RIYADH, Arab Saudi, 24 Jun 2015 /PRNewswire/ -- International Airfinance Corporation ("IAFC") telah melantik Quantum Investment Bank Ltd ("Quantum") dan Palma Capital Limited ("Palma"), kedua-duanya berasaskan DIFC drtys dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai ("DFSA"), sebagai Pengatur eksklusif bagi urus niaga sewaan pesawat terbesar dalam sejarah Saudi Arabian Airlines ("SAUDIA"). Urus niaga tersebut melibatkan pengaturan hutang dan pembiayaan ekuiti untuk memperoleh 30 buah pesawat Airbus model A320-200 serta 20 buah pesawat model A330-300 untuk disewakan kepada SAUDIA.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150615/748995 )
En. Ammer Al-Selham, Pengerusi Lembaga Pengarah Quantum Investment Bank Ltd menambah: "Quantum bercita-cita untuk mengukuhkan perhubungannya dengan institusi awam dan swasta di Arab Saudi dalam masa terdekat serta menyediakan penyelesaian pembiayaan patuh Syariah. Kami menganggap ini sebagai sumbangan kecil kami kepada pembangunan ekonomi kita dan seiring dengan visi kepimpinan kita yang bijaksana ke arah ekonomi Saudi yang lebih kukuh serta kesejahteraan rakyatnya."
Saudi Arabian Airlines, penerbangan nasional Arab Saudi, akan menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang mengendalikan Airbus A330-300 Regional, berikutan perjanjian sewaan Operasi yang ditandatangani bersama IAFC untuk 20 buah pesawat A330-300 Regional dan 30 buah pesawat A320ceo.
Mengulas tentang pengumuman tersebut Dr. Idriss Ghodbane, Ketua Pegawai Eksekutif Quantum Investment Bank Ltd menyatakan, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kami yang telah mengusahakan urus niaga ini selama lebih setahun. Kami di Quantum menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan paling inovatif kepada pelanggan kami dalam cara yang patuh Syariah dan memperkenalkan urus niaga penting yang terpilih dengan profil pulangan risiko yang menarik kepada kumpulan pelabur kami."
Moulay Omar Alaoui, Ketua Pegawai Eksekutif IAFC dan juga Pengerusi Palma Capital Ltd berkata: "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan IAFC dan Quantum dalam urus niaga ini. Palma membawakan kepakaran mantap dalam sektor penerbangan dan pengetahuan mendalam bagi industri ini."
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Quantum Investment Bank Ltd
E-mel: ad@quantumib.com
Tel: +97143050100
Sumber: Quantum Investment Bank