omniture

Assistance Software Mengumumkan Pelancaran PSA Lite untuk Microsoft Dynamics CRM

Assistance Software
2015-06-18 09:00 300

NAARDEN, Belanda18 Jun 2015 /PRNewswire/ --

- Dapatkan Kawalan dengan PSA Lite untuk Microsoft Dynamics CRM

Assistance Software dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran PSA Lite untuk Microsoft Dynamics CRM. PSA Lite direka khusus untuk keperluan Industri Perkhidmatan Profesional dan bakal mengubah penyelesaian Microsoft CRM yang biasa; mencipta Peluang Maju serta Penyelesaian Pengurusan Projek termasuk Kemasukan Masa. Tarikh pelancaran rasmi untuk PSA Lite untuk Microsoft Dynamics CRM ialah pada 1 Julai 2015.

Assistance Software percaya PSA Lite untuk Microsoft Dynamics CRM akan memberi pengguna lebih kawalan untuk Ramalan dan Projek mereka. Ciri-ciri penting termasuk:

  • Pengguna kini boleh Meramal dan Merangka Belanjawan untuk Peluang mereka.
  • Menukar Peluang tertutup menjadi Projek bersama ahli pasukan dan Belanjawan anda bagi tempoh masa dan wang.
  • PSA Lite boleh dimuat turun secara percuma dan mudah untuk dinaik taraf sekiranya pengguna memerlukan Suite PSA lengkap dengan lebih banyak fungsi.

PSA Lite untuk Microsoft Dynamics CRM akan dipersembahkan semasa persidangan Rakan Kongsi Microsoft Seluruh Dunia di Orlando (12-16 Julai ). Untuk maklumat lanjut, bagi membuat pendaftaran untuk Webinar Dalam Talian atau Memuat Turun penyelesaian tersebut, sila ke: http://www.assistancesoftware.com/psalite

"Semua penyelesaian pengurusan projek lain kelihatan seperti sama sahaja. Tidak ada satu pun yang dapat menyediakan apa yang saya benar-benar perlukan – sehinggalah saya menemui Assistance PSA. Saya hairan kenapa ini tidak dibuat sebelum ini oleh pencipta CRM. Ia seakan satu jurang yang besar dalam pasaran. Kelihatan seperti tidak ada langsung sistem hujung ke hujung yang boleh merekodkan daripada petunjuk ke peluang ke usul, kemudian ke projek, invois, dan akhirnya ke akaun."

- Barry Parkinson, Pengarah Urusan, Institut Latihan Eksekutif dan Kepimpinan

Latar Belakang Assistance Software

Assistance ditubuhkan pada tahun 1990. Pada 2011, Assistance melancarkan versi baharunya, Assistance PSA Suite, yang dibina berdasarkan dan dikeluarkan serentak dengan Microsoft Dynamics CRM. Selepas itu, Syarikat itu telah dimasukkan ke dalam Kelab Presiden Microsoft dan merupakan peserta akhir untuk Anugerah Penyelesaian Perniagaan Seluruh Dunia.

Assistance Software Group BV merupakan kumpulan induk bagi empat buah anak syarikat milik penuh yang dipegang oleh tiga pemegang saham. Syarikat itu menyediakan penyelesaian PSA kepada lebih 25,000 pengguna seluruh dunia dan beribu pejabat di kawasan Greater Amsterdam dengan pejabat pemasaran Amerika Utara di Tampa, Florida.

Internet: http://www.assistancesoftware.com

Sumber: Assistance Software

Source: Assistance Software
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services