omniture

DePuy Synthes Companies Mengumumkan Persetujuan Kerjasama Lima Tahun dengan Yayasan AO

Persetujuan Meneruskan Sejarah Inovasi Klinikal dan Pendidikan Profesional Selama 55 Tahun
DePuy Synthes
2015-06-18 16:45 415

CHIANG MAI, Thailand, 18 Jun 2015 /PRNewswire/ -- DePuy Synthes Companies of Johnson & Johnson hari ini mengumumkan, syarikat itu telah menandatangani persetujuan kerjasama selama lima tahun bersama Yayasan AO untuk meneruskan usaha yang mereka mulakan bersama pada tahun 1960 bagi menyediakan pendidikan profesional bertaraf dunia dan untuk membangunkan inovasi baharu yang dapat memperbaiki hasil keadaan pesakit serta meningkatkan kecekapan penjagaan.

Signing Ceremony for Depuy Synthes Companies Five-year Cooperation Agreement with the AO Foundation during the AO Foundation Trustees Meeting 2015 in Chiang Mai, Thailand, June 18, 2015. (From left to right: Stefan Oberholzer, Ciro Romer of Depuy Synthes, Dr. Suthorn Bavonratanavech, President, AO Foundation, Rolf Jeker, CEO, AO Foundation, Irene Eigenmann, COO, AO Foundation)
Signing Ceremony for Depuy Synthes Companies Five-year Cooperation Agreement with the AO Foundation during the AO Foundation Trustees Meeting 2015 in Chiang Mai, Thailand, June 18, 2015. (From left to right: Stefan Oberholzer, Ciro Romer of Depuy Synthes, Dr. Suthorn Bavonratanavech, President, AO Foundation, Rolf Jeker, CEO, AO Foundation, Irene Eigenmann, COO, AO Foundation)

Melalui persetujuan itu, DePuy Synthes Companies akan menjadi rakan kongsi industri penting untuk Suruhanjaya Teknikal AO (AOTK) untuk setiap bidang pengkhususannya: trauma dan pembedahan pembetulan untuk sistem rangka otot, tulang belakang, tulang rangka wajah (craniomaxillofacial), produk veterinar dan alat serta implan berkaitan. AO Specialties terus mentakrifkan semula kecanggihan termaju dalam bidang masing-masing, mengekalkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, kajian klinikal dan pendidikan.

Dua organisasi bebas itu akan berkolaborasi bagi manfaat inovasi dan pensijilan produk DePuy Synthes Companies baharu oleh AOTK yang kemudiannya akan digunakan dalam aktiviti pendidikan AO. Lebih 200,000 ahli profesional penjagaan kesihatan dijangka akan menyertai program AO seluruh dunia sepanjang lima tahun akan datang.

Yayasan AO, yang ditubuhkan pada tahun 1958, menyediakan pendidikan profesional kepada rangkaian pakar bedah, kakitangan dewan bedah dan saintis di peringkat global yang menyeluruh di lebih 100 buah negara. Sejak DePuy Synthes Companies dan AO mula berkolaborasi pada tahun 1960, sejumlah pelaburan telah dibuat dalam penyelidikan, pembangunan dan pendidikan. Tambahan lagi, latihan penting termasuk kursus amali secara langsung telah disediakan kepada lebih 450,000 pakar bedah dan 150,000 kakitangan dewan bedah dari 124 buah negara seluruh dunia.

"Yayasan AO dan DePuy Synthes Companies sudah mengekalkan hubungan yang kukuh selama 55 tahun kerana semangat keinginan yang sama untuk memajukan penjagaan pesakit," kata Ciro Roemer, Pengerusi Kumpulan Syarikat, DePuy Synthes Companies International Markets. "Membawa bersama perspektif unik DePuy Synthes Companies dan AO akan membantu kami mengenal pasti secara tepat dan menyelesaikan isu klinikal yang paling sukar dalam pembedahan rangka otot secara berkesan dan kemudian mengajar pakar perubatan menggunakan semua penyelesaian itu dengan betul."

Melalui persetujuan kerjasama ini, DePuy Synthes Companies dan AO akan terus bekerjasama bagi menghasilkan sumbangan bermakna kepada bidang penjagaan kesihatan global.

Latar Belakang DePuy Synthes Companies

DePuy Synthes Companies of Johnson & Johnson menyediakan penyelesaian ortopedik dan saraf yang paling menyeluruh di dunia. Syarikat itu menawarkan pelbagai produk, perkhidmatan, program dan kemampuan penyelidikan serta pembangunan yang tiada tandingan. Penyelesaian DePuy Synthes Companies dalam pengkhususan pembentukan semula sendi, trauma, saraf, tulang rangka wajah, pembedahan tulang belakang dan perubatan sukan direka bagi memajukan penjagaan pesakit di samping memberikan nilai klinikal dan ekonomi kepada sistem penjagaan kesihatan seluruh dunia.

Peringatan Berkenaan Kenyataan Jangkaan

Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995 yang berkaitan dengan kolaborasi baharu dan pembangunan produk. Pembaca diingatkan agar tidak bergantung kepada kenyataan jangkaan ini. Kenyataan ini dibuat berdasarkan jangkaan semasa bagi kejadian masa hadapan. Jika andaian dasarnya terbukti tidak tepat atau risiko serta ketidakpastian sama ada yang diketahui atau tidak telah berlaku, keputusan sebenar mungkin boleh berbeza banyak daripada jangkaan dan unjuran DePuy Synthes Companies dan/atau Johnson & Johnson. Risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, potensi faedah dan peluang yang dijangka yang berkaitan dengan kolaborasi ini tidak direalisasikan; cabaran dan ketidakpastian yang wujud dalam pembangunan produk baharu, termasuk ketidakpastian kejayaan klinikal dan kejayaan mendapatkan kelulusan kawal selia; persaingan, termasuk kemajuan teknologi, produk dan paten baharu yang diperoleh oleh pesaing; dan pembaharuan serta ikutan penjagaan kesihatan global menuju pembendungan kos penjagaan kesihatan. Senarai dan gambaran lanjut tentang risiko dan ketidakpastian ini, serta semua faktor lain boleh ditemui dalam Laporan Tahunan Johnson & Johnson melalui Borang 10-K bagi tahun fiskal berakhir pada 28 Disember 2014 termasuk Barang Kes 99 yang terdapat padanya, serta pemfailan seterusnya syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Salinan pemfailan ini boleh didapati secara dalam talian di www.sec.gov, www.jnj.com atau melalui permintaan yang dibuat kepada Johnson & Johnson. DePuy Synthes Companies dan Johnson & Johnson tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan jangkaan sebagai keputusan maklumat baharu atau kejadian serta perkembangan masa hadapan.

DSUS/MOC/0615/0277 06/15

©DePuy Synthes 2015. Hak cipta terpelihara.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150618/8521503921

Source: DePuy Synthes
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements