NORWALK, Connecticut, 18 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Mederi Therapeutics Inc. hari ini mengumumkan, Pertubuhan Endoskopi Gastrousus Amerika (ASGE) telah menyiarkan Garis Panduan baharu yang memetik Stretta sebagai pilihan rawatan yang sesuai untuk GERD. Menurut Garis Panduan tersebut, Stretta telah dilihat sebagai selamat, berkesan dan tahan lama, secara khusus menyatakan: "Peristiwa buruk jarang berlaku dan biasanya kecil. Teknik ini nampaknya melegakan simptom GERD sehingga 10 tahun lamanya untuk kebanyakan pesakit." Dokumen tersebut telah disediakan oleh Jawatankuasa Amalan Piawaian ASGE, diluluskan oleh Lembaga Pentadbiran ASGE, dan diterbitkan dalam keluaran Jun Gastrointestinal Endoscopy.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794
Stretta merupakan rawatan endoskopik yang kurang invasif yang menyampaikan tenaga frekuensi radio (RF) tidak ablatif untuk memperbaiki dan memulihkan fungsi otot sfinkter esofagus bawah, seterusnya menambah baik simptom GERD.
"Garis panduan ASGE terkini berkenaan peranan endoskopi untuk merawat GERD menonjolkan keselamatan, keberkesanan dan ketahanan Stretta," kata Robert D. Fanelli, MD, MHA, Ketua Pembedahan Invasif Minimum dan Endoskopi Pembedahan untuk Guthrie Clinic serta ahli Jawatankuasa Amalan Piawaian ASGE dan Jawatankuasa Garis Panduan SAGES. "Garis panduan ini, bersama Tinjauan Sorotan Klinikal SAGES tentang terapi refluks enoluminal yang diterbitkan sebelum ini, menunjukkan sokongan terhadap Stretta sebagai rawatan pilihan untuk pesakit yang dipilih dengan sewajarnya yang menghidap GERD, berdasarkan tinjauan terperinci terhadap maklumat sedia ada."
Garis panduan ASGE turut menyatakan, "Teknik ini menggunakan penyampaian tenaga RF ke esofagus distal dan kelihatan mengurangkan GERD dengan mengurangkan kepatuhan tisu dan mengurangkan pengenduran esofagus bawah sementara." Secara ringkasnya, garis panduan itu mencadangkan terapi antirefluks endoskopik mungkin dipertimbangkan untuk pesakit GERD terpilih.
GERD merupakan diagnosis GI pesakit luar yang paling kerap di A.S. Walaupun kebanyakan pesakit dirawat dengan perencat pam proton (PPI), dianggarkan 30 peratus mempunyai simptom kawalan tidak sempurna melalui PPI.
Pilihan rawatan lebih luas membawa perbezaan
Will Rutan, Ketua Pegawai Eksekutif Mederi Therapeutics, iaitu pencipta Stretta menambah, "Dengan kajian-kajian terkini yang mengetengahkan isu-isu melalui penggunaan PPI bagi tempoh jangka panjang, ini merupakan masa yang tepat untuk Stretta. Para doktor yang menawarkan Stretta bertanggungjawab membawa perubahan terhadap kualiti hidup pesakit dengan memperluas pilihan rawatan untuk mereka yang berada di bawah jagaannya."
Stretta merupakan rawatan yang paling selamat, paling berkesan, dan paling murah berbanding semua rawatan bukan dadah bagi GERD, serta merupakan pilihan ideal bagi pesakit yang simptomnya tidak dapat dikawal dengan mencukupi melalui terapi dadah atau memilih untuk tidak menjalani pembedahan. Tidak seperti pembedahan, Stretta tidak mengubah anatomi, maka ia menyediakan pilihan rawatan versatil yang tidak merumitkan sebarang pembedahan pada masa depan, dan juga dapat digunakan untuk pesakit yang telah menjalani prosedur antirefluks atau bariatrik, serta mengalami GERD berulang.
Sebarang maklumat lanjut sila ke stretta-therapy.com.
LATAR BELAKANG STRETTA®
Terapi Stretta merupakan pilihan bukan pembedahan bagi pesakit GERD yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap ubat-ubatan dan ingin mengelakkan daripada menjalani pembedahan. Stretta telah menjadi subjek untuk lebih 37 kajian, semuanya menunjukkan tahap keselamatan dan keberkesanan yang tinggi. Stretta dihasilkan oleh Mederi Therapeutics dan boleh didapati di seluruh dunia.
Hubungi: Julia Brannan
julia@pascalecommunications.com
+1-908-464-2470