MILAN, 29 Jun 2015 /PRNewswire/ --
Fidenza Village, yang terletak berhampiran Milan sedang menganjurkan bulan yang dipenuhi acara yang tidak boleh dilepaskan dengan penjimatan tambahan sehingga 40% daripada harga outlet, persembahan muzik, 'Malam Beli-belah' dan pertunjukan masakan daripada chef berbintang Michelin, Davide Oldani
Bulan-bulan musim panas menjanjikan masa yang mengujakan di Fidenza Village. Semasa Expo Milano 2015, Perkampungan tersebut akan menjadi paparan terbaik Buatan Itali dalam pelbagai bidang kecemerlangan Itali, termasuk fesyen, makanan dan muzik.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150430/742915)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150626/225964)
Kunjungan ke Fidenza Village akan menjadi lebih istimewa kerana persembahan oleh orkestra La Verdi yang terkenal, satu kuartet alat muzik bertali yang akan mempersembahkan muzik dewan dan aria terkenal daripada opera Rossini serta Verdi.
Acara-acara hebat diteruskan dengan chef berbintang Michelin yang terkenal Davide Oldani, pencipta hidangan POP (popular dan mudah didapati), yang akan berada di Fidenza Village bagi melakukan demonstrasi pertunjukan masakan untuk resipi beliau yang dicipta untuk Expo 2015, 'risotto Expo 2015'. Chef tersebut juga akan mempromosikan buku terbaharu beliau, Pop Food dan akan bersedia menandatangani naskhah-naskhah buku tersebut untuk para tetamu.
'Malam Beli-belah' di Fidenza Village akan berlangsung setiap Khamis dan Jumaat sehingga 11 malam supaya tetamu dapat menikmati malam musim panas sepenuhnya. Bagi melancarkan Malam Beli-belah pertama, tetamu istimewa Orkestra Dolce Vita akan menyediakan muzik latar yang sempurna dengan lagu-lagu daripada komposer Itali Nino Rota, Ennio Morricone dan artis-artis hebat lain. Bagi memastikan para tetamu dapat bersantai dan menikmati malam tersebut dengan pengangkutan disediakan, khidmat Shopping Express® ad hoc akan turut disediakan, yang bertolak dari Milan pada jam 5 petang dan kembali pada jam 11 malam.
Akhir sekali, bulan tersebut akan berakhir dengan satu lagi acara hebat pada Sabtu 27 Jun mulai jam 4 petang hingga 7 malam bersama pemain violin terkenal Lena Yokoyama, yang akan mengadakan persembahan, diiringi oleh pakar membuat alat muzik bertali (luthier) yang akan mendemonstrasikan pelbagai peringkat dalam proses membuat violin.
Selain itu, Perkampungan itu turut melancarkan promosi istimewa: di butik-butik yang mengambil bahagian, para tetamu dapat menikmati penjimatan tambahan sehingga 40% ke atas harga outlet.
Fidenza Village menggabungkan jenama antarabangsa terbaik dalam fesyen dan kemewahan untuk kediaman melalui pameran dan acara hebat. Kunjungan ke Perkampungan itu turut menawarkan peluang untuk menerokai yang terbaik dari rantau Emilia-Romagna yang menempatkan Perkampungan itu, yang menawarkan gastronomi, bandar dipenuhi seni, pemandangan serta muzik yang menakjubkan. Pakej Beli-belah Eksklusif membolehkan tetamu menggabungkan beli-belah di Fidenza Village dengan lawatan di rantau tempatan, termasuk kawasan indah Istana Duci Parma dan Piacenza di tengah-tengah Lembah Makanan, dengan makanan serta wain tempatan, lokasi kesenian dan juga kebudayaan selain acara menyeronokkan di dalam istana untuk seisi keluarga. Acara yang berlangsung di istana tersebut menggabungkan acara hiburan kanak-kanak dengan pemandangan berpanorama unik dan sesi mencicip produk-produk tempatan.
Pakej Beli-Belah Fidenza Village dapat dicapai dengan mudah melalui portal Chic Travel dan termasuk perjalanan dengan Shopping Express®, khidmat VIP dengan penjimatan sehingga 70% ke atas harga runcit disyorkan, lawatan serta pengalaman makanan dan wain dari seluruh Itali.
Latar Belakang Fidenza Village
Fidenza Village, salah satu Koleksi Perkampungan oleh Value Retail, terletak hanya 60 minit dari Milan dan Bologna, menawarkan pengalaman beli-belah outlet mewah utama Itali. Di Fidenza Village, anda boleh menemui butik-butik mewah terbaik dunia bagi fesyen dan perkakas rumah semuanya di satu tempat dengan pilihan unik jenama Itali dan jenama antarabangsa, menawarkan penjimatan sehingga 70% ke atas harga runcit disyorkan, tujuh hari seminggu serta sepanjang tahun. Missoni, Class Roberto Cavalli dan Vivienne Westwood adalah antara jenama antarabangsa yang terdapat di situ, selain butik-butik pereka Itali termasuk Furla, Simonetta dan Diesel. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perkampungan itu termasuk khidmat koc Shopping Express® dari Milan, Pusat Maklumat Pelancong, beli-belah bebas tangan, tempat menyimpan barang, pemindahan mewah dan pembeli peribadi yang ditempah. Dengan pelbagai pilihan restoran, delikatesen dan kafe, Perkampungan itu telah menjadi destinasi untuk para pengunjung yang mencari pengalaman membeli-belah yang hebat dan hari yang menyeronokkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati FidenzaVillage.com
SUMBER Fidenza Village