omniture

Ingolstadt Village Raikan Sepuluh Tahun Bergaya Dengan Pameran Terapung Inovatif

Ingolstadt Village
2015-06-22 09:38 282

MUNICH, 22 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Ingolstadt Village, destinasi outlet mewah berhampiran Munich, akan meraikan ulang tahun kesepuluhnya pada musim panas tahun ini dengan siri aktiviti yang berinspirasi dan berbeza daripada dunia fesyen serta seni, menandakan 'Sepuluh Tahun Bergaya'. Berdasarkan 'Siri Buih' jurgambar terkenal Amerika, Melvin Sokolsky, 'buih fesyen' besar yang lutcahaya akan dipasang di Ingolstadt Village sehingga Oktober, menjadi tarikan utama dalam sambutan ulang tahun kesepuluh itu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia tersebut, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7557851-ingolstadt-village-celebrates-ten-years/

Sfera gergasi yang lutsinar itu akan berfungsi sebagai bekas pameran untuk siri tema berubah yang mengujakan, dihasilkan bersama rakan kerjasama Village itu serta jenama-jenama mewah.

Sebagai sebahagian daripada sambutan 'Sepuluh Tahun Bergaya', Ingolstadt Village akan menerokai visi kreatif Sokolky terhadap 'Siri Buih' uniknya dengan menampilkan pameran yang amat istimewa kepada tetamu: seleksi eksklusif gambar-gambar daripada Siri tersebut, yang akan dipamerkan di Village itu sehingga 27 Jun.

Dilahirkan di New York pada tahun 1933, Sokolsky merupakan jurugambar rasmi bagi majalah AS, Harper's Bazaar sejak tahun 1959 hingga 1969. Beliau memperoleh kemahsyuran global dengan imej-imej luar biasa yang dihasilkannya pada tahun 1963, apabila beliau menangkap gambar-gambar model berterbangan di seluruh Paris di dalam buih-buih gergasi.

 "Satu impian menjadi kenyataan bagi saya pada tahun 1963, apabila Harper's Bazaar bersetuju membenarkan saya menjalankan penggambaran 'Siri Buih' di Paris. Bagi melihat dan menangkap gambar model, yang benar-benar berada dalam buih, yang disambungkan dengan benang yang begitu nipis, adalah satu pencapaian impian yang telah lama disemai. Pasukan tersebut, model Simone D'Aillencourt dan saya sendiri begitu bersemangat dalam melaksanakan kerja kami, yang telah mengubah ilusi yang kami kongsikan menjadi realiti."

 "Saya amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama Ingolstadt Village ini. Saya gembira melihat imej-imej Buih saya terus membawa nafas kepada inspirasi dan visi saya." 

Melvin Sokolsky, © Melvin Sokolsky
http://sokolsky.com/

Pameran gambar-gambar Melvin Sokolsky akan dipamerkan dalam 'buih fesyen' di tiga pintu masuk Village itu dan juga di sebuah kawasan pameran eksklusif sebagai santapan visual serta inspirasi untuk meraikan 'Sepuluh Tahun Bergaya' Ingolstadt Village.

Sejak sepuluh tahun lalu, Ingolstadt Village telah berubah menjadi destinasi beli-belah antarabangsa yang unik. Sejak ia dibuka dengan 60 butik pada tahun 2005, Village itu telah berkembang untuk menawarkan pengunjung dengan lebih 110 butik fesyen dan kemewahan untuk kediaman. Ia kini menempatkan jenama seperti   Closed, Bally, Escada, Furla, Patricia Pepe serta MCM, dan campuran jenama itu dilengkapi dengan butik pop-up yang sentiasa berubah, yang menawarkan koleksi jenama baharu yang mengujakan untuk tempoh yang terhad.

Latar Belakang Ingolstadt Village  

Ingolstadt Village, salah satu Koleksi Village di Eropah, terletak sejauh 40 minit pemanduan dari Munich dan menawarkan pengalaman beli-belah outlet mewah eksklusif. Dengan lebih 110 butik outlet menyediakan fesyen dan kemewahan untuk kediaman, Ingolstadt Village menawarkan koleksi musim lalu bagi pilihan unik jenama Jerman dan antarabangsa dengan penjimatan sehingga 60% daripada harga runcit disyorkan, enam hari seminggu sepanjang tahun. Bally, Furla, Escada dan Patrizia Pepe adalah antara jenama antarabangsa yang terdapat di sini, selain butik-butik pereka Jerman termasuk Bogner, St.Emile, Aigner dan MCM. Pilihan perkhidmatan yang disediakan dengan teliti di Ingolstadt Village termasuk khidmat koc harian Shopping Express® dari Munich, pejabat Maklumat Pelancong, dan beli-belah peribadi. Dengan pilihan restoran dan kafe, Village itu telah menjadi destinasi untuk pelawat yang mencari pengalaman beli-belah yang hebat dan hari bersiar-siar yang menyeronokkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati IngolstadtVillage.com

Video: http://www.multivu.com/players/uk/7557851-ingolstadt-village-celebrates-ten-years/

Sumber: Ingolstadt Village

Source: Ingolstadt Village
Keywords: Fashion Retail Travel