omniture

Kenyataan PetroSaudi International tentang Penangkapan Bekas Pengurus Atas Tuduhan Peras Ugut

PetroSaudi International
2015-06-24 13:52 284

RIYADH, Arab Saudi, 24 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Saudi, PetroSaudi International menyatakan ia mengalu-alukan penangkapan seorang bekas kakitangannya dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Thailand.

Xavier Justo telah ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa dengan percubaan memeras ugut terhadap PetroSaudi. Beberapa buah komputer, cakera keras dan bahan-bahan bukti lain telah dirampas menurut waran geledah yang diperintahkan oleh mahkamah dan siasatan sedang dilakukan. Sementara itu, PetroSaudi sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selanjutnya dalam bidang kuasa lain.

Seorang jurucakap PetroSaudi berkata, "kami lega En Justo akan ke muka pengadilan melalui mahkamah. Kami telah menjadi mangsa jenayah yang malangnya telah dipolitikkan di Malaysia. Kami gembira kerana pihak Mahkamah akan menangani perkara ini, dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kemudaratan yang telah berlaku terhadap mereka."

Source: PetroSaudi International
Keywords: Oil/Energy Personnel announcements