omniture

slimduet Taisys dan StarHub bakal Sasarkan Pelancong Asia Tenggara

Taisys Technology
2015-06-12 08:00 351

SINGAPURA, 12 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Setelah menyertai usaha sama slimduet yang diperkenalkan oleh Taisys Technologies Co. Ltd., syarikat infokomunikasi kedua terbesar di Singapura, StarHub akan mula menawarkan khidmat prabayar mudah alihnya melalui slimduet®, iaitu platform muat turun melalui udara SIM perisian Taisys, kepada pengunjung Singapura bermula pada 15 Jun 2015. Sebagai sebuah hab perniagaan, kewangan dan pengangkutan penting di Asia Tenggara, Singapura mengalu-alukan kehadiran hampir 1.2 juta pengunjung setiap bulan dari seluruh dunia.

slimduet telah meraih kepercayaan pengendali mudah alih utama untuk membina asas kukuh dalam pasaran telekomunikasi pelancongan. Selepas Hong Kong, Jepun, Korea, UK, AS, Taiwan dan Thailand, Singapura merupakan negara yang terkini mendapat liputan slimduet.

Penolong Naib Presiden StarHub bagi Perniagaan Prabayar Mudah Alih, Tian Ung Ping berkata, "Kami gembira mengumumkan kemasukan kami ke dalam pasaran edaran prabayar mudah alih antarabangsa bersama Taisys. Di mana-mana sahaja mereka berada di dunia ini, pengguna slimduet dapat menempah pakej prabayar StarHub maya melalui telefon mereka dan mengaktifkan dengan mudah perkhidmatan tersebut setelah tiba untuk berhubung dengan rangkaian mudah alih seluruh negara StarHub yang canggih. Kemudahan tanpa tandingan yang baharu ini akan memperkukuh seluruh pengalaman pengunjung untuk pelancong, yang memerlukan sambungan pada telefon mereka bagi tujuan bekerja dan bermain dalam era digital ini."

Pengerusi Taisys, Jason Ho berkata, "Kerjasama kami dengan StarHub di Singapura merupakan satu lagi pencapaian penting bagi pelaksanaan khidmat SIM perisian dalam masyarakat mudah alih. Pengedaran SIM perisian slimduet amat mematuhi peraturan kerajaan yang berkuat kuasa di lokasi yang menyediakan perkhidmatan kami. Kami mengalu-alukan pengendali dari semua rantau untuk menyertai slimduet bagi menawarkan perkhidmatan telekomunikasi tanpa sempadan!"

Untuk bermula, pengguna boleh membeli pelekat SIM slimduet di www.slimduet.net/en/#shop, melekatkan pelekat kepada SIM sedia ada dan membeli pakej prabayar yang ditawarkan oleh pengendali mudah alih melalui aplikasi slimduet. SIM slimduet boleh digunakan semula untuk perjalanan akan datang di negara-negara yang mempunyai liputan slimduet.

Bagi Singapura, pakej prabayar USD 14 yang dikuasakan oleh StarHub akan menyertakan kredit SGD 18 untuk masa bercakap tempatan, SMS dan data, data tempatan 100GB percuma untuk lima hari serta panggilan IDD018 secara percuma ke 19 destinasi. Pengaktifan perkhidmatan tersebut boleh dilakukan melalui pengedar sah StarHub di Lapangan Terbang Changi. Pengguna kemudian boleh mendail *123# untuk mengurus akaun prabayar dan membeli pelan suara serta data tambahan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.slimduet.net/en

Wakil Media

Taisys

Lotus Lin

Pengurus Pemasaran

Pejabat: +886-22627-0927 samb. 6005

E-mel: lotus.lin@taisys.com

StarHub

Philemon Foo
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Pejabat: +65-68255635
E-mel: philemon.f.foo@starhub.com 

Source: Taisys Technology
Related Links:
Keywords: Telecommunications Travel Wireless Communications New products/services