omniture

Huawei Menerima Anugerah Terbaik dalam Pertunjukan Semasa Interop Tokyo 2015

Huawei
2015-06-13 16:57 206

-- Diiktiraf untuk Komitmen Berterusan dalam Pembangunan Teknologi ICT Inovatif dan sebagai Pemboleh Strategi Pintar ICT Jepun

TOKYO, 13 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Semasa di Interop Tokyo 2015, Huawei Mengumumkan yang Penghala Teras NetEngine 5000E mereka menerima Anugerah Grand Prix Terbaik dalam Pertunjukan bagi Kategori Pembawa dan Perangkaian ISP, manakala Pelayan Kritikal Misi FusionServer RH8100 V3 8P Huawei telah diberikan Anugerah Pingat Perak Grand Prix Terbaik dalam Kategori Pelayan dan Penyimpanan. Pakar industri terkemuka mengadakan beberapa pusingan penilaian dan memilih Penghala Teras NetEngine 5000E Huawei kerana prestasinya yang unggul, dan rekaan yang menjimatkan tenaga serta FusionServer RH8100 V3 8P Huawei untuk rekaannya yang berkeandalan tinggi, kemampuan memberikan kebolehskalaan yang fleksibel, dan juga fungsi pengkomputeran yang hebat.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150611/222419

Untuk tahun ketiga, Huawei telah diiktiraf dengan Anugerah Terbaik dalam Pertunjukan di Interop Tokyo, yang menunjukkan produk dan penyelesaian syarikat itu memenuhi keperluan kemajuan teknologi dan kualiti produk yang ketat dalam pasaran Jepun. Anugerah Terbaik dalam Pertunjukan Interop mempunyai persaingan yang ketat dan ia menyasarkan untuk mengenal pasti produk, penyelesaian, perkhidmatan, dan syarikat yang paling sesuai mewakili tema acara serta ikutan penting dalam industri ICT tempatan.

Maklumat lanjut tentang Penghala Teras NetEngine 5000E Huawei serta Pelayan Kritikal Misi FusionServer RH8100 V3 8P Huawei adalah seperti berikut:

Penghala Teras NetEngine 5000E Huawei: NetEngine 5000E Huawei menggunakan cip suria milik syarikat itu. Setiap peranti menyediakan lubang sehingga 128 x 100GE dan menyokong evolusi lancar sehingga 256 x 100GE. Huawei memanfaatkan kelebihan rangkaian luas ciri rekaan mesra alam, seperti pengesanan lalu lintas cip automatik, bekalan kuasa bermodul, dan bolong udara berbentuk U bagi mengurangkan jumlah penggunaan kuasa sehingga kurang 1W per Gbit, mengatasi standard industri. Ini boleh mengurangkan kos pengendalian dan penyelenggaraan (O&M) sistem ini dengan banyak. Produk ini menggunakan reka bentuk SDN dan NFV serta menyokong kemampuan lubang 400GE, memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) pelanggan mereka. Kini, NetEngine 5000E sudah digunakan dengan jayanya oleh banyak pembawa bertaraf dunia seperti Mobily, TATA, Orange, SingTel, Telefonica, Jazztel, Sunrise, Rostelecom dan Megafon.

Pelayan Kritikal Misi FusionServer RH8100 V3 8P Huawei: FusionServer RH8100 V3 merupakan produk utama Huawei dalam kategori pelayan. Produk unggul ini menyokong sehingga lapan pemproses Xeon® E7-8800 siri v2/v3 Intel®, 144 teras, dan kemampuan memori 12 TB, menawarkan kemampuan pengkomputeran dan perluasan optimum. RH8100 V3 menyokong teknologi ketersediaan tinggi RAS 2.0, seperti dwikelewahan, cucuk dan main, penyelenggaraan tanpa perlu membuka penutup cesi, dan penukaran memori dalam talian milik Huawei. Membolehkan pengendalian yang stabil, RH8100 V3 digunakan bagi sistem pemayaan berskala besar dan sistem perkhidmatan penting, seperti pangkalan data, sistem perancangan sumber perusahaan, dan sistem pengurusan hubungan pelanggan merentasi industri berbeza. Industri ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, sektor kerajaan, serta sektor tenaga, kuasa dan pengeluaran.

Dalam satu ucapan dasar bertajuk "ICT Inovatif Membolehkan Revolusi Perindustrian Baharu", Encik Yan Lida, Presiden Kumpulan Perniagaan Perusahaan Huawei berkata, "Banyak negara telah menggunakan strategi perubahan industri berasaskan Internet bagi menukarkan industri penting tradisional dan memacu revolusi perindustrian seterusnya. Penggunaan rangkaian ICT berada di teras ini. Perusahaan memerlukan prasarana ICT baharu dan platform pembangunan terbuka yang boleh disesuaikan dengan penggunaan perisian, yang merupakan faktor penting bagi menjayakan revolusi perindustrian baharu. Sejajar dengan ini, Huawei mengikut prinsip panduan kami untuk membina Prasarana ICT Terpacu Perniagaan (BDII), yang memastikan kami fokus kepada pembangunan prasarana ICT dan inovasi bersama dengan rakan kongsi industri kami. Bersama, kami akan membina ekosistem ICT yang terbuka dan inovatif bagi menyediakan produk serta penyelesaian yang menerajui industri, inovatif dan dipelbagaikan kepada pelanggan perusahaan kami yang sedang menangani cabaran revolusi perindustrian seterusnya."

Encik Yan turut menyatakan penghargaan beliau atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh kakitangan, pelanggan, serta rakan kongsi Huawei Japan. Kata beliau, "Sebagai peserta penting dan kuasa pemacu yang menyokong industri ICT Jepun, Huawei akan terus menyumbangkan kepakaran teknikal kami dalam teknologi inovatif serta sumber global untuk menggalakkan pelaksanaan Strategi ICT Jepun Pintar, kami akan berusaha untuk lebih memahami keperluan pelanggan kami di Jepun, mengadakan usaha penyelidikan bersama pakar perindustrian tempatan, dan menerokai pasaran global dengan rakan kongsi Jepun kami," kata Encik Yan.

Sebagai sebahagian daripada acara itu dan bagi menyambut ulang tahun kesepuluh Huawei Japan, Encik Hiroshi Fujiwara, Presiden, Nano Opt Media, Inc. menyampaikan plak kepada Encik Yan Lida.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian ICT global terkemuka. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pemboleh inovatif untuk masyarakat bermaklumat, serta penyumbang industri kolaboratif, Huawei berusaha untuk membina dunia yang lebih terhubung dan memperkaya kehidupan orang ramai melalui komunikasi. Melalui dedikasi kami terhadap inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian yang kukuh, kami telah menetapkan kemampuan dan kekuatan menyeluruh merentasi bidang rangkaian pembawa, perusahaan, pengguna, dan pengkomputeran awan. Kami komited untuk mencipta nilai maksimum untuk pembawa telekomunikasi, perusahaan, dan pengguna dengan menyediakan penyelesaian serta produk ICT yang berdaya saing. Produk dan penyelesaian kami telah digunakan di lebih 170 buah negara, berkhidmat untuk lebih satu pertiga populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei merupakan sebuah syarikat swasta yang dimiliki penuh para kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang ini: www.huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards