omniture

Milestone Systems Teruskan Bahagian Pasaran Global #1 dalam Laporan Penyelidikan Pasaran IHS Terkini ketika Permintaan Pelanggan Meningkat untuk Perisian Pengawasan Video IP

Milestone Systems
2015-06-15 21:00 366

COPENHAGEN, Denmark, 15 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Milestone Systems, syarikat platform terbuka dalam perisian pengurusan video (VMS) IP, sekali lagi tersenarai sebagai vendor VMS nombor satu dunia mengikut hasil syarikat dalam penyelidikan pasaran yang baru diterbitkan daripada penyedia maklumat perniagaan IHS Inc. (NYSE: IHS).

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134)

"Kami berbangga Milestone Systems terus memegang kedudukan tertinggi global dalam pasaran sekuriti - selama lebih sedekad. Ia memerlukan kerja keras yang banyak, daripada kakitangan kami sendiri dan daripada ribuan rakan kerjasama hebat yang kami sokong di seluruh dunia," kata Lars Thinggaard, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Milestone Systems.  

Satu dapatan utama dalam laporan ini adalah permintaan produk akan terus berkembang pesat, dan pasaran dunia untuk kelengkapan pengawasan video akan bernilai $15.7 bilion pada tahun 2015. Hakisan harga memberi kesan kepada kadar pertumbuhan, tetapi permintaan pelanggan sedang meningkat dengan nyata.

"Kami tidak melihat tahap hakisan harga yang sama untuk VMS seperti dalam segmen pasaran kamera," kata Jon Cropley, penganalisis prinsipal untuk pengawasan video di IHS.

Ini menegaskan fakta bahawa perisian pengurusan video berfungsi sebagai teras sistem pengawasan, seperti 'otak' sesuatu penyelesaian - terutamanya jika ia merupakan seni bina platform terbuka yang menghubungkan dan mengurus komponen daripada pelbagai penyedia. VMS Milestone adalah sedia-masa depan untuk dikembangkan dengan inovasi berterusan dalam sekuriti dan penyelesaian perniagaan lain.

Aplikasi mudah alih sedang meningkat penggunaannya dengan pesat yang disertai manfaat bernilai untuk kakitangan kecemasan dan sekuriti yang meronda, pengurus mahu pun kakitangan lain. Telefon pintar dan teknologi mudah alih telah menjadi teknologi penentu bagi permulaan abad ke-21. Kini, kira-kira separuh daripada populasi dewasa di seluruh dunia memiliki telefon pintar, dan menjelang tahun 2020 bilangannya dijangka meningkat kepada 80%.

"Penerimaan meluas telefon pintar bermakna kebanyakan daripada kita membawa superkomputer di dalam poket, dan kecenderungan pengguna VMS dengan pantas mengikut perkembangan ini," kata Kenneth H. Petersen, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran, Milestone Systems. "Untuk pelanggan Milestone Mobile kami menawarkan Video Push yang membolehkan telefon pintar atau tablet berfungsi sebagai kamera sekuriti mudah alih, menambahkan sepasang lagi mata maya bagi tempat yang tidak terdapat kamera. Ini amat popular dalam semua segmen kumpulan pengguna kami, dalam kedua-dua pemasangan berkerumitan rendah dan bilangan kamera rendah serta dalam penyelesaian canggih dengan bilangan kamera yang tinggi."

Latar Belakang Milestone Systems

Milestone Systems merupakan pemimpin industri dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, diasaskan pada tahun 1998 dan kini beroperasi sebagai syarikat bebas dalam Canon Group. Teknologi Milestone mudah diurus, andal dan terbukti dalam ribuan pemasangan pelanggan, menyediakan pilihan fleksibel dalam perkakasan rangkaian serta integrasi dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kongsi di lebih 100 buah negara, penyelesaian daripada Milestone membantu organisasi mengurus risiko, melindungi orang ramai dan aset, mengoptimumkan prosedur serta mengurangkan kos. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.milestonesys.com.

SUMBER  Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Survey, Polls & Research