ST. PETERSBURG, Rusia, 26 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Ucapan alu-aluan di Forum tahun ini telah disampaikan oleh Sergei Prikhodko, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia, Ketua Turus Kerajaan Persekutuan Rusia dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7559951-st-petersburg-economic-forum/
Program Forum tersebut adalah unik dari segi skop dan subjek yang diliputi oleh sejumlah lebih 150 acara. Program utama Forum terseut menyertakan 84 acara:
Sekumpulan pakar kami bertugas untuk semua acara tersebut, yang hasilnya akan menjadi seleksi cadangan berdasarkan keputusan program perniagaan untuk dibentangkan kepada Presiden Persekutuan Rusia.
Lebih 668 penyampai dan moderator mengambil bahagian dalam perbincangan di acara-acara Forum.
Acara utama di Forum itu ialah Sesi Plenari 'Masa untuk Bertindak: Laluan Bersama ke arah Kestabilan dan Kemajuan', dengan penyertaan Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin. Ini telah diberi liputan oleh lebih 70 saluran TV antarabangsa, termasuk Rakan Media kami: CNBC, Bloomberg, CCTV.
Sesi plenari, meja bulat dan taklimat telah dihadiri oleh 50 VIP Rusia: menteri-menteri, ketua-ketua agensi dan perkhidmatan persekutuan serta 50 peserta VIP luar, termasuk: Al-Najafi Osama, Naib Presiden Republik Iraq; Zhang Gaoli, Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China; Almazbek Atambayev, Presiden Kyrgyzstan; Saikhanbileg Chimediin, Perdana Menteri Mongolia; Tun Nyan, Naib Presiden Republik Kesatuan Myanmar; Dacic Ivica, Timbalan Perdana Menteri Pertama, Menteri Hal Ehwal Luar Serbia; Ljajic Rasim, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Telekomunikasi Serbia; Matyushevski Vasili, Timbalan Perdana Menteri Pertama Republik Belarus; Mikvabya Artur, Perdana Menteri Republik Abkhazia.
Para perwakilan peringkat tinggi telah menghadiri Forum itu dari China, Bulgaria, Serbia, Bahrain, Iraq, Arab Saudi, Myanmar dan Nicaragua.
Para peserta di SPIEF 2015 berjumlah kira-kira 10,000 orang, termasuk Media dan pengiring.
Acara-acara tersebut dihadiri oleh para peserta dari 120 buah negara, termasuk Rusia.
Pada tahun ini, forum tersebut telah dihadiri oleh Ketua-ketua Pegawai Eksekutif daripada 486 buah syarikat Rusia dan 319 buah syarikat luar. Turut terdapat minat media yang besar terhadap Forum tersebut, dengan 2061 permohonan diterima dari 43 buah negara untuk menyertai acara tersebut (kecuali Rusia).
Pada tahun 2015, Rakan-rakan Kongsi Forum terdiri daripada 53 buah syarikat, termasuk 4 Rakan Am: Sberbank of Russia, NK Rosneft, Vnesheconombank, OAO Gazprom; Rakan Strategik JSC Rosseti; Rakan Telekomunikasi - OAO MegaFon, dan Rakan Intelek - PwC; rakan Platform Perangkaian Perniagaan - EY.
Video:
http://www.multivu.com/players/English/7559951-st-petersburg-economic-forum/
SUMBER St. Petersburg International Economic Forum