MEXICO CITY, 17 Jun 2015 /PRNewswire/ --
Berikutan kehabisan tiket yang tidak pernah dilihat sebelum ini bagi FORMULA 1 GRAN PREMIO DE MEXICO 2015, Corporacion Mexicana de Entretenimiento (CIE) telah bekerjasama dengan NUSSLI, salah satu pembekal struktur acara sementara peringkat antarabangsa yang paling berprestij, untuk memaksimumkan kapasiti tempat duduk di Autodromo Hermanos Rodriguez bagi memenuhi permintaan peminat yang teruja untuk menghadirinya.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/223219 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/223220 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/223221 )
Kepakaran NUSSLI serta penggunaan teknologi tercanggih untuk membina astaka besar sementara telah menghasilkan pelbagai peningkatan bagi menambah kapasiti litar itu serta bilangan tempat duduk yang ditawarkan tanpa menjejaskan pembeli yang sudah membeli tiket lebih awal.
Perubahan utamanya termasuk:
"Kami sangat komited kepada peminat dalam dan luar negara yang ingin mengalami kedatangan semula Formula 1® ke Mexico. Apabila tiket yang mula-mula dikeluarkan semuanya habis terjual dalam masa beberapa minit sahaja, kami mula mencari alternatif bagi meningkatkan kapasiti litar dan NUSSLI menyediakan penyelesaian yang hebat," kata Federico Alaman, Pengarah Komersial FORMULA 1 GRAN PREMIO DE MEXICO 2015. "Hari ini, kami dengan gembiranya menawarkan peluang baharu bagi menghadiri salah satu acara terbesar dan terpenting di Mexico sejak puluhan tahun kebelakangan ini, dan untuk menawarkan pengalaman mengujakan ini kepada seramai yang mungkin," tambah beliau lagi.
Jualan tiket akan bermula pada 20 Jun dan boleh dibeli melalui http://www.ahr.mx.
Tiket |
Harga (USD) (Tiket 3 hari) |
Tempat duduk bertangga kemasukan awam |
$100 USD |
Tempat duduk bertangga Foro Sol Selatan |
$300 USD |
Tempat duduk bertangga Foro Sol Utara |
$433 USD |
Tempat duduk bertangga Emas |
$600 USD |
Tempat duduk bertangga Platinum |
$800 USD |
Astaka Besar Utama |
$1,250 USD (*PSL Sahaja) |
CIE mempunyai pelbagai pakej korporat, termasuk pilihan hiburan berbeza di sekeliling litar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di sales@ahr.mx
Selain perkongsian dengan NUSSLI, CIE turut bekerjasama dengan QuintEvents Mexico, pengedar sah antarabangsa bagi Formula One Paddock Club™, penyedia hospitaliti paling eksklusif untuk Formula 1®. Hasilnya, pakej hospitaliti akan ditawarkan di bawah pelan VIP Mexican Grand Prix baharu. Pelan ini menawarkan peruntukan tiket tambahan di Astaka Besar Utama serta seksyen stadium yang terdiri daripada tempat duduk bertangga 8 dan 9, dengan akses eksklusif ke perlumbaan serta acara istimewa. Pilihan penginapan turut disediakan serta pengalaman istimewa seperti sesi soal jawab (Q&A) bersama legenda Formula 1, Emerson Fittipaldi.
CIE juga turut mengadakan perkongsian dengan Mundomex, yang bakal menawarkan tempat duduk eksklusif di astaka besar "Platinum Plus Oasis" yang terletak di dalam kompleks Moises Solana serta Platinum Sky Boxes di astaka 5, 9, 10 dan 11.
Mari alami kehebatan Mexico melalui MEXICAN FORMULA 1 GRAND PRIX 2015.
http://www.ahr.mx
Facebook: Autodromo Hermanos Rodríguez
Instagram/Twitter: @autodromohr
#MexicoGP
*PSL: Tiket ini dijual berdasarkan lesen tempat duduk kegemaran, memberikan pembeli hak penolakan pertama untuk acara-acara akan datang.
Logo F1 FORMULA 1, F1, FORMULA 1, FIA FORMULA ONE WORLD CHAMPIONSHIP, GRAND PREMIO DE MEXICO serta tanda berkaitan merupakan tanda dagang Formula One Licensing BV, syarikat kumpulan Formula One. Semua hak cipta terpelihara.
Imej astaka besar disediakan oleh NUSSLI.
Pautan Penting:
http://www.cie.com.mx
http://www.nussli.us
http://quintevents.com