omniture

Malaysia Bakal Jadi Peneraju Serantau dalam Mencetuskan Peluang Pertumbuhan Terbesar untuk Industri Penyalutan

ECMI Lancarkan Coat & Corrosion Asia 2016 dengan Kerjasama Institut Bahan, Malaysia
ECMI ITE Asia
2015-06-17 22:12 391

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Rantau Asia Pasifik telah menjadi satu-satunya peluang pertumbuhan terbesar bagi industri penyalutan. Bermula pada tahun 2001-2010, rantau ini menyaksikan peningkatan dalam perwakilan pasaran penyalutan global daripada 27% kepada 40% dan pola peningkatan yang serupa dijangka akan terus berlaku. Ekoran daripada peluang unik yang dibawa kepada pasaran serantau, ECMI dengan rasminya melancarkan acara Coat & Corrosion Asia 2016 (CCA 2016)  di Sunway Putra Hotel yang dinanti-nantikan dalam industri penyalutan dan kawalan kakisan. CCA 2016 dijangka menjadi platform utama Malaysia untuk mengambil tempat sebagai peneraju serantau bagi industri penyalutan dan kakisan.

Pelancaran rasmi Coat & Corrosion 2016 oleh En Mark Temple-Smith, Pengarah Serantau Asia, ITE Group Plc
Pelancaran rasmi Coat & Corrosion 2016 oleh En Mark Temple-Smith, Pengarah Serantau Asia, ITE Group Plc

En Mark Temple-Smith, Pengarah Serantau Asia di ITE Group yang telah menghadiri majlis pelancaran tersebut berkata, "Kami tidak sabar-sabar untuk membolehkan CCA 2016 menetapkan tahap kecekapan bagi penyelesaian dalam teknologi penyalutan dan kawalan kakisan di peringkat serantau dengan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk industri ini di rantau Asia Pasifik. Ekonomi Malaysia telah bertambah kukuh, dan perluasan industri yang berkaitan seperti minyak & gas, industri berat, marin, pembinaan, dan lain-lain telah menjadikan CCA sebagai wadah yang penting bagi industri ini untuk terus mengembangkan potensi dan kemajuan mereka."

Coat & Corrosion Asia 2016 akan menampilkan 8 sektor utama, iaitu:

1.      Teknologi cat & penyalutan
2.      Kawalan kakisan
3.      Aloi/bahan kalis kakisan
4.      Bahan mentah untuk penyalutan, dakwat dan perekat
5.      Pemeriksaan, pengujian & pemantauan
6.      Penebatan
7.      Kimpalan
8.      Latihan & pensijilan

"Kami berbangga dapat berkerjasama dengan ECMI bersempena acara Coat & Corrosion 2016 untuk melengkapi satu sama lain dengan menyediakan peluang pendidikan mantap untuk industri selain platform perniagaan. Sebagai pertubuhan profesional tanpa untung yang menggalakkan amalan baik, etika profesional dan menggalakkan pendidikan dalam sains bahan, teknologi serta kejuruteraan, IMM melihat CCA 2016 sebagai cara yang hebat untuk kami mencapai objektif tersebut. Kami di IMM menjangkakan Malaysia akan menjadi pemimpin dalam industri penyalutan & kakisan untuk rantau Asia Pasifik, dan kami amat teruja untuk menentukan standard industri pada peringkat antarabangsa," kata Encik Md Azmi Md Noor, Timbalan Presiden Institut Bahan, Malaysia.

Coat & Corrosion Asia 2016 akan menjadi acara dwitahunan, dengan edisi pertama akan diadakan pada 17-19 May 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra. CCA 2016 turut disokong oleh Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) dan Institut Kimpalan Itali (IIS). Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, laman sesawang rasmi bagi Coat & Corrosion Asia ialah: http://www.coatcorrosionasia.com/.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150616/8521503973

Source: ECMI ITE Asia
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Trade show news