omniture

Edisi Emas dan Perak Setem Zodiak China Masuki Ibu Pejabat PBB

China Today International
2015-06-26 01:58 444

BEIJING, 26 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Setem pos bertema zodiak yang menonjolkan unsur penting budaya China sentiasa terkenal dalam kalangan pengumpul setem China. Pembekal terkemuka produk-produk dengan tema kebudayaan China, China Today International, mempersembahkan setem zodiak China emas dan perak edisi kenang-kenangan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada 19 Jun.

Sebagai wakil salah sebuah firma terkenal di China yang mengkhusus dalam pendedahan budaya China di pentas dunia, ketua strategi China Today International, Peng Binge turut diundang, seiring dengan Kokus Kongres Amerika Syarikat, ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, bagi menghadiri seminar perkongsian kebudayaan antarabangsa. Beliau telah menyampaikan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon satu koleksi setem zodiak China yang diperbuat daripada emas dan perak dari fasiliti China Today International.

Koleksi tersebut merupakan set setem yang diacu daripada dua logam berharga itu dan dihasilkan sempena memperingati ulang tahun ke-35 pelancaran setem zodiak pertama China. Tiada setem yang diperbuat daripada logam berharga yang pernah dikeluarkan sebelum ini bagi memperingati Zodiak China. Setem kenang-kenangan edisi terhad itu telah diluluskan oleh China Post. Pakar pengukir setem bagi setem Tahun Monyet 1980, Jiang Weijie, serta 12 pakar pengukir yang mengkhusus dalam setem zodiak telah bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kenang-kenangan yang unik ini, yang mana setiap setem mencerminkan gaya setiap pengukir dan menunjukkan tarikan kebudayaan serta karisma budaya China.

En. Peng menjelaskan, dalam usaha China untuk mencapai kesepakatan seluruh dunia dan meluaskan kerjasama, budaya, China merupakan bahagian kritikal dalam tarikan negara tersebut dan minat terhadap negara itu yang dinyatakan oleh peminat budaya dan kepentingan budaya tersebut. Budaya sofistikated negara itu berfungsi sebagai jambatan merentasi dunia supaya orang ramai dapat mempelajari, memahami dan jatuh hati dengan negara China. Usaha-usaha diteruskan di beberapa rantau berbeza di seluruh dunia dan melalui pelbagai saluran untuk meluaskan pemahaman dan penghargaan terhadap budaya China. Era globalisasi membuka banyak kemungkinan baharu untuk mempromosikan dan menyebarkan pengetahuan tentang budaya China di seluruh dunia serta menjadi lebih terbuka untuk mempelajari budaya dan juga tradisi China. Perubahan zaman membawakan peluang hebat untuk firma kebudayaan China yang ingin "menyebarkan berita."

En. Peng turut menambah, China semakin mendapat perhatian dan pihak penyokong yang menyatakan penghargaan ikhlas terhadap budaya China, digelar Demam China dan juga Demam Koleksi – tidak pernah sehangat ini, terutamanya "koleksi China yang dapat menceritakan kisah-kisahnya." Koleksi sedemikian bukan sahaja memberikan hubungan kebudayaan yang lebih beraneka dan menarik kepada pengumpul setem di seluruh dunia, tetapi juga turut mempamerkan profil tertentu kemajuan China, yang merupakan satu lagi cara untuk menarik minat mereka yang ingin terlibat dengan lebih rapat dengan China.

China Today International merupakan sebuah syarikat kebudayaan menyeluruh yang berdedikasi untuk mencipta, mereka, menghasilkan, menjual dan mempromosikan cenderahati serta koleksi kebudayaan yang memperlihatkan budaya tradisional dan juga moden negara tersebut. Ia telah mengambil bahagian dalam menganjurkan dan mengurus acara kebudayaan utama, termasuk Sukan Olimpik Beijing, ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China, Ekspo Dunia Shanghai, Sukan Olimpik London 2012 dan Piala Dunia Brazil 2014. Syarikat ini telah mengadakan kerjasama strategik dengan sistem pos kebangsaan China dan sistem perbankan negara tersebut selain memiliki hubungan kolaboratif yang luas termasuk platform yang dikongsi dengan institut kebudayaan dan organisasi warisan di bawah naungan Muzium Istana Nasional.

Source: China Today International
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Mining/Metals Precious Metals New products/services