omniture

PRAJ Perkenal Diploma Pertama Seumpamanya dalam Latihan Pembiran dengan Kerjasama IBD

Praj Industries Limited
2015-06-17 20:57 353

PUNE, India, 17 Jun 2015 /PRNewswire/ --

- Satu Undangan untuk mengikuti Diploma Pembiran IBD – Latihan yang Diiktiraf 

- Membawa India dan Subbenua itu Seiring Amalan Pembiran Global

Praj Industries (Praj), penyedia kejuruteraan dan kemudahan proses global untuk bioetanol, alkohol & kilang bir, air & kumbahan serta kelengkapan proses telah melancarkan program latihan untuk ahli-ahli professional industri pembiran bersama Institut Pembiran & Penyulingan (IBD) untuk menawarkan 'Diploma Pembiran – Latihan Modul 1 2015'. Ia merupakan program latihan teknikal komprehensif selama 5 hari yang akan mengikut sukatan Diploma Pembiran IBD.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150616/749182)

Program latihan ini akan diadakan bermula pada 24-28 Ogos 2015 di Ibu Pejabat Praj di Hinjewadi, Pune, India. Ia direka khas untuk Penyelia Kilang, Penyelia Syif, Pakar Teknologi Kilang Bir, Jurutera Proses & Kimia dll., yang berada dalam industri pembiran selama 5-7 tahun dan turut terlibat dengan proses pembuatan bir. Latihan akan diberikan oleh seorang Jurulatih Berakreditasi IBD.

'Institut Pembiran dan Penyulingan (IBD)' UK, merupakan organisasi ahli dihormati di peringkat antarabangsa yang misinya ialah pemajuan pendidikan, latihan dan pembangunan profesional, terutamanya dalam sains dan teknologi pembiran serta penyulingan. Perincian peperiksaan Diploma Pembiran IBD boleh didapati di http://www.ibd.org.uk/qualifications dan perincian tentang 'Diploma Pembiran – Latihan Modul 1 2015' boleh didapati di http://praj.net/IBD.html .

En Sanjay Sapru, Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan Pembiran – Praj Industries berkata, "Daripada perspektif jangka panjang, ini merupakan peluang yang baik untuk industri Pembiran India memandangkan kita akan membina kemampuan."

"IBD merupakan peneraju global dalam penyediaan kelayakan pembiran teknikal vokasional dan kerjasama dengan Praj ini akan membolehkan IBD meningkatkan penyediaan pengajaran dan kapasitinya di India," kata En Simon Jackson, Pengarah Eksekutif, IBD.

Latar Belakang Praj Industries Limited: 

Praj merupakan syarikat kemudahan proses global yang didorong oleh inovasi dan kemampuan penyepaduan, menawarkan penyelesaian untuk menambah nilai signifikan kepada kemudahan bioetanol, kilang pembiran, sistem rawatan air & air kumbahan, kelengkapan & sistem proses kritikal, penyelesaian HiPurity serta produk bio. Praj telah menjadi rakan kerjasama yang dipercayai bagi kejuruteraan proses, kilang & kelengkapan serta sistem kritikal dengan lebih 600 rujukan merentasi lima benua.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.praj.net.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Amol Gangele
Praj Industries Ltd (India)
No. Telefon Bimbit +91 9890300162
Telefon : +91 20 2294 1000
E-mel: amolgangele@praj.net

SUMBER  Praj Industries Limited

Source: Praj Industries Limited
Related Links:
Keywords: Education Oil/Energy Utilities Water Utilities Workforce Management/Human Resources