BARCELONA, Sepanyol, 29 Jun 2015 /PRNewswire/ --
#FASHIONMEETSFOOD: Dialog antara Fesyen dan Makanan
Dalam satu inisiatif yang diterajui oleh Pasangan Kembar Chef Torres dengan bintang Michelin, Pengarah Seni Antarabangsa Tamu McPherson dan Clúster Gourmet de Catalunya
Fesyen dan makanan memerlukan proses kreatif yang berasaskan ilham. Sepanjang musim panas ini, La Roca Village menggabungkan dua dunia ini untuk menghasilkan pertembungan ilham sofistikated, yang mampu merangsang deria. Pilihan jenama fesyen terbaik akan menggabungkan makanan gourmet Catalonia yang berkualiti tinggi, menyediakan pengunjung dengan pengalaman membeli-belah yang unik serta hari untuk bersiar-siar yang paling sempurna musim panas ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150417/739943)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150626/226000)
Kempen baharu itu dibawakan oleh chef-chef yang memenangi anugerah Pasangan Kembar Torres - Javier dan Sergio Torres - yang merupakan bahagian penting penemuan dialog antara fesyen dan makanan, melalui pertukaran kreatif bersama jurugambar dan Pengarah Seni, Tamu McPherson.
Tekstur, warna dan bentuk 10 resipi yang dicipta oleh Pasangan Kembar Torres mengilhamkan Tamu, yang menghasilkan satu siri fotografi untuk 10 wajah fesyen yang akan kekal pada platform digital La Roca Village dalam bulan-bulan akan datang. Kolaborasi ini diperkenalkan semalam kepada para pengunjung kami dan diakhiri dengan satu cabaran: Pasangan Kembar Torres telah menghasilkan satu sajian Royal dengan susu, buah badam, dan daun tin di situ juga, hidangan yang dibuat secara eksklusif untuk La Roca Village serta diinspirasikan oleh gaya McPherson sewaktu acara itu. Javier dan Serio Torres bercakap tentang betapa menariknya untuk terlibat dalam projek ini, "menggabungkan bersama kedua-dua dunia yang mirip ini yang mana kedua-duanya menemui ilham dalam penyatuan sejadi ini."
La Roca Village akan meneruskan dialog fesyen-makanan ini sehingga 30 Ogos, sebelum bertukar menjadi satu pertunjukan untuk unsur terbaik yang dibuat di Catalonia, memfokuskan makanan dan meletakkan kategori hidangan Catalonia terbaik yang boleh dinikmati oleh orang awam antarabangsa yang sangat sofistikated yang sentiasa mencari yang lazat dan eksklusif. Dalam bulan-bulan akan datang, pengunjung ke perkampungan itu akan dapat mengalami rasa asli Catalonia melalui Pasar Catalonia Gourmet, ruang unik yang terletak di plaza Lobby Café, yang disajikan oleh Clúster Gourmet de Catalunya. Pasar gourmet itu akan memaparkan pilihan buah tangan gastronomi eksklusif bagi produk gourmet Catalonia terbaik, yang boleh dibeli dan dinikmati di rumah oleh ribuan pengunjung ke La Roca Village yang kami jangkakan musim panas ini, yang mana kira-kira 60% daripada mereka adalah dari luar negara.
Antara lebih 130 butik jenama dari dalam dan luar negara terbaik, gourmet Catalonia terbaik akan disediakan: daripada nougat penuh mistik Torrons Vicens, sehingga dadih El Pastoret de la Segarra, cava Juve i Camps, buah koko Perafita, minyak dari Dama de Elaia dan Serra Ferran, keju dari Betara dan sosej dari Mas Gourmets serta Embotits Salgot. Lapan buah restoran yang menyediakan tawaran gastronomi La Roca Village akan turut menyertai pengalaman menjamu selera ini, yang boleh dialami para pengunjung melalui kiosk minuman yang akan menyajikan jus organik, aiskrim dan koktel, mencipta laluan gastronomi yang asli sepanjang menyusuri perkampungan itu.
