SHENZHEN, China, 16 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Ekspo China-Asia Selatan kali ke-3, ditaja bersama oleh Kementerian Perdagangan China serta Kerajaan Wilayah Yunnan dan dianjurkan bersama oleh pejabat kerajaan dagangan beberapa negara Asia Selatan, telah dimulakan pada 12 Jun. Para pemimpin nasional dari hampir setiap negara Asia Selatan dan Asia Tenggara telah menghadiri ekspo itu, selain Naib Presiden China, Li Yuanchao, yang diiringi oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TCL Corporation, Tomson Li Dongsheng, telah menjalankan lawatan pemeriksaan terhadap pavilion TCL dan mendengar laporan TCL tentang rancangannya untuk membangunkan pasaran di bahagian barat daya China dan juga Asia Tenggara.
Dengan ekonomi China menjadi semakin berpandangan luar, wilayah Yunnan China, sebagai hab penting yang menghubungkan rantau barat daya negara itu yang terletak jauh daripada kawasan laut dengan Asia selatan dan tenggara, memainkan peranan penting sebagai gerbang ke rantau tersebut.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TCL Corporation Li Dongsheng berkata di ekspo tersebut, Asia Selatan dan Asia Tenggara merupakan fokus strategi globalisasi TCL. Ekspo China-Asia Selatan ke-3 menyediakan platform yang amat baik yang membolehkan TCL menyampaikan produknya ke Asia Selatan dan Asia Tenggara, rantau yang boleh berfungsi sebagai batu loncatan untuk perkembangan lanjut operasi antarabangsanya. En. Li turut mendedahkan TCL akan menubuhkan kemudahan pengeluaran di Yunnan dalam masa terdekat dan terus berkembang ke Asia Selatan serta Asia Tenggara dan, dari situ, bergerak ke pasaran antarabangsa yang lebih besar dengan memanfaatkan kelebihan geografinya serta dasar nasional China yang menggalakkan (cth. inisiatif Satu Lingkaran, Satu Jalan China). Dengan rancangan China untuk membina titik permulaan bagi empat laluan kereta api di ibu negeri wilayah Yunnan iaitu Kunming untuk menghubungkan ke sepuluh buah negara di seluruh Asia Tenggara selain Bangladesh dan India di Asia Selatan, kemudahan pengeluaran TCL yang berpangkalan di Kunming dapat berfungsi sebagai tapak sokongan untuk menembusi pasaran tersebut melalui Yunnan.
Selain itu, TCL lebih awal telah menyatakan bahawa pasaran membangun seperti pasaran India adalah fokus utama bagi strategi globalisasi 2015nya. Pada Ekspo China-Asia Selatan yang ke-3, India juga merupakan tetamu kehormat, yang menjadikan satu lagi sebab TCL menganggap wilayah Yunnan sebagai bahagian penting daripada strategi keseluruhannya dan telah mengambil bahagian secara aktif dalam ekspo China-Asia Selatan.
Hubungi:
Marta Chen
+86-755-33313868
chenxuejun@tcl.com