omniture

Flytxt Peroleh Pelaburan $11 Juta untuk Fasa Pertumbuhan Seterusnya

Flytxt
2015-06-30 20:22 342

LONDON dan DUBAI, 30 Jun 2015 /PRNewswire/ --

Sunrise Capital GmbH dan Big Data Investments B.V. Sertai Pelabur Sedia Ada 

Flytxt, penyedia penyelesaian Analitik Data Besar yang pesat berkembang, hari ini mengumumkan ia telah menutup pusingan pembiayaan bernilai $11 juta (€10 juta) untuk membiayai fasa pertumbuhan seterusnya. Pelaburan tersebut diketuai oleh Sunrise Capital GmbH dan Big Data Investments B.V. yang disertai oleh para pelabur Flytxt sedia ada.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140527/10098680)

Dilancarkan pada tahun 2008, sebelum ini Flytxt telah menerima pembiayaan daripada sekumpulan pelabur dan pejabat keluarga di Jerman serta Belanda. Pelaburan baharu itu akan menyokong rancangan Flytxt untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Penyedia Khidmat Komunikasi (CSP) dan untuk menawarkan penyelesaian analitik pengguna mudah alih kepada industri-industri penting yang lain. Syarikat itu merancang untuk menggandakan pasukannya melalui fasa pertumbuhan seterusnya itu.

Berikutan pusingan pembiayaan terkini, Dr. Brigitte Mohn (Sunrise Capital GmbH) dan Frits Baron van Dedem (Big Data Investments B.V.) akan menyertai Lembaga Pengarah Flytxt. Dr. Mohn merupakan Ahli Lembaga Eksekutif Bertelsmann Stiftung dan Ahli Lembaga Penyeliaan Bertelsmann AG. Frits Baron van Dedem merupakan Pengarah Urusan UNION TANK Eckstein GmbH & Co. KG dan merupakan pelabur ekuiti persendirian yang berpengalaman. Dr. Brigitte Mohn dan Frits van Dedem memegang beberapa kedudukan dalam industri dan organisasi bukan untung yang lain.

"Kami berbesar hati mengalu-alukan Dr. Brigitte Mohn dan Frits van Dedem dalam Lembaga kami. Pengalaman kepimpinan perniagaan mereka yang mendalam akan menjadi aset signifikan untuk Flytxt dalam fasa pertumbuhan kami yang seterusnya," kata Joerg Swoboda, Pengerusi, Flytxt. "Syarikat ini telah pun memiliki kedudukan unik dalam pasaran Analitik Data Besar dengan model perniagaan lestari, teknologi terbukti, kumpulan pelanggan yang mengagumkan serta pasukan yang luar biasa. Potensinya juga adalah besar," tambah beliau.  

Penyelesaian Analitik Data Besar proprietari Flytxt membolehkan banyak Penyedia Khidmat Komunikasi (CSP) dan jenama-jenama global utama meningkatkan jualan serta hasil, mengoptimumkan margin dan juga meningkatkan pengalaman pelanggan. Kini, Flytxt menyasarkan untuk mengembangkan portfolio produknya untuk membolehkan CSP menjana nilai ekonomi lebih tinggi dan memanfaatkan teknologi terbuktinya untuk berkembang ke industri-industri penting yang lain.

Latar Belakang Flytxt 

Flytxt merupakan penyedia penyelesaian Analitik Data Besar yang pesat membangun untuk Penyedia Khidmat Komunikasi (CSP) dan Perusahaan Mudah Alih di seluruh dunia. Syarikat ini menawarkan suit lengkap bagi penyelesaian penjanaan hasil dalaman dan luaran untuk meningkatkan hasil, mengoptimumkan margin serta meningkatkan pengalaman pelanggan. Flytxt menawarkan penyelesaian dengan model penyampaian khidmat penuh menggabungkan Teknologi, Perundingan dan Pelaksanaan untuk memberi impak ekonomi yang berkesan kepada pelanggannya. Syarikat ini telah melaksanakan platformnya dengan lebih 50 pelanggan di 32 buah negara, menganalisis data lebih 500 juta pengguna mudah alih, menyampaikan 2 hingga 7% impak ekonomi secara tekal. Flytxt mempunyai ibu pejabat di Belanda, pejabat korporat di Dubai dan juga berada di Trivandrum, Mumbai London, Singapura, Lagos, Nairobi, Dhaka serta Mexico City.

Wakil Media:
Gargi Basu
gargi.basu@flytxt.com
+91-9745769488
Pengurus – Pemasaran

Sumber: Flytxt

Source: Flytxt
Keywords: