SAO PAULO, Brazil, 18 Jun 2015 /PRNewswire/ -- XCMG, syarikat jentera kejuruteraan kelima terbesar di dunia, telah mencuri tumpuan apabila ia menyertai M&T Expo 2015, salah satu pameran terbesar dunia untuk industri perlombongan serta kejuruteraan, di Sao Paulo, Brazil pada 9 Jun, yang melaluinya, ia menerima pesanan untuk 108 mesin dan ini menjadikannya sebagai sebuah syarikat China yang paling berjaya pada pameran tersebut.
Dalam tahun kedua belasnya terlibat dalam pameran di M&T, syarikat tersebut menampilkan sembilan produk baharu, termasuk kren, pemuat, penggelek, penggred, pengorek, trak perlombongan, gerudi terarah melintang dan pelantar menarik, yang tersuai khusus untuk pasaran tempatan, serta diakreditasi dengan pensijilan FINAME Brazil, yang belum pernah diperoleh oleh syarikat China lain.
"Pesanan besar yang kami terima di pameran itu benar-benar merupakan satu hadiah untuk ulang tahun XCMG Brazil. Akreditasi FINAME yang diperoleh, memberikan XCMG kelebihan daya saing untuk meluaskan bahagian pasaran tempatan, memandangkan projek bidaan besar cenderung memilih produk FINAME dan dasar kerajaan menawarkan lebih perlindungan kepada syarikat berakreditasi. Tambahan pula, pelanggan yang membeli produk ini menikmati kadar faedah lebih rendah berbanding Bank BNDES," kata Li Qianjin, pengurus besar XCMG Brazil.
Tumpuan utama XCMG di M&T ialah pengorek berakreditasi FINAME. Dilengkapi enjin Tahap 3 Commins Brazil, timba 0.72m³ dan sistem kawalan pintar yang dibangunkan secara bebas, mesin ini menawarkan prestasi operasi termaju dan 15% kecekapan kerja yang dipertingkat. Pameran pertama trak perlombongan kelas tertinggi syarikat itu turut menarik perhatian pengunjung apabila ia membuat penampilan sulungnya, mengetengahkan kebolehsuaiannya dalam keadaan kerja yang rumit.
XCMG menyaksikan potensi pasaran yang hebat di Brazil setelah berkali-kali menjalankan penyelidikan terhadap keadaan pasaran, dan telah berkembang ke pasaran Brazil sejak tahun 2000. Setelah berusaha dengan penuh dedikasi selama 15 tahun, XCMG telah meraih kepercayaan kerajaan tempatan dan juga para pelanggan.
"Tidak mudah menubuhkan sistem operasi antarabangsa, mengembangkan pasaran luar negara kami, mengukuhkan imej jenama kami mahupun menangani halangan budaya dan komunikasi, namun XCMG berjaya melakukannya di Brazil," kata Wang Yansong, Naib Presiden XCMG. Kini, perusahaan itu membawakan peluang pekerjaan ke negara tersebut, memberi sumbangan cukai yang besar, menghasilkan produk berkualiti dan memacu pertumbuhan pesat untuk rantaian bekalan tempatan.
XCMG telah menampilkan pengiktirafan jenamanya di Brazil dengan mengambil bahagian secara meluas dalam pembinaan infrastruktur, termasuk dua belas gelanggang Piala Dunia FIFA 2014 dan 115 tempahan kren bagi Sukan Olimpik Rio 2016.
Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter dan Youtube.
Hubungi:
Carolina Li
xcmg_media@163.com