omniture

Delegasi Tertinggi Almaty 2022 Menuju ke Lausanne untuk Pembentangan Teknikal IOC Setelah Laporan Penilaian IOC yang Menggalakkan

Almaty 2022 Candidate city
2015-06-11 21:43 322

ALMATY, Kazakhstan dan LAUSANNE, Switzerland, 11 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Setelah laporan menggalakkan oleh Suruhanjaya Penilaian IOC yang dilancarkan pada 1 Jun lalu, pasukan bidaan Almaty 2022 kini menuju ke Lausanne untuk membentangkan fail teknikal mereka kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Laporan Suruhanjaya Penilaian IOC - diterbitkan Isnin lalu - merupakan pengiktirafan yang dialu-alukan untuk pelan bidaan Almaty 2022. Laporan tersebut mengiktiraf kesesuaian slogan bidaan tersebut, "Keeping it Real", dalam semua aspek pelan Almaty itu. Seluruh negara, semua peringkat Kerajaan dan keluarga sukan Kazakhstan menyokong bidaan tersebut.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7549051-almaty-2022-ioc-presentation/

"Kazakhstan telah mengejar impian Olimpik kami selama bertahun-tahun; malah ini adalah bidaan kedua kami untuk Sukan Musim Sejuk," kata En Nursultan Nazarbayev, Presiden Republik Kazakhstan. Beliau menambah, "Kami telah banyak melabur dalam sukan musim sejuk sepanjang 15 tahun lalu untuk meningkatkan kapasiti gelanggang dan pengalaman penganjuran kami. Pada tahun 2011, Almaty telah menganjurkan Sukan Musim Sejuk Asia, dan kami akan menganjurkan Universiade Musim Sejuk pada tahun 2017. Ini merupakan ujian terbaik bagi kesediaan kami untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022. Almaty 2022 melambangkan langkah ke hadapan yang besar bagi rakyat Kazakhstan dan rantau Asia Tengah; rantau yang belum pernah menganjurkan Sukan Olimpik. Almaty dan seluruh Kazakhstan tidak sabar untuk menunjukkan kepada dunia kemesraan, kepelbagaian dan keunikan kami."

Almaty 2022 diketuai oleh Perdana Menteri Kazakhstan dan Pengerusi Jawatankuasa Bidaan Almaty 2022, En Karim Massimov. Pasukan tersebut juga melibatkan Datuk Bandar Almaty En Akhmetzhan Yessimov, Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Republik Kazakhstan En Temirkhan Dosmukhambetov, Menteri Kebudayaan dan Sukan En Arystanbek Mukhamediuly, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Sukan, En Saken Mussaibekov, Naib Pengerusi Bidaan Almaty 2022 En Andrey Kryukov, Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan En Timur Dossymbetov, Pemenang Pingat Olimpik Sochi 2014 En Denis Ten, dan Ahli Jawatankuasa Rombongan Atlet IOC yang baru dilantik serta Pengerusi Majlis Olimpik Suruhanjaya Wanita dan Sukan Asia Cik Natalya Sipovich.

http://www.almaty-2022.org

Ikuti @RealAlmaty2022 melalui  

Facebook: https://www.facebook.com/RealAlmaty2022 
Twitter: https://twitter.com/realalmaty2022

Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150611/748615

SUMBER  Almaty 2022 Candidate city

Source: Almaty 2022 Candidate city
Keywords: Sporting Events Sports