omniture

Lexus Cipta Papan Luncur Apung Masa Depan

Lexus International
2015-06-24 07:01 283

TOKYO, 24 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Kolaborasi rekaan dan teknologi hasilkan penemuan kreatif untuk kempen Kehebatan Gerakan (Amazing in Motion) Lexus yang baharu. 

Jenama automotif mewah, Lexus telah bekerjasama dengan pakar utama dunia dalam teknologi superkonduksi untuk mencipta salah satu Papan Luncur Apung paling canggih yang pernah dicipta.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7556151-lexus-creates-hoverboard-of-future/

Mark Templin, Naib Presiden Eksekutif, Lexus International berkata; "Di Lexus, kami sentiasa mencabar diri kami dan rakan kerjasama kami untuk memperluas sempadan sebarang kemungkinan. Kesungguhan ini, digabungkan dengan keghairahan serta kepakaran kami terhadap rekaan dan inovasi, adalah apa yang membawa kami kepada projek Papan Luncur Apung ini. Ia merupakan contoh sempurna bagi perkara mengagumkan yang dapat dihasilkan apabila anda menggabungkan teknologi, rekaan dan imaginasi."

Papan Luncur Apung Lexus beroperasi menggunakan pengapungan magnetik untuk mencapai pergerakan tanpa geseran yang mengagumkan. Nitrogen cecair menyejukkan superkonduktor dan magnet kekal bergabung untuk membolehkan Lexus menghasilkan sesuatu yang mustahil.

Dihasilkan menerusi rekaan yang khusus untuk Lexus, Papan Luncur Apung itu menampilkan bentuk khas gril spindel Lexus yang unik dan menggunakan bahan yang ditemui dalam jenama kereta mewah itu, daripada yang berteknologi tinggi hinggalah kepada buluh semula jadi.

Papan Luncur Apung Lexus merupakan sebahagian daripada projek keempat dalam kempen 'Kehebatan Gerakan' ('Amazing in Motion') Lexus yang memperlihatkan kreativiti serta inovasi jenama Lexus.

Pengujian Papan Luncur Apung Lexus akan diadakan di Barcelona, Sepanyol sepanjang minggu-minggu akan datang sehingga Musim Panas 2015. 

Nota untuk editor:

Papan Luncur Apung Lexus merupakan sebuah prototaip dan tidak akan dijual. Hashtag rasmi #LexusHover dan #AmazingInMotion.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150623/225086LOGO )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150623/225087 )

Sumber: Lexus International

Source: Lexus International
Keywords: Auto Sports Transportation New products/services