omniture

Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou): Suara Paling Lantang dalam Industri

CBD Fair
2015-06-17 02:35 229

GUANGZHOU, China, 17 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai pameran dagangan industri hiasan bangunan utama Asia, Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa China (Guangzhou), yang turut dikenali sebagai CBD Fair, telah berusaha tanpa lelah dalam usaha inovatifnya selama 16 tahun. Sejak 2015, CBD Fair diadakan dua kali setahun, dengan satu pameran di Guangzhou, dan satu lagi di Shanghai.

Dua pameran CBD Fair akan membantu meneroka pasaran serantau ke utara Sungai Yangtze, meluaskan pengaruh di seluruh negara dan menyediakan peluang untuk jenama berorientasikan antarabangsa daripada industri hiasan bangunan.

Tetapkan kedudukan kukuh di Pearl River Delta, menjadi pameran utama di Asia  

Skala CBD Fair telah berkembang dengan kukuh. CBD Fair 2015 akan merangkumi 37 gerai pameran di Blok A, B, dan C Kompleks Pameran Canton. Pameran tersebut merangkumi kawasan seluas 340,000 meter persegi dan menarik lebih 2,200 pempamer. Dianggarkan akan terdapat lebih 130,000 pelawat tempatan dan dari luar negara.

Struktur dan reka letak pameran itu akan dioptimumkan selanjutnya. Tema "Perumahan Tersuai Silang" membezakan CBD Fair daripada pameran lain yang serupa di China. Dalam sesi baharu CBD Fair, pihak penganjur akan terus meningkatkan kualiti pameran: pertama, tema akan disepadukan; kedua, pindaan reka letak akan dibuat; ketiga, tema akan terus diperkayakan.

Sebuah Platform Penting untuk Syarikat Hiasan Kediaman, juga Kubu Strategik bagi Perusahaan Hiasan Perindustrian

Menurut statistik pengunjung ke pameran tahun 2014, seramai 37% daripada pengunjung merupakan pemaju hartanah, kontraktor dan syarikat hiasan. Data sedemikian mencerminkan trend perkembangan dalam permintaan pasaran. Untuk sesi baharu CBD Fair, penganjur telah meningkatkan usahanya untuk meneroka sektor hiasan perindustrian. Kini, sektor hiasan perindustrian dan hiasan kediaman kedua-duanya semakin meningkat maju di CBD Fair.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan liputan penuh rantaian industri dan gaya uniknya, CBD Fair telah menyediakan penyelesaian lengkap kepada industri hiasan bangunan dan telah menarik lebih banyak syarikat berjenama sebagai pempamer. Dalam setiap Pameran, pempamer menggunakan platform CBD Fair untuk bersaing bagi mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran, melancarkan produk baharu dan melaksanakan strategi baharu, memperkenalkan teknologi baharu, menganjurkan acara serta mengadakan pertunjukan hebat untuk mempromosikan jenama mereka sendiri.

Source: CBD Fair
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news