omniture

Owen Mumford Perluas Kehadiran Global untuk Sokong Asia Pasifik

Owen Mumford
2015-06-22 09:00 205

OXFORD, England, 22 Jun 2015 /PRNewswire/ --

-Pengeluar peranti perubatan buka kemudahan baharu di Malaysia untuk perkemas bekalan global

Owen Mumford, peneraju dalam industri peranti perubatan, hari ini mengumumkan komitmennya kepada rantau Asia Pasifik, dengan pembukaan hab serantau baharu di Nusajaya, terletak di selatan Malaysia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150618/224166 )

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150618/224167 )

Di bawah pengurusan Pengarah Program APAC, Paula Staples, dan Pengurus Besar Tapak, Tan Choon Aik, kemudahan ini menyediakan Owen Mumford dengan sumber tambahan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya dengan meningkatkan khidmat pembungkusan serta menyediakan kemudahan gudang tambahan di rantau ini.

Dengan hab Malaysia ini yang dijangka memulakan operasinya pada September tahun ini, Paula Staples, Pengarah Program APAC di Owen Mumford mengulas, "Kami amat berterima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Pembangunan Serantau Iskandar atas sokongan mereka dalam membantu Owen Mumford mencapai kejayaan penting ini dalam projek kami."

Staples meneruskan, "Kami meneruskan usaha dengan merekrut pasukan tempatan yang akan membantu menyampaikan visi syarikat kami dan amat teruja memperluas capaian global Owen Mumford melalui produk inovatif kami, yang direka untuk menambah baik kehidupan dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan."

Pengurus Besar Tapak yang dilantik untuk kemudahan Owen Mumford baharu di Malaysia, Tan Choon Aik menambah, "Saya berbesar hati menjadi sebahagian daripada pasukan Owen Mumford yang baharu dan saya berharap dapat belajar daripada rakan sekerja global saya, sambil berkongsi pengetahuan serta pengalaman saya bersama semua pihak di sini, agar kami dapat membina masa depan yang cerah dan berjaya. Lokasi kami akan membolehkan kami menambah baik perkhidmatan kami kepada pelanggan sedia ada di rantau ini selain memperkenalkan pelanggan baharu kepada kualiti produk kami serta operasi kami."

Beribu pejabat di Oxford, England, Owen Mumford beroperasi melalui anak-anak syarikat serantau di UK, AS, Perancis, Jerman, China, Mexico dan kini Malaysia, disokong oleh pengedar pakar merentasi lima benua. Dipilih sebagai salah satu Syarikat Pertumbuhan Global Forum Ekonomi Dunia, Owen Mumford merupakan rakan kongsi dipercayai kepada banyak syarikat farmaseutikal dan diagnostik terbesar dunia serta turut bekerjasama dengan pelbagai pemain antarabangsa.

Owen Mumford membawakan 60 tahun kepakaran 'rekaan hingga pengeluaran' dalam pasaran peranti perubatan dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kerjasama baharu di rantau ini, melangkaui jangkaan mereka serta meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Nota untuk Editor:

Imej kilang dilampirkan

Imej pasukan membuka kilang dilampirkan

Latar Belakang Owen Mumford

Owen Mumford merupakan pengeluar peranti perubatan utama yang membangunkan peranti perubatan rintis untuk jenama Owen Mumford kami sendiri dan penyelesaian peranti tersuai untuk syarikat farmaseutikal dan diagnostik terkemuka dunia. Sasaran Owen Mumford adalah untuk meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan penerusan rawatan dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Membawa perubahan sedunia, kepada manusia sedunia.

Dengan sejarah sebagai perintis dunia dalam penyelesaian peranti, Owen Mumford menawarkan khidmat rekaan, pembangunan dan penyampaian terbukti daripada rangkaian luas peranti platform suntikan sendiri dan pensampelan darah terbukti serta harta intelek.

Telah menjalankan perniagaan selama lebih 60 tahun, Owen Mumford kekal dimiliki secara persendirian dengan fokus terhadap pelaburan jangka panjang untuk menyampaikan pertumbuhan perniagaan yang mampan. Dengan kemampuan penyelidikan dan pembangunan dalaman yang mantap, sasaran Owen Mumford adalah untuk membangunkan kemudahan yang memenuhi keperluan penjagaan kesihatan hari ini. Melalui penyelidikan termaju melibatkan pengguna dan ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan, serta kemampuan rekaan dan juga pengeluaran yang meluas, Owen Mumford menghasilkan peranti perubatan yang terbaik dalam kelasnya yang digunakan oleh khalayak global – mengeksport lebih 85% produknya ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia.

Dipilih sebagai salah satu Syarikat Pertumbuhan Global Forum Ekonomi Dunia, Owen Mumford merupakan rakan kerjasama dipercayai kepada banyak syarikat peranti perubatan dan farmaseutikal terbesar dunia serta turut bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menyokong pelanggan di peringkat tempatan dan juga menyediakan penjagaan yang konsisten dan berdedikasi.

Untuk maklumat lanjut lawati http://www.owenmumford.com/ atau ikuti Owen Mumford di Facebook, Twitter dan LinkedIn.

Sumber: Owen Mumford

Source: Owen Mumford
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion