omniture

Senarai Kedudukan Universiti QS: Asia 2015

QS Quacquarelli Symonds
2015-06-11 05:51 350

LONDON, 11 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Singapura mendahului, China meningkat, Jepun kekal dan India bergelut

National University of Singapore mengesahkan kepimpinannya sebagai institusi terulung Asia dalam Senarai Kedudukan Universiti QS: Asia kali ketujuh yang diterbitkan hari ini di http://www.TopUniversities.com

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140618/691283 )

Kejayaan NUS diikuti oleh Nanyang Technological University yang meningkat ke tangga ke-4, kedudukan tertingginya setakat ini. Ketika Singapura berpegang teguh kepada pingat emas, hab pendidikan saingannya, Hong Kong meraih pingat perak dengan Hong Kong University di tempat kedua, diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology (ke-5), Chinese University of Hong Kong (ke-6) dan City University of Hong Kong (ke-9). Korea meraih pingat gangsa dengan KAIST (ke-3), Seoul National University (ke-8) dan Postech (ke-10). 

2015

2014

10 Terbaik


1

1

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

SG

2

3

UNIVERSITY OF HONG KONG

HK

3

2

KAIST - KOREA ADVANCED INSTITUTE OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KR

4

7

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY

SG

5

5

THE HONG KONG UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

HK

6

6

THE CHINESE UNIVERSITY OF HONG KONG

HK

7

8

PEKING UNIVERSITY

CN

8

4

SEOUL NATIONAL UNIVERSITY

KR

9

11

CITY UNIVERSITY OF HONG KONG

HK

10

9

POHANG UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY (POSTECH)

KR

©QS Quacquarelli Symonds 2004-2015 http://www.TopUniversities.com

Terdapat 25 institusi China dalam kalangan 100 terbaik dan 16 daripadanya telah berjaya meningkatkan kedudukan tahun ini, terutamanya hasil daripada peningkatan dalam petikan penyelidikan.

Peking Universiti (ke-7) meningkat satu kedudukan sementara Tsinghua University (ke-11) meningkat tiga tempat.

"Kebanyakan institusi China yang tersenarai sedang meningkatkan keluaran penyelidikan mereka, didorong oleh tahap pelaburan awam dan swasta yang mengagumkan serta berterusan, hanya di belakang AS," kata ketua penyelidikan QS, Ben Sowter. "Namun, universiti-universiti utama negara itu masih ketinggalan dari segi bilangan petikan penyelidikan, yang memperlihatkan impak penyelidikan yang mereka hasilkan."

Secara perbandingan, hanya 9 institusi India tersenarai dalam kalangan 100 terbaik, dengan Indian Institute of Science (ke-34), muncul sebagai wakil tertinggi negara itu.

Jepun kekal sebagai negara kedua paling diwakili dalam senarai dengan 68 institusi, di belakang China yang kini mempunyai 74 institusi. Namun, empat belas daripada sembilan belas universiti Jepun yang tersenarai dalam kalangan 100 terbaik, telah kehilangan kedudukan berbanding tahun 2014.

Taiwan terus berkedudukan kukuh di sebalik saiznya, dengan 28 institusi tersenarai, termasuk 12 institusi dalam kalangan 100 terbaik.

Sementara Malaysia mempunyai 21 tersenarai, dengan enam institusi dalam senarai 100 terbaik.

Negara-negara lain yang ditampilkan dalam kalangan 300 terbaik ialah: Thailand (11 universiti), Pakistan (10), Indonesia (7), Vietnam dan Bangladesh (2), Sri Lanka, Brunei dan Macau (1).

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research