yang inovatif."
Latar Belakang DBP
Bank Pembangunan Filipina, sebuah institusi kewangan pembangunan terunggul negara, DBP telah menggalas tanggungjawab untuk tugas strategik bagi mempengaruhi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan, melalui peruntukan sumber, bagi kesejahteraan berpanjangan rakyat Filipina.
Latar Belakang Kaisa Consulting
Kaisa Consulting merupakan penyedia bertaraf dunia untuk penyelesaian perniagaan hujung ke hujung dibolehkan teknologi melalui Khidmat Nasihat Perniagaan & Teknologi, Khidmat Luar Proses Perniagaan (BPO) dengan transaksi dan transformasi, serta Pengurusan Sumber Khidmat Nasihat Teknologi Maklumat di premis dan luar pesisir.
Latar Belakang Polaris Consulting & Services Ltd
Polaris Consulting & Services Ltd merupakan penginovasi dalam perubahan digital, menawarkan penyelesaian yang menghasilkan pencapaian prestasi cemerlang yang mana penambahbaikan berterusan tidak lagi memadai. Polaris mempunyai tahap amalan terkhusus yang melibatkan perbankan pengguna dan korporat, pasaran modal serta insurans.
Untuk maklumat berkaitan Media:
Nachu Nagappan
Polaris Consulting & Services Limited
nachu.nagappan@polarisFT.com
+91(44)39874000
SUMBER Polaris Consulting & Services Ltd