omniture

Penerima Anugerah JNA 2015 Diumumkan

JNA
2015-06-26 17:21 363

HONG KONG, 26 Jun 2015 /PRNewswire/ -- JNA (Jewellery News Asia), penganjur Anugerah JNA yang berprestij, telah mengumumkan senarai Penerima Anugerah yang dinanti-nantikan bagi 15 kategori untuk tahun 2015. Sejumlah 49 Penerima Anugerah yang mewakili 31 buah syarikat dari 10 buah negara/rantau telah disenaraipendekkan.

Untuk melihat hebahan multimedia, klik di sini: http://en.prnasia.com/mnr/jnaawards_201506.shtml

Anugerah JNA disokong oleh Rakan Kongsi Utama Rio Tinto Diamonds dan Chow Tai Fook, bersama Rakan Kongsi Terhormat Diarough Group, Gubelin Group, Israel Diamond Institute Group of Companies, Shanghai Diamond Exchange dan Guangdong Land Holdings Limited (GDLAND).

Panel hakim melibatkan lima pakar industri iaitu James Courage, Pengerusi Majlis Barang Kemas Berhemah (RJC); Albert Cheng, Pengarah Urusan Majlis Emas Dunia, Timur Jauh (WGC); Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan Bursa Berlian Shanghai (SDE); Nirupa Bhatt, Pengarah Urusan GIA India dan Timur Tengah; serta Yasukazu Suwa, Pengerusi Suwa & Son, Inc.

Anugerah itu bertindak sebagai platform terbuka yang menggalakkan perkongsian amalan terbaik dan idea inovatif untuk industri barang kemas dan intan permata peringkat antarabangsa. Ia terus menarik minat antara syarikat merentasi pasaran utama dalam perdagangan itu, termasuk perusahaan dinamik dari Korea Selatan, Taiwan, U.K. dan Vietnam yang telah disenarai pendek untuk kali pertama. Negara/rantau lain yang diwakili termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Filipina dan Thailand.

Letitia Chow, Pengerusi Panel Hakim Anugerah JNA 2015, Pengasas JNA dan Pengarah Pembangunan Perniagaan -- Kumpulan Barang Kemas UBM Asia, berkata, "Saya sudah berkhidmat sebagai Pengerusi Panel Hakim sejak tahun pertama lagi dan saya terus memerhati peningkatan paras tenaga serta semangat untuk berjaya dan juga memajukan diri dalam kalangan para peserta. Tahun ini, kami telah menambah beberapa kriteria dalam peraturan penyertaan, yang memberi ruang kepada perusahaan skala berbeza serta pendatang baharu untuk melayakkan diri sebagai Penerima Anugerah. Ia sememangnya suatu yang menggalakkan apabila melihat Penerima sebelum ini masih turut serta dan disenarai pendek dalam kategori yang baharu untuk mereka."

Anugerah JNA serta majlis makan malam tahun ini akan diadakan pada hari Ahad, 20 September, di Regal Airport Hotel Hong Kong, semasa Pesta Barang Kemas & Batu Permata Hong Kong pada bulan September nanti. Ia merupakan acara yang melibatkan seluruh industri yang memberi penghormatan dan mengiktiraf kecemerlangan dalam perdagangan barang kemas global dengan tumpuan kepada sumbangan serta pencapaian yang dibuat di rantau Asia.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai lengkap Penerima Anugerah.

JNA Awards Marketing
UBM Asia (Hong Kong)
+852-2516-2184
marketing@jnaawards.com

Source: JNA
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Awards