Nota untuk Editor
Muat turun imej acara di pautan ini: http://bit.ly/1eq3nME
Hashtag: #WhereFashionMeetsFood
Latar Belakang Pasangan Kembar Torres- Minat untuk memasak bagi Javier dan Sergio berputik ketika mereka berusia lapan tahun daripada nenek mereka, Catalina. Dilahirkan di Barcelona pada tahun 1970, mereka mula belajar dan berlatih memasak sejak usia muda lagi di restoran Reno di Barcelona dan el Girasol di Alicante, dua ikon sajian mewah Sepanyol. Pasangan Kembar Torres mula melayakkan diri untuk menuntut yang terbaik daripada guru-guru mereka dan pembelajaran mereka meletakkan nama mereka sebaris dengan chef-chef terbaik di dunia. Pada tahun 2008, Pasangan Kembar Torres mampu merealisasikan impian yang mereka pendam sejak kecil lagi. Selepas menunjukkan yang pengalaman individu mereka berdua saling melengkapi, mereka bergabung tenaga dengan rangkaian hotel Meliá untuk membuka restoran mereka sendiri di tingkat 24 Hotel ME di Barcelona (sebenarnya Melia Barcelona Sky), di bandar kelahiran mereka sendiri. Namanya, Doscielos (dua langit), merujuk kepada nama gelaran mereka yang dipanggil nenek mereka semasa mereka kecil dahulu. Dengan usaha keras dan kasih sayang, dan sebagai dapur dengan cita rasa yang sangat tinggi serta sering berubah kerana kepakaran penguasaan mereka yang terunggul dalam teknik baharu, diaplikasikan dengan kepekaan khusus terhadap bahan mentah luar biasa dengan lambakan produk bermusim serta pelbagai sayur-sayuran, Doscielos telah mencetuskan keterujaan yang hebat, memenangi anugerah untuk Restoran Terbaik Tahun Ini dalam Anugerah Gastronomi Kebangsaan la Academia Catalana, dan terunggul sekali, sebutir Bintang Michelin, yang dianugerahkan kepada pasangan kembar itu dengan penuh bangganya pada bulan Disember 2010. http://www.hermanostorres.info
Latar Belakang Tamu McPherson.- Jurugambar, tokoh pengaruh digital, Pengarah Kreatif dan pencipta kandungan untuk All the Pretty Birds, projek web yang dikendalikan oleh pakar fesyen Jamaica itu pada tahun 2008. Beliau tinggal di Milan dan benar-benar bekerja sebagai Pengarah Kreatif Out There, agensi kreatif dengan jangkauan antarabangsa. Pada tahun 2006, beliau mula mengambil foto gaya jalanan untuk Glamour.it dan telah bekerja untuk Vogue, Elle Italia, Grazia.it selain berkolaborasi dalam penerbitan seperti Glamour US, Harper's Bazaar, Metro dan Refiner29. http://www.alltheprettybirds.com
Latar Belakang Clúster Gourmet de Catalunya.- El Clúster Gourmet de Catalunya menggabungkan bersama perniagaan, institusi, dan ejen lain daripada sektor makanan gourmet Catalonia dan berusaha untuk menggalakkan persaingan serta kemajuan di kawasan ini. Melalui jenamanya Catalonia Gourmet, ia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor ini. Catalonia Gourmet merupakan pilihan produk gourmet terbaik dari Catalonia: produk tenusu, minyak, wain, cava, daging, coklat, biskut dan manisan. Rangkaian produk terpilih dengan nilai tradisi yang hebat, seni tangan, kualiti dan inovasi serta bersifat eksklusif. http://www.cataloniagourmet.cat
Latar Belakang La Roca Village.- La Roca Village merupakan salah satu daripada perkampungan baharu di Eropah dalam Koleksi Perkampungan oleh Value Retail. Perkampungan tersebut menawarkan pengalaman membeli-belah outlet mewah yang eksklusif, dengan 140 butik jenama Eropah dan Antarabangsa terbaik serta berkualiti paling tinggi, dengan pilihan menarik bagi fesyen dan hiasan untuk kediaman. Butiknya, yang berselerak di sepanjang lebuh berhias terbuka yang mewah, mencipta pengalaman membeli-belah yang unik. Missoni, Aristocrazy, Liu Jo, Pinko, Twin-Set, Castañer, Bow-Tie, Carolina Herrera Company Store, Vilebrequin, kasut Purificación García atau G-Star RAW, Burberry, Coach, Hackett, Loewe, Michael Kors, Ralph Lauren, Swarovski, Zegna merupakan sebahagian daripada gedung berprestij yang telah menukarkan perkampungan itu menjadi destinasi membeli-belah yang wajib dilawati oleh peminat fesyen dan gaya. Selain diskaun sehingga 60% daripada harga asal, La Roca Village turut menempatkan sejumlah restoran dan kafe, serta menawarkan pilihan perkhidmatan yang dipilih teliti. Dengan pembeli peribadi, membeli-belah bebas tangan, La Roca Village Lounge, Pusat Maklumat Pelancong, dan Shopping Express® yang sangat praktikal, bas mewah yang berulang-alik antara Barcelona ke Perkampungan pada setiap hari, Perkampungan itu telah bertukar menjadi destinasi membeli-belah yang wajib dikunjung oleh para pengunjung yang menginginkan pengalaman membeli-belah unik serta hari untuk bersiar-siar yang menyeronokkan.
Latar Belakang Koleksi Perkampungan oleh Value Retail - Koleksi Perkampungan merupakan konsep membeli-belah outlet unik yang dicipta oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan pengurusan destinasi membeli-belah outlet mewah. Perkampungan tersebut menawarkan jenama fesyen dan gaya hidup mewah terbesar dan terbaik, dengan diskaun sehingga 60%, dan kadang-kadang lebih lagi, daripada harga jualan asal sepanjang tahun. Terletak berhampiran antara bandar Eropah yang paling menarik dan mengujakan - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Bologna, Milan, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan di China, Suzhou - perkampungan itu ditakrifkan dengan gaya dan perkhidmatan luar biasa mereka, hospitaliti terunggul, kalendar yang padat dengan acara menarik serta nilai yang hebat untuk wang. Value Retail China, sebuah anak syarikat Value Retail, membuka Perkampungan pertamanya pada Mei 2014, Suzhou Village, terletak di Suzhou yang bersejarah. Perkampungan kedua, Shanghai Village, akan berada di Zon Pelancongan dan Resort Antarabangsa Shanghai (SITRZ), yang turut menempatkan Shanghai Disneyland Resort - ia bakal dibuka pada Musim Bunga 2016.
http://www.LaRocaVillage.com - #fashionmeetsfood - @larocavillage
SUMBER La Roca Village