omniture

Masa untuk Usaha Sama ASEAN dalam pembekalan beras

Naresuan University
2012-10-31 22:27 198

SINGAPURA, 31 Okt, 2012 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 90 peratus beras dunia dihasilkan dan digunakan di rantau Asia Pasifik, yang dihuni oleh lebih daripada tiga bilion penduduk. Unjuran penduduk untuk tahun 2025 oleh FAO (Pertubuhan Makanan Sedunia) menunjukkan purata peningkatan 51 peratus berasaskan tahun 1995; dan oleh itu, jumlah beras yang dihasilkan sebanyak 524 juta tan setahun untuk penggunaan pengguna semasa perlu ditingkatkan kepada 700 juta tan menjelang tahun 2025. Tanggungjawab menambah bekalan beras ini sukar berikutan perubahan iklim dan kurangnya generasi peladang baharu. walaupun bilangan pengguna di setiap bandar raya besar semakin meningkat, bilangan pengeluar turun dengan mendadak.

(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029180511436673.html )
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029180615292647.html )
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029180714377937.html )
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029180806685209.html )
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029180853299430.html )
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029180943986177.html )
(Foto : http://www.prnasia.com/sa/2012/10/29/20121029181041146892.html )

Menyedari masalah ini, Jabatan Beras Thailand, dengan kerjasama Naresuan University (NU) sedang berusaha menggantikan tenaga manusia dengan menggunakan mesin pertanian bagi mengeluarkan bekalan yang mencukupi untuk penggunaan dalam negara dan untuk eksport. NU telah melakukan beberapa kajian bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos pengeluaran padi manakala Jabatan Beras kini memindahkan pengetahuannya kepada petani di seluruh negara menerusi 27 pusat penyelidikan padi dan 23 pusat benih padi. Thailand dan negara anggota ASEAN yang lain bagaimanapun kekurangan dari segi inovasi teknologi tinggi dalam mesin pertanian. Oleh itu, kedua-dua organisasi bersetuju untuk menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai Mesin Pertanian dalam Pengeluaran Padi: cabaran untuk ASEAN dari 26 hingga 28 November 2012 di Pusat Konvensyen Empress di Chiang Mai, Thailand, di mana isu pengeluaran seperti daya maju, penggunaan mesin, dan daya saing, akan dibincangkan secara meluas. Persidangan itu akan membincangkan isu-isu termasuk laporan-laporan negara mengenai status semasa penggunaan mesin pertanian untuk pengeluaran beras oleh negara anggota AEC campur Jepun, Korea, dan China.

Profesor Dr. Sujin Jinahyon, presiden NU, berkata sudah tiba masanya untuk ASEAN bekerjasama dalam pengeluaran beras bagi menangani permintaan dunia yang semakin meningkat. Negara pengeksport utama beras mesti memulakan era mesin dan persidangan itu menawarkan lonjakan besar untuk memperkenalkan teknologi pertanian ini.

Pembentang kertas kerja terkemuka termasuk Encik Hiroyuki Konuma dari Pertubuhan Makanan dan pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), Encik Payungsak Chartsutipol, Pengerusi Persekutuan Industri Thai dan banyak lagi : http://www.iamrice.com/?page=speakers

Rujukan : PENGELUARAN BERAS DI RANTAU ASIA PASIFIK: ISU DAN PERSPEKTIF
-M.K. Papademetriou, Repositori Dokumen Korporat FAO
http://www.fao.org/docrep/003/x6905e/x6905e04.htm

Naresuan University
+66-5596-8641
info@iamrice.com
www.iamrice.com

SUMBER: Naresuan University

Source: Naresuan University
Keywords: Agriculture Education Environmental Products & Services Green Technology Higher Education