omniture

Awan Omnimedia Hibrid Pertama China Dilancarkan Semasa Sidang Kemuncak Industri Omnimedia Huawei dan Sobey

Huawei
2015-06-16 21:13 434

SHENZHEN, China15 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Huawei, Shenzhen Media Group (SZMG), dan Sobey Digital Technology mengumumkan pelancaran Pusat Berita Tertumpu SZMG, awan omnimedia hibrid pertama China. Awan media itu, dibangunkan bersama oleh dua buah syarikat, menyepadukan himpunan sumber pengkomputeran dan himpunan sumber media yang fleksibel berdasarkan prasarana rangkaian Semua IP bagi menyokong sistem penyuntingan video awan hibrid yang mempertingkatkan proses penyuntingan serta pengedaran bahan secara signifikan.

Dibangunkan mengikut prinsip panduan Huawei Enterprise Business Group untuk membina Prasarana ICT Berpandu Perniagaan, Huawei telah bekerjasama dengan SZMG dan Sobey untuk menghasilkan Pusat Berita Tertumpu. Kolaborasi itu bersama-sama mengenal pasti keperluan perniagaan syarikat media siaran dan mengendalikan inovasi bersama bagi menangani cabaran dalam bidang ini. Berdasarkan Penyelesaian Awan Media Tertumpu Huawei, Pusat Berita Tertumpu itu merupakan awan omnimedia hibrid yang berasaskan prasarana awan hibrid dan memanfaatkan kelebihan teknologi data besar. Ia terdiri daripada dua bahagian: awan umum yang terletak di luar stesen TV dengan kemampuan penyuntingan kadar bit rendah, dan awan persendirian di dalam stesen TV yang menawarkan kemampuan penyuntingan video 6 lapisan berdefinisi tinggi. Sinergi antara awan umum dan persendirian ini mengoptimumkan proses penghasilan bahan secara signifikan, yang menyokong transformasi omnimedia bagi media siaran tradisional.

Awan media itu dilancarkan semasa Sidang Kemuncak Industri Omnimedia Huawei dan Sobey yang diadakan di Shenzhen, China, yang menghimpunkan bersama perwakilan daripada syarikat media siaran seluruh dunia, penyedia perisian terkemuka industri, pakar IT media baharu, firma khidmat nasihat pihak ketiga, pakar daripada organisasi seperti Persatuan Jurutera Gambar Bergerak dan Televisyen China (CSMPTE), serta juruanalisis industri bagi membincangkan peranan awan media tertumpu dalam memacu kejayaan perniagaan dalam era omnimedia.

Dalam era omnimedia, pengkomputeran awan dan teknologi data besar membolehkan syarikat media siaran mengumpulkan maklumat lokasi, tabiat dan saluran pilihan penonton mereka bagi menyediakan dengan rancangan tersuai khusus kepada mereka di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Semasa acara itu, En. Fu Fengchun, Ketua Jurutera Shenzhen Media Group (SZMG), berkata, "SZMG mahu mengubah industri media siaran dan bergerak melangkaui cara penggunaan media tunggal, penerbitan tertutup, dan komunikasi satu hala. Industri ini perlu menerima penumpuan omnimedia, penerbitan platform bersama, dan pengedaran berbilang saluran menggunakan platform berasaskan awan bagi menyepadukan sumber bahan sedia ada."

"Perubahan ke arah platform awan penerbitan dan penyiaran omnimedia merupakan ikutan yang semakin mendapat sambutan dan bidang yang boleh dilaburi media TV dan radio. Media siaran perlu lengkap dengan kemampuan penerbitan dan penyiaran omnimedia semua dalam satu yang pintar, tersuai khusus, serta tersepadu dengan menggunakan platform berasaskan awan. Platform itu akan membenarkan mereka memberi tumpuan untuk mempertingkatkan kemampuan penting termasuk penggunaan, pemprosesan, penerbitan, pengurusan dan pengedaran bahan, serta bidang lain seperti kemampuan pengesanan pintar, penghantaran, kolaborasi dan juga jaminan keselamatan," kata En. Sheng Zhifan, Ketua Jurutera, Akademi Sains Penyiaran, Pentadbiran Akhbar, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Negara bagi Republik Rakyat China (SAPPRFT).

