KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Forum Fortune Fountain - Forum ekonomi dan perdagangan Malaysia 2015 telah dianjurkan oleh Fortune Fountain (Beijing) Holding Group Co. Ltd serta Beijing Gainfull Wealth Group dan dianjurkan bersama Smart Fortune (Beijing) Culture and Media Co., Ltd di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur pada 25 Mei. Sekumpulan pelanggan penting dan eksekutif Beijing Gainfull Wealth Group daripada Fortune Fountain (Beijing) Holding Group dibawa ke acara itu dengan kapal terbang yang disewa khas.
Dengan acara khusus yang didedikasikan untuk "Dibuat di China" dan "Jenama China", acara itu menyediakan platform yang ideal untuk perniagaan China yang ingin mengembangkan perniagaan di Malaysia dan negara berjiran serta peluang perangkaian yang bagus untuk pengunjung yang ingin mencari persekitaran yang sesuai bagi menempatkan aset kewangan mereka serta menikmati perkhidmatan pengurusan kekayaan Malaysia unik yang berorientasikan nilai dan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang inovatif dan juga akses kepada perkhidmatan gaya hidup tersuai khusus. Kebanyakan eksekutif Fortune Fountain dan Beijing Gainfull Wealth Group, bersama lebih 30 pemimpin politik dan perniagaan Malaysia turut menghadiri acara itu.
Kebanyakan pengunjung acara itu telah mengenal pasti rakan kongsi tempatan serta projek yang menarik minat mereka di Malaysia. Beijing Gainfull Wealth Group oleh Fortune Fountain (Beijing) Holding Group turut menyediakan batu loncatan untuk sekumpulan individu China dengan nilai bersih tinggi yang berminat untuk melabur serta berhijrah ke Malaysia selain mendapat akses kepada perkhidmatan gaya hidup tersuai khusus.
Ditubuhkan pada tahun 2011, Fortune Fountain (Beijing) Holding Group Co. Ltd melabur kebanyakannya dalam bidang perniagaan dan kewangan. Pelaburan perniagaan kebanyakannya dibuat dalam industri berat, kemudahan penjagaan kesihatan serta kehidupan berbantu geriatrik, pertanian dan perhutanan, penyelidikan & pembangunan (R&D) dan juga penghasilan sumber tenaga baharu serta bahan baharu, R&D untuk untuk telekomunikasi mudah alih dan sistem navigasi serta pemposisian satelit Big Dipper, sementara pelaburan kewangan pula menumpukan pengurusan portfolio, pengurusan dana keseluruhan, pengurusan kekayaan, dan pengurusan aset.