KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Urban Clusters merupakan ciri terkini yang dilancarkan hari ini daripada BuzzCity, rangkaian pengiklanan mudah alih global yang utama. Ciri Urban Clusters akan membolehkan pengiklan mengenal pasti dengan lebih baik, dan menyasarkan kumpulan penting di bandar-bandar merentasi pasaran membangun: India, Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan dan Thailand.
Pada tahun 2015, pasaran membangun akan mendorong perbelanjaan pengiklanan global, dengan pasaran pengiklanan diunjurkan meningkat sebanyak 10.7% sepanjang tiga tahun akan datang. Pendekatan unik BuzzCity terhadap pengelompokan bandar menawarkan ciri sasaran terbaik yang memenuhi keperluan rantau membangun itu.
Khalayak di kawasan bandar merupakan tarikan besar untuk para pengiklan dalam kawasan-kawasan penting seperti Malaysia dan India, yang menyaksikan pertumbuhan sebanyak 17% dan 13% masing-masing dalam pengiklanan mudah alih pada suku tahun yang lalu. Penggunaan Urban Clusters memberikan pengiklan dengan kebolehan untuk menyasarkan pengguna mudah alih penting ini dengan maklumat khusus lokasi yang lebih baik, membawa kepada pengurangan tanggapan yang tidak diperlukan. Kebanyakan pelayar didapati berada di Kuala Lumpur serta konurbasi di sekitar Selangor, Ipoh, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
"Kami sentiasa menambah baik teknik kami," ulas Dr KF Lai, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas BuzzCity. "Kami sedang memperluaskan penyelidikan semasa untuk menggunakan alamat IP sebagai asas sasaran: ini membolehkan pengiklan menyasarkan pengguna internet dengan lebih baik melalui iklan yang lebih relevan, bergantung kepada lokasi mereka."
Dengan memanfaatkan data proprietari daripada pensampelan pengguna yang kerap, pengiklan dapat memaparkan iklan mereka di laman-laman yang mana 65% pengguna berpadanan dengan kelompok bandar. BuzzCity secara rutin mengumpulkan pandangan pengguna daripada rangkaian penerbitnya, mengumpulkan maklumat secara berterusan tentang jantina, usia, lokasi dan pekerjaan. Laporan terkininya mendedahkan pertumbuhan sebanyak 14% bagi iklan berbayar yang disampaikan merentasi rangkaiannya semasa suku tahun lalu.
Pelancaran Urban Clusters dijalankan setelah pelancaran Audience Clusters yang dilakukan lebih awal, yang mana, dengan menghimpunkan para penerbit yang mempunyai ciri-ciri serupa, jenama dan agensi berpeluang untuk menyasarkan set demografi yang lebih luas seperti jantina, usia, lokasi serta pekerjaan.
Diasaskan pada tahun 1999, BuzzCity kini memberi khidmat kepada lebih 940 juta iklan setiap bulan kepada khalayak yang berjumlah melebihi 22 juta pelayar mudah alih di Malaysia.
Latar Belakang BuzzCity
BuzzCity merupakan rangkaian pengiklanan mudah alih yang menawarkan pemilik jenama dan agensi capaian kepada rangkaian paparan global penerbit. Sebagai pemain antarabangsa utama, BuzzCity telah membangunkan pengetahuan mendalam tentang pengguna mudah alih dan menyediakan pemasar dengan peluang yang jelas untuk mendekati khalayak ini melalui program pengiklanan dan penerbitnya. Rangkaian itu juga menawarkan peluang kepada penerbit, pembangun dan pemilik harta media mudah alih untuk menjana keuntungan lalu lintas mereka melalui pengiklanan internet mudah alih.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.buzzcity.com
Jo McConnell atau Josh Speers di CubanEight PR
+44-01869 238089
buzzcity@cubaneight.com
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150415/8521502345LOGO