En. He Dabing, Presiden, Jualan Pemasaran dan Penyelesaian, Enterprise Business Group, Huawei, berkata, "Dengan tumpuan untuk menerokai inovasi teknologi dengan platform awan media tertumpu, Huawei telah bekerjasama dengan rakan kongsi kami, Sobey dan SZMG, untuk membina platform penerbitan awan omnimedia hibrid pertama dalam industri media penyiaran. Awan media itu membolehkan penyuntingan video awan hibrid dilakukan, yang mempertingkatkan kecekapan penghasilan bahan secara signifikan. Satu sistem awan persendirian di dalam SZMG digunakan untuk penyuntingan kadar bit tinggi, sementara satu platform awan umum digunakan untuk tujuan penyuntingan, transkod dan kemasan dibaharui semula untuk video di luar stesen TV bagi membolehkan wartawan mengumpul, menyunting serta memuat naik rakaman video di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Selain itu, penyepaduan antara awan awam dan persendirian digabungkan dengan analitik data besar membolehkan penggunaan dan akses yang lebih baik untuk aset bahan yang banyak bagi penghantaran bahan yang tepat untuk menggalakkan transformasi omnimedia.

He Dabing, Presiden Jualan Pemasaran dan Penyelesaian, Huawei Enterprise Business Group, menyampaikan ucapan dasar hari ini semasa Sidang Kemuncak Industri Omnimedia Huawei dan Sobey
He Dabing, Presiden Jualan Pemasaran dan Penyelesaian, Huawei Enterprise Business Group, menyampaikan ucapan dasar hari ini semasa Sidang Kemuncak Industri Omnimedia Huawei dan Sobey

Semasa di Sidang Kemuncak itu, buat pertama kali, Huawei memperkenalkan Penyelesaian Awan Media Tertumpunya. Joe So, Ketua Pegawai Teknologi, Jabatan Penyelesaian Industri Perniagaan, Enterprise Business Group, Huawei, menunjukkan kemampuan platform awan media itu untuk menyokong penerbitan dan penyiaran yang mudah serta lancar. Para hadirin berpeluang untuk memuat naik gambar dan video menggunakan telefon mudah alih serta komputer tablet mereka kepada platform awan media, menyunting rakaman pada masa sebenar dan mengedarkan bahan kepada pelbagai platform termasuk laman sesawang video, gerbang dalam talian serta saluran TV 4K.

"Selain mempertingkatkan penerbitan dan penyiaran bahan, awan omnimedia hibrid kami telah meletakkan asas yang kukuh untuk peluang perniagaan baharu pada masa depan," kata En. Fu. "Reka bentuk IT berasaskan awannya menggalakkan kefleksibelan, membenarkan sumber UT dijajarkan semula dengan pantas jika perlu. Contohnya, kita boleh memperkenalkan saluran dan rancangan TV baharu dengan mudah kerana kepantasan pengeluaran besar-besaran telah disingkatkan secara signifikan. Secara keseluruhannya, awan media menyokong usaha SZMG untuk menyediakan penonton kami dengan pengalaman audio dan video yang mudah dan juga lancar serta mempertingkatkan penggunaan sumber secara signifikan."

Penyelesaian Awan Media Tertumpu Huawei dibangunkan bersama Huawei serta Sobey dan sebagai sebahagian daripada kolaborasi itu, syarikat itu melabur dalam pelbagai teknologi termasuk penyimpanan kapasiti besar dan berprestasi tinggi, platform pengkomputeran awan pemprosesan video tahap profesional, rangkaian pembawa kehilangan paket 0% dan pusat data teragih. Kini, penyelesaian itu telah digunakan secara meluas oleh lebih 1,000 buah syarikat media dan hiburan daripada kumpulan media terkemuka di 15 buah negara termasuklah China, Perancis dan Itali. Syarikat media dan hiburan itu termasuk SZMG, Phoenix TV, China Central Television (CCTV), British Entertainment Company IMG, Digital Domain, Tata Sky, Jordan Radio and Television Corporation (JRTV), Rain Post, Russian Television and Radio Broadcasting Company serta Pinewood. Pada masa depan, Huawei kekal komited untuk menggalakkan transformasi industri media siaran melalui inovasi bersama dengan kerjasama industri.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global terkemuka. Dipacu oleh inovasi berpaksikan pelanggan serta perkongsian terbuka, Huawei telah menubuhkan portfolio penyelesaian ICT menyeluruh yang memberi pelanggan kelebihan berdaya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti, serta pengkomputeran awan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei secara dalam talian di www.huawei.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150612/0861505247

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Joint ventures