omniture

Rakyat Malaysia Bantu Jadikan Bahasa Inggeris Australia #1 di Dunia

ABC International
2015-06-24 08:48 183

SYDNEY, 24 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Bahasa Inggeris Australia telah menjadi salah satu pilihan paling popular untuk para pelajar Bahasa Inggeris di Malaysia - dengan lebih 91,000 rakyat Malaysia menyertai laman Facebook Learn English yang berpangkalan di Australia sejak dilancarkan pada tahun 2013.

Menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang mengurus laman Australia Plus Learn English, ia kini mempunyai lebih tiga juta peminat di lebih 50 buah negara dan ini menjadikannya sebagai laman belajar Bahasa Inggeris yang paling popular di dunia - mengatasi penyedia Bahasa Inggeris terkemuka seperti British Council dan Voice of America.

Laman Facebook Learn English menyediakan persekitaran komuniti untuk orang ramai memanfaatkan panduan Bahasa Inggeris perbualan dan sumber bahasa. Para peserta digalakkan untuk mengulas setiap entri untuk berlatih menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kemudian akan dibetulkan oleh moderator laman tersebut. Kadangkala, pembetulan turut disumbangkan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti Learn English, termasuk guru-guru Bahasa Inggeris, penutur asli, mahupun rakan pelajar.

Rowel Pits, salah seorang daripada tiga juta peminat laman tersebut berkata, "Sepanjang tempoh yang telah saya luangkan di laman ini, saya telah mempelajari perkara penting tentang Bahasa Inggeris, seperti peraturan tatabahasa dan peribahasa Inggeris. Saya dapati ia agak berguna, kerana ia benar-benar telah membantu saya memperbaiki kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris saya… Oleh itu, pada pandangan saya, laman ini adalah yang terbaik untuk seseorang seperti saya dan orang lain yang ingin fasih berbahasa Inggeris."

Bahagian antarabangsa ABC mempunyai sejarah panjang dalam menghasilkan bahan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui radio, fail media digital (podcast), televisyen, dan juga secara dalam talian.

Salah satu rancangan terawalnya ialah siri English For You Radio Australia, yang pertama kali disiarkan kepada jutaan orang di Indonesia pada tahun 1959. Menjelang tahun 1982, lima juta salinan risalah English for You telah diedarkan di seluruh Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Khidmat televisyen antarabangsa ABC, Australia Plus Television juga telah menerbitkan pelbagai program pembelajaran Bahasa Inggeris, menerusi program pertamanya, English Bites, dilancarkan pada awal tahun 2000-an. Australia Plus Television boleh didapati di Astro dan HyppTV di Malaysia.

Laman Facebook tersebut dapat dilihat di sini: www.facebook.com/AustraliaPlusLearnEnglish

John Woodward
+612 8333 2084 
+61 418 971302 
woodward.john@abc.net.au

Source: ABC International
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Social Media Web Site Awards Survey, Polls & Research