omniture

Golongan Milenial Sedang Mencari Tujuan dan Inovasi

Universum
2015-06-24 21:00 331

STOCKHOLM, 24 Jun 2015 /PRNewswire/ --

- Dan Majikan-Majikan Paling Cemerlang Di Dunia Berkemampuan Menyediakannya

Pelajar-pelajar bidang perniagaan dan kejuruteraan dalam 12 negara ekonomi terbesar dunia telah memilih majikan pilihan mereka. Lebih daripada 240,000 pelajar telah menyertai Kajian Selidik Universum dan memberi pendapat mereka tentang kerjaya dan majikan yang paling diingini bekerja dengan.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150624/748711 )

Kekurangan peluang untuk menimba pengalaman profesional merupakan kerisauan terbesar mereka 

Golongan Milenial ingin memahami majikan, berselari dengan misi mereka dan bekerja dengan orang lain untuk menambahbaik prestasi majikan mereka. Selain itu, mereka ingin menerima inspirasi daripada majikan mereka. Golongan Milenial juga ingin bekerja dengan majikan yang benar-benar berpraktik nilai-nilai organisasi yang ditetapkan dan sedia berkongsi tentang kisah kerjaya mereka.

Golongan Milenial paling risau tentang majikan tidak dapat memberi peluang kemajuan kepada profesion mereka. Firma perkhidmatan profesional seperti PwC dan EY didapati memberi banyak peluang kemajuan dan pertumbuhan profesional tersebut. Industri- industri lain patut belajar daripada sektor tersebut bagaimana untuk melatih pekerja melalui program mentor dan khusus yang efektif.

WMAE 2015 mengesahkan bahawa golongan Milenial ingin bekerja dengan majikan yang mereka akan bercerita tentang, belajar daripada dan mempunyai nilai yang boleh diterapi," kata Petter Nylander, Ketua Pegawai Eksekutif Universum. "Para pelajar sedang mencari majikan yang boleh memberi ruang untuk pertumbuhan kerjaya mereka sendiri. Dan mereka telah memberitahu kami bahawa syarikat mana yang dapat berbuat demikian."

Google peroleh kedudukan tertinggi untuk pelajar perniagaan dan kejuruteraan 

Berbanding dengan senarai kedudukan 2014, kedudukan lima majikan terbaik tahun ini didapati tidak banyak berubah. Berdasarkan pendapat dalam kalangan para pelajar perniagaan, Google sekali lagi bertempat pertama, diikuti dengan PwC, EY, Goldman Sachs dan KPMG. Manakala, majikan berkedudukan tertinggi dalam kalangan pelajar kejuruteraan ialah Google, Microsoft, Apple, BMW Group dan General Electric.

Golongan Milenial amat tertarik kepada elemen keusahawanan di tempat kerja. Mereka ingin bekerja dengan majikan yang inovatif, mempunyai infrastruktur yang tidak berbatasan sambil menambahbaikkan status kewangan majikan mereka. Jesterunya, industri teknologi secara umumnya menarik golongan Milenial tersebut. Berkenaan dengan majikan dalam industri lain, kedudukan semua majikan dalam sektor tenaga telah merosot. Sementaranya, kedudukan majikan industri barangan pengguna gerakan pantas meningkat.

Senarai kedudukan Majikan-Majikan Paling Cemerlang Di Dunia (WMAE) telah diterbit berdasarkan Kajian Selidik Universum yang dijalankan dalam negara Australia, Brasil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Rusia, United Kingdom and Amerika Syarikat. Negara-negari ini mewakili 69 peratus ekonomi dunia. Data telah dikumpul dalam tempoh September 2014 hingga April 2015.

Universum merupakan sebuah firma penjenamaan majikan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila melayari http://www.bit.ly/wmae2015  

Wakil media:
Jonas Barck, Pengarah Global Media dan Perhubungan Awam
Jonas.barck@universumglobal.com
+46706933388
Jakobsbergsgatan 22 | SE-111 44 Stockholm, Sweden
www.universumglobal.com  

Sumber: Universum

Source: Universum
Keywords: Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research