KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2015 /PRNewswire/ --
Pencari Pekerjaan Tempatan Boleh Berhubung dengan Majikan untuk Ratusan Jawatan Kosong - Tanpa Meninggalkan Rumah
Pemusa yang mencari pekerjaan baru, yang berkemahiran, dan gigih di Malaysia berpeluang untuk berinteraksi secara lansung dengan syarikat yang mencari bakat baru semasa Pesta Kerjaya Maya Monster.com. Malaysia.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150515/744283)
Ini merupakan kali ketiga Monster.com (Malaysia), penyedia talian dan kemudahan pencarian kerjaya terkemuka, menganjurkan acara terkenal ini.Ia akan bermula pada 22 Jun dan akan berlangsung hingga 26 Jun.
Menggabungkan sejumlah majikan yang mempunyai kekosongan untuk pelbagai jenis pekerjaan, pesta kerjaya ini bertujuan untuk menghubungkan pekerja tempatan profesional yang berkemahiran dengan peluang pekerjaan baharu secara maya. Syarikat-syarikat terkemuka daripada sektor Teknologi Maklumat (IT), Perkhidmatan Dibolehkan Teknologi Maklumat (ITES), Pembuatan & Kejuruteraan, Minyak & Gas, Kewangan Pengurusan Bank & Insurans, serta Telekomunikasi akan menyertai Pesta Kerjaya Maya (VCF) yang bakal berlangsung itu.
Para pelajar dan calon dari pelbagai industri dan tahap pengalaman akan berpeluang untuk berkomunikasi dengan majikan terbaik.Mereka juga diberi peluang untuk bertemu dengan pencari pekerja menerusi Skype untuk mengetahui lebih lanjut tentang pekerjaan yang boleh didapati. Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian akan turut berpeluang untuk menemu duga dan berinteraksi dengan pelbagai bakat dalam suasana yang mengutamakan masa serta kecekapan.
Untuk mula berhubung dengan ahli perekrutan dan jabatab sumber manusia (HR) dari seluruh negara dan dunia, para pencari pekerjaan hanya perlu mendaftarkan diri pada lelaman Monster.com (Malaysia) dan memuat naik resume mereka yang terkini.
Pencari pekerjaan boleh juga mengunjungi http://vcf.monster.com.my/mobile untuk mencari, menemui dan memohon pekerjaan semasa pesta kerjaya itu.
"Pesta Kerjaya Maya Monster.com Malaysia 2015 merupakan cara yang seronok dan cekap bagi pencari pekerjaan tempatan memaparkan profil kepada syarikat-syarikat yang memang sedang memburu bakat terbaik – dan mereka tidak usah keluar rumah untuk ditemu duga," kata Sanjay Modi, Pengarah Urusan Monster.com (India, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Hong Kong).
"Dengan pasaran bakat yang dinamik serta ekonomi yang semakin berkembang di Malaysia,ramai syarikat kini ingin mencari kakitangan baru bagi pengembangan perniagaan mereka. Pencari pekerjaan yang mengambil bahagian dalam Pesta Kerjaya Maya ini lebih berkemungkinan untuk menemui bakal majikan baru mereka," tambah En. Modi lagi.
5 panduan untuk mendapatkan pekerjaan di Pesta Pekerjaan
Tidak kira sama ada anda baru saja tamatuniversiti dan ingin mencari pekerjaan pertama anda ataupun anda mahir dalam sesuatu bidang dan ingin mencari arah yang lain, Pesta Kerjaya Maya Monster Malaysia merupakan peluang unggul untuk berkenalan, berhubung dan merebut peluang pekerjaan.
Bagi meningkatkan peluang anda untuk berjaya mendapatkan pekerjaan di pesta pekerjaan itu, ikuti panduan-panduan ini untuk mengendalikan profil anda:
Latar Belakang Pesta Kerjaya Maya Monster Malaysia
Pesta Kerjaya Maya Monster Malaysia akan bermula pada 22 Jun dan akan berlangsung hingga 26 Jun. Peserta boleh mendaftar di http://vcf.monster.com.my
Latar Belakang Monster Worldwide
Monster Worldwide, Inc. (NYSE: MWW) merupakan peneraju global yang menghubungkan orang ramai dengan pekerjaan, walau di mana mereka berada. Selama lebih 20 tahun, Monster telah membantu ramai orang memperbaiki kehidupan mereka melalui pencarian pekerjaan yang lebih baik. Ia juga turut membantu majikan mendapatkan bakat terbaik. Hari ini,syarikat MWW menawarkan khidmat di lebih 40 buah negara, menyediakan kebolehan mencari pekerjaan, pengurusan kerjaya, pengambilan pekerja, dan pengurusan bakat yang paling luas dan sofistikated. Monster meneruskan usaha rintisnya untuk mengubah industri pencarian pekerja dengan teknologi canggih melalui penggunaan penyelesaian digital, sosial, dan mudah alih yang pintar. Ini termasuk laman sesawang terkemuka kami monster.com® serta pelbagai produk dan perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, lawati monster.com/about.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Priyanka Sharma Kaintura
Ketua -- Perhubungan Awam (India, Timur Tengah, Asia Tenggara, Hong Kong)
Monster.com
Priyanka.sharma@Monsterindia.com
Rebecca Lewis
Mutant Communications
Singapura
Rebecca@mutant.com.sg
(65) 9623 1094
(65) 6223 6765
Sumber: Monster.com