omniture

Abadikan Memori - Koleksi Love Bridge THOMAS SABO Baharu

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2015-06-26 15:39 316

LAUF A. D. PEGNITZ, Jerman, 26 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Cinta, persahabatan, moto kehidupan - dengan slogan 'Abadikan Memori', rangkaian LOVE BRIDGE THOMAS SABO baharu mengabadikan detik-detik istimewa untuk selama-lamanya.  Satu palang filigri diperbuat daripada perak Sterling 925 mencantumkan dua hujung gelang itu dan merupakan pentas kreatif buat emosi dan perasaan mendalam serta menyediakan ruang untuk ukiran peribadi percuma. Amalan menggantung kunci cinta terperibadi pada jambatan-jambatan paling terkenal di dunia merupakan inspirasi bagi rangkaian gelang LOVE BRIDGE baharu ini.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150625/225649 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150625/225650 )

Setiap bentuk cinta menemui bukti uniknya dalam rangkaian LOVE BRIDGE THOMAS SABO - gelang yang boleh disesuaikan itu menampilkan ikatan antara dua jiwa, sama ada kekasih, rakan atau ahli keluarga. Dihiasi dengan ungkapan cinta, lambang persahabatan atau moto kehidupan, gelang yang indah ini menjadi barang kemas yang amat peribadi, yang kepentingannya dapat ditentukan sendiri oleh pemakai melalui ukiran. Rangkaian pelbagai gaya dan warna bukan sahaja sempurna untuk dipadankan dengan rekaan THOMAS SABO sedia ada, ia turut menawarkan semua orang dengan peluang untuk mengabadikan perasaan sebenar mereka untuk selama-lamanya - tidak kira sama ada seorang pemberontak atau gadis glamor.

Jurugambar terkenal, Ellen von Unwerth menampilkan koleksi tersebut dengan sempurna melalui gambar-gambar kempen yang penuh perasaan, dengan model terkemuka Georgia May Jagger dan Marlon Teixeira mengambil pentas utama.

Rangkaian Love Bridge THOMAS SABO baharu ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih mulai 24 Jun dan daripada kedai dalam talian di http://www.thomassabo.com mulai 1 Julai.

Latar Belakang THOMAS SABO

THOMAS SABO merupakan salah sebuah syarikat barang kemas, jam dan kecantikan terkemuka di dunia, yang menghasilkan, menjual dan mengedarkan produk-produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat itu, yang ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz/selatan Jerman, mengendalikan hampir 250 buah kedainya sendiri di lima buah benua dengan jumlah keseluruhan kira-kira 1,750 orang kakitangan. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO mempunyai seramai kira-kira 460 orang kakitangan. THOMAS SABO turut berkolaborasi di peringkat global bersama kira-kira 2,600 rakan niaga selain syarikat-syarikat penerbangan utama.  

Wakil akhbar:

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Tel: +49-9123-9715-0
E-mel: press@thomassabo.com
http://www.thomassabo.com

Sumber: THOMAS SABO GmbH & Co.KG

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services