omniture

Infinitus (China) Diberi Penghormatan dengan "Anugerah Perusahaan GoldenBee"

LKK Health Products Group
2015-06-12 16:28 420

BEIJING, 12 June 2015 /PRNewswire/ -- Pada 5 Jun 2015, Infinitus (China) Company Ltd. telah menerima "Anugerah Perusahaan GoldenBee" di Forum CSR Antarabangsa Kesepuluh dan Majlis untuk Mengumumkan "Senarai Kehormat CSR GoldenBee 2014", dengan kes CSR Syarikat itu dipilih untuk diterbitkan dalam Koleksi Kajian Kes GoldenBee tentang Daya Saing yang Bertanggungjawab. Para pemenang anugerah lain termasuk Lee Kum Kee, China Construction Bank, Sony dan Tetra Pak. Mengikut peruntukan pencalonan, Infinitus (China) telah mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut setiap tiga tahun sejak 2009 dan telah dicalonkan untuk "Senarai Kehormat China CSR GoldenBee" pada tahun 2009 dan 2012. Ini merupakan kali ketiga Infinitus (China) telah menerima penghormatan tersebut.

"GoldenBee Enterprises" trophy
"GoldenBee Enterprises" trophy

 

"GoldenBee Enterprises" certificate
"GoldenBee Enterprises" certificate

 

Forum tahun ini telah dianjurkan bersama oleh China WTO Tribune, Deutsche Gesellschaft fur Internationale Zusammenarbeit (GIZ), The Society of Human Resource Management (SHRM), CSR Europe dan lain-lain organisasi tersohor. Ratusan pegawai, pakar dan media tempatan serta dari luar negara, bersama wakil perusahaan milik negara, syarikat-syarikat multinasional dan perusahaan persendirian, termasuk Unilever (China), Nestle (China), Volvo, Wrigley, State Grid Corporation of China dan China Southern Power Grid, telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Kewujudan bersama yang berharmoni antara lebah dan alam semulajadi mencerminkan cara kewujudan yang bertanggungjawab dan cara yang baik untuk menuju kelestarian. Oleh itu, anugerah "Perusahaan GoldenBees" dianggap sebagai simbol kelestarian. Dengan menyiarkan Senarai Kehormat, GoldenBees memberi komitmen untuk mencari dan menggalakkan perusahaan yang bertanggungjawab serta lestari. Perusahaan sedemikian akan menjadi pemangkin untuk menggalakkan semakin banyak perusahaan memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka serta mendorong pembangunan CSR di China.

"Senarai Kehormat CSR GoldenBee" diumumkan setiap tahun dan acara tahun ini menarik lebih 400 perusahaan untuk mengambil bahagian. Sepanjang tempoh enam bulan lalu, 40 buah syarikat dan organisasi telah menonjol serta diberi penghormatan sebagai "Perusahaan GoldenBee" setelah disahkan oleh jawatankuasa pakar di bawah tiga sektor dan juga enam siri yang mempunyai 36 kriteria.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, berkata, "Anugerah ini mengiktiraf usaha Syarikat dalam pelaksanaan CSR selama bertahun-tahun, dan menggalakkan serta merangsang Syarikat untuk melakukan kemajuan lebih baik dalam menjana kuasa daya saing yang bertanggungjawab untuk menyumbang lebih banyak kepada masyarakat."

Infinitus merupakan jenama teras LKKHPG yang mengkhusus dalam penyelidikan & pembangunan (R&D), penghasilan dan penjualan produk-produk kesihatan TCM. LKKHPG merupakan ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong berusia seabad. Beribu pejabat di Hong Kong, perniagaan LKKHPG merangkumi ladang herba China, R&D, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk kesihatan TCM, platform internet mudah alih, serta pelaburan hartanah. Ahli-ahli LKKHPG terdiri daripada Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd. dan HeHa Digital Health Ltd.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150611/0861505214-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150611/0861505214-b

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Awards