omniture

Kempen Dorsett=Choice Diperkenalkan

Dorsett Hospitality International
2015-06-16 21:05 456

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Pilihan adalah penting, sama ada untuk percutian keluarga, pelancongan perniagaan atau sekadar mencari nilai tambahan untuk meningkatkan perjalanan seseorang. Melalui kempen Dorsett=Choice, anda pasti kagum dengan pilihan yang pelbagai.

Dengan hotel-hotel terletak di bandar-bandar utama di China dari Shanghai, Wuhan, Chengdu ke Lushan; di Hong Kong, di Kuala Lumpur, Labuan dan Johor Bahru di Malaysia; di Singapura serta di London, United Kingdom; pilihannya tidak terbatas.

Buatlah pilihan bijak hari ini. Rancangkan percutian keluarga seterusnya dengan Tawaran Keluarga Dorsett=Choice. Tempah bilik pertama pada Kadar Tersedia Terbaik dan nikmati potongan 50% untuk bilik kedua.* Bukan itu sahaja! Hadiah Beg Galas Dorsett Edisi Terhad turut disediakan untuk kanak-kanak di bawah usia 16 tahun, terhad kepada dua hadiah bagi setiap tempahan dua bilik yang dibuat serta lebih banyak tawaran lain daripada hotel-hotel yang mengambil bahagian seperti Tiket Masuk ke Akuarium untuk tempahan yang dibuat untuk Dorsett Shanghai, daftar keluar lewat sehingga jam 2 petang (tertakluk kepada kekosongan) untuk tempahan yang dibuat bagi Dorsett Tsuen Wan dan Silka Far East di Hong Kong; serta daftar keluar lewat dan juga kadar kemasukan berdiskaun ke Taman Tema Sunway Lagoon untuk tempahan yang dibuat bagi Dorsett Grand Subang, antara tawaran lain.*

Bagi menikmati pengalaman penginapan serba mudah, lihatlah tawaran Nilai Dorsett=Choice. Tempah penginapan anda di lokasi pilihan anda dan nikmati diskaun 20% dengan Kadar Tersedia Terbaik*  sementara pelancong perniagaan akan menikmati kelebihan tambahan dengan Tawaran Perniagaan Dorsett=Choice termasuk naik taraf percuma kepada kategori bilik seterusnya; sarapan percuma untuk dua orang dewasa dan dobi percuma untuk maksimum 2 helai bagi setiap bilik sehari.*

Kempen Dorsett=Choice tersedia daripada sekarang hingga 30 September 2015 (inklusif) dan tertakluk kepada terma dan syarat* yang ditetapkan oleh hotel-hotel yang mengambil bahagian. Bagi menempah kempen Keluarga Dorsett=Choice (Kod Promosi: Choice) di lokasi pilihan anda, log masuk ke http://www.dorsett.com/hotel-family-deals-en.html?utm_source=mypr&utm_medium=onlinepr&utm_campaign=dorsett-choice

Latar Belakang Dorsett Hospitality International Limited

Beribu pejabat di Hong Kong, Dorsett Hospitality International (Kod Saham HKEx 2266), merupakan cabang daripada Far East Consortium Limited. Dengan tiga jenama di bawah naungannya…. Dorsett Hotels & Resorts dan d.Collection bertahap tinggi dan pertengahan yang terdiri daripada rangkaian hotel butik berkarisma; serta Silka Hotels yang berpandukan nilai; kumpulan tersebut kini memiliki dan mengurus 29 buah hotel di China, Hong Kong, Singapura, Malaysia dan United Kingdom; dengan tujuh buah hotel lagi akan dibuka dalam tempoh dua tahun akan datang di tanah besar China, Hong Kong, Malaysia serta United Kingdom. Untuk maklumat lanjut tentang Dorsett Hospitality International, lawati:  www.dorsett.com.

Wakil Media

Kattie Hoo
Pengarah Pemasaran & Komunikasi
Dorsett Hospitality International
E
kattie.hoo@dorsett.com 
M +6016-2011 340

 SUMBER: Dorsett Hospitality International

Source: Dorsett Hospitality International
Related Stocks:
HongKong:2266
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel