omniture

Pembuat Telefon Bimbit China Ramos Tuju Semula Teknologi Bateri Kereta Elektrik untuk Lanjutkan Hayat Bateri Telefon Bimbit

Teknologi bateri terkini pembuat kereta elektrik BYD akan digunakan dalam Telefon Bimbit Onemos Ramos mos1
Shenzhen Ramos Digital Technology Co., Ltd.
2015-06-25 03:25 332

SHENZHEN, China, 25 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Telefon bimbit Onemos yang berprofil tinggi telah mendapat banyak perhatian sejak akhir-akhir ini. Berikutan berita bahawa telefon tersebut menampilkan rangka aluminium teranod yang dipotong menjadi 5 wajah bersimetri sempurna untuk dipadankan dengan sarung kaca berpenutup lengkung 2.5D dalam rekaan menakjubkan, baru-baru ini telah didedahkan bahawa telefon yang sama menggunakan teknologi bateri termaju pengeluar kereta elektrik utama BYD, teknologi yang mampu meningkatkan ketumpatan bateri dan, sebagai hasilnya, mencapai kapasiti bateri yang lebih tinggi dalam bateri bersaiz sama. Laporan terdahulu dalam media menyatakan Ramos telah bekerjasama dengan BYD untuk memasuki pasaran telefon bimbit dan pengasas bersama BYD, Xia Zuoquan telah meningkatkan pelaburan secara signifikan dalam telefon bimbit Onemos.

Bateri telefon bimbit Onemos mos1 didatangkan dengan rekaan voltan tinggi 4.35 V dengan kapasiti bateri lebih tinggi berbanding voltan 4.2 V tradisional. Bergabung tenaga dengan BYD, Ramos akan menyepadukan teknologi bateri kereta terkini ke dalam bateri telefon bimbit. Usaha itu dilihat di seluruh sektor telefon bimbit sebagai penyepaduan silang industri yang inovatif. Ketumpatan tenaga akan dipertingkatkan dan kapasiti bateri akan bertambah tanpa sebarang pertambahan dalam saiz bateri telefon bimbit, dan ini merupakan berita baik untuk sejumlah besar pemilik telefon bimbit.

Seperti diketahui umum, hayat bateri sentiasa menjadi cabaran untuk pengilang dan pengguna telefon pintar. Pada masa kini, terdapat dua penyelesaian bagi masalah ini. Pertama adalah untuk menambah baik kapasiti dengan meningkatkan isipadu bateri dengan memasukkan bateri yang lebih besar dan berat ke dalam telefon yang pastinya juga lebih besar serta berat. Satu lagi penyelesaiannya adalah dengan meningkatkan ketumpatan tenaga bateri tersebut, yang seterusnya, melanjutkan hayat bateri, dan ini memberikan kapasiti yang lebih tinggi dalam bateri yang sama saiznya. Rakan kongsi Ramos BYD, peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan bateri kereta elektrik, akan terus memperkenalkan lebih banyak teknologi bateri termaju kepada industri telefon bimbit dalam usaha untuk membantu menangani isu jangka hayat bateri telefon bimbit yang mencabar.

Berikutan liputan media lanjut, telefon bimbit Onemos mos1 akan dilancarkan tidak lama lagi ke pasaran. Ramos sedang mencari rakan kerjasama di Asia Tenggara dan juga Eropah. Sila hubungi kami melalui e-mel: sales@ramos.com.cn! Sebarang maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi Ramos: http://www.ramos.com.cn, Laman Facebook Ramos Digital Technology dan Twitter @ RamosTech

Source: Shenzhen Ramos Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services