omniture

Jaga Kisah Peribadi dengan AwarerHOME™

AwarerHOME™
2024-12-02 16:04

Ujian Kendiri HIV Oral Malaysia Yang Meyakinkan dan Mudah Didapati

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Hayati kesihatan diri dan jaga kisah peribadi anda secara penuh yakin dengan AwarerHOME™, Ujian Kendiri Oral HIV ciptaan Malaysia yang pertama. Penyelesaian tidak rumit dan mudah didapati ini menawarkan sesuatu yang lebih penting lagi — anda tidak akan dinilai oleh orang lain. AwarerHOME™ memudahkan anda untuk menguji kesihatan dan menjaga privasi anda sekali gus, mengikut keperluan anda.

Hayati kesihatan diri, jaga kisah peribadi,  – Ujian Kendiri Oral HIV AwarerHOME™
Hayati kesihatan diri, jaga kisah peribadi, – Ujian Kendiri Oral HIV AwarerHOME™

Direka cipta supaya mudah digunakan, AwarerHOME™ menyediakan tiga pek yang dilabel dengan jelas dan risalah arahan langkah demi langkah untuk menyenangkan penggunaan. Ujian kendiri ini menjanjikan ketepatan luar biasa 99.61%, memberikan keputusan dalam masa hanya 15 minit. Dengan tahap kepekaan 99.23% dan pengkhususan 100%, produk ini menawarkan kebolehpercayaan dan privasi untuk mendapatkan maklumat penting, lantas menormalkan pengambilan ujian sambil membina masyarakat yang lebih sihat dan maklum.

AwarerHOME™ bukan sahaja memudahkan pengguna — tetapi juga merupakan alat penting dalam peralihan kepada masyarakat yang tidak mempunyai tanggapan negatif terhadap penyakit ini. Bagi ramai individu, kebimbangan mereka akan terdedah dan dipandang serong oleh orang lain menjadi halangan besar untuk menjalani ujian. Apabila individu rasa berani untuk menguji tanpa rasa bimbang, maka kebebasan ini menggalakkan perbincangan lebih luas tentang HIV sambil meningkatkan pengesanan dan rawatan awal, menghasilkan keputusan kesihatan lebih baik bagi pesakit, dan seterusnya mengurangkan penyebaran HIV di Malaysia.

Sempena Hari AIDS Sedunia yang akan disambut pada 1 Disember, AwarerHOME™ juga diperkenalkan sebagai peringatan penting untuk mengetahui status kesihatan anda. Dengan menyediakan penyelesaian yang mudah digunakan dan menjaga privasi, alat ini merupakan sebahagian daripada usaha global untuk meningkatkan kesedaran dan menepikan tanggapan negatif berkaitan HIV. Tema tahun ini: "Take the Rights Path: My Health, My Rights!" (Ambil Jalan Yang Betul: Kesihatan Saya, Hak Saya!) menekankan betapa pentingnya melindungi hak individu dan memberikan capaian kepada perkhidmatan kesihatan untuk semua. AwarerHOME™ menyokong misi ini dengan menyediakan alat yang peribadi, boleh dipercayai dan mudah didapati yang membolehkan semua insan menunaikan haknya untuk mengetahui keadaan kesihatan mereka tanpa dipandang sebelah mata atau dibelenggu kebimbangan.

"AwarerHOME™ menjaga maruah dan memberi kebebasan kepada insan untuk membuat keputusan maklum tentang kesihatan diri mereka secara peribadi," kata Datin Sri L. Hannah Yeo, Ketua Perancang Strategi. "Apabila orang ramai boleh menguji tanpa rasa bimbang atau malu, kita bukan sahaja menggalakkan diagnosis dan rawatan awal; tetapi juga menepikan tanggapan negatif yang mencegah orang ramai daripada mendapatkan rawatan. Produk ini menandakan satu langkah ke arah masyarakat yang mengutamakan kesedaran kesihatan, dan membolehkan individu mendapatkan alat yang diperlukan untuk menjalani kehidupan lebih sihat. Kami berusaha untuk merencanakan masa depan di mana ujian bagi HIV dianggap sebagai rutin dan diterima seperti mana-mana pemeriksaan kesihatan lain — dalam masyarakat yang lebih sihat, penuh dengan rasa belas kasihan dan benar-benar prihatin."

Dr. Taranprit Kaur MD (USU), Sijil Kesihatan Lelaki (Singapura), daripada KLEM Clinics, menambah, "Tanggapan negatif dan kemudahan menjalani ujian selama ini menjadi faktor penghalang kepada ujian HIV. Dengan menawarkan pilihan ujian kendiri yang menyenangkan dan mudah dilakukan secara sulit, AwarerHOME™ membolehkan lebih ramai orang untuk diuji dengan lebih kerap, sesuatu yang penting bagi kesihatan individu dan awam."

AwarerHOME™ bukan produk ujian semata-mata. Hakikatnya kit ini merupakan sebahagian daripada gerakan yang bertujuan menyanggah tanggapan negatif berkaitan ujian HIV. Dengan menawarkan kaedah yang mudah dan peribadi bagi individu melakukan ujian di rumah, ia memperkasakan individu untuk mengambil tanggungjawab dan menjaga kesihatan tanpa bimbang atau rasa malu. Ini sejajar dengan misi syarikat untuk menambah baik kesihatan awam dan menyediakan alat yang menggalakkan ujian kendiri secara berkala.

Untuk memastikan AwarerHOME™ boleh didapati oleh semua, produk tersebut kini boleh dibeli di gedung dalam talian Watsons dan gedung lain yang mempunyai khidmat ahli farmasi atau pakar pemakanan. Produk ini juga boleh didapati di laman web iamawarer.com, atau gedung dalam talian Shopee UT Pharmacy, dan Awarerhome.os, dan juga menerusi klinik doktor dan farmasi lebih kecil yang bersekutu di seluruh negara.  Bekalan yang luas ini memastikan individu dari segenap lapisan hidup boleh mendapatkan alat ujian penting ini dengan mudah.

Berkat sokongan kumpulan penggerak dan juga profesional penjagaan kesihatan, AwarerHOME™ bertekad bersedia merintis jalan bagi membina masa depan di mana ujian HIV menjadi rutin seperti pemeriksaan kesihatan lain, membantu individu kekal maklum dan membuat keputusan yakin dan proaktif tentang kesihatan mereka.

Untuk maklumat lanjut atau membeli AwarerHOME™, kunjungi laman ini atau ikuti kami di Instagram, Facebook dan TikTok.

Mengenai AwarerHOME™

AwarerHOME™ ialah Ujian Kendiri Oral HIV perintis Malaysia yang telah memenangi Anugerah Inovasi di Anugerah Perniagaan Kebangsaan Malaysia 2024. Bertekad untuk memperkasakan individu dengan alat ujian HIV yang mudah digunakan secara sulit dan menghasilkan keputusan yang tepat, AwarerHOME™ menawarkan pengalaman ujian yang selamat dan tidak invasif dalam keselesaan rumah sendiri. Dengan wawasan untuk menyediakan ujian yang mudah didapati, peribadi dan tepat, AwarerHOME™ berusaha membina masyarakat yang lebih sihat dan maklum.

Mengenai Universal Therapeutics

Universal Therapeutics Group ialah pengeluar alat perubatan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini mengkhusus dalam usaha membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif dan boleh dipercayai, secara khususnya, dengan tumpuan terhadap kesihatan wanita dan penyakit berjangkit. Universal Therapeutics Group komited untuk membekalkan peranti perubatan bermutu tinggi yang memperkasakan individu untuk menguruskan kesihatan diri dengan berkesan.

Source: AwarerHOME™
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Retail New products/services