GUANGZHOU, China, Julai 1, 2015 /PRNewswire/ -- China Foreign Trade Centre (CFTC) (Group) dengan rasminya mengumumkan, bermula pada tahun 2015, Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) akan berlangsung setiap tahun di Kompleks Pazhou Pameran Import & Export China dan Pusat Pameran & Konvensyen Nasional (NECC) di Hongqiao, Shanghai pada bulan September.
CIFF (Shanghai) telah menjadi tumpuan dalam industri dan para peneraju Persatuan Perabot Nasional China serta UBM Asia akan menghadiri suatu siri aktiviti untuk edisi ke-36 ini. CIFF sedang bekerja keras untuk mengoptimumkan pola pasaran pameran China dan menyediakan industri ini dengan lebih banyak pilihan serta faedah.
Rekaan Hebat di China
CIFF merupakan platform bertaraf dunia untuk dagangan, promosi jenama, paparan fesyen dan himpunan industri serta unsur rekaan aslinya sentiasa menjadi tarikan. Setiap sesi menyediakan platform untuk tujuan perkongsian dan menyatukan wakil perusahaan, pakar, sarjana dan pereka elit dalam industri ini dari seluruh dunia untuk mempromosikan rekaan asli, menetapkan trend untuk sektor kelengkapan rumah China.
CIFF ke-36 (Shanghai) akan diadakan di Dewan 2 NECC dan akan diatur oleh pereka perabot terkenal dunia Zhu Xiaojie, bersama lebih 20 pereka dalam sebuah pasukan yang menyatukan pereka dari 12 buah negara dan wilayah termasuk Tanah Besar China, Jepun, Korea, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Hong Kong, Macao serta Taiwan.
Enam bengkel akan diadakan termasuk Bengkel Liu Xiaokang, Bengkel Yang Mingjie serta Bengkel Lu Zhirong dan banyak universiti akan turut serta, termasuk China Academy of Art, China Central Academy of Fine Arts, Guangzhou Academy of Fine Arts, Tsinghua University dan Jiangnan University. Kesemua universiti ini mempromosikan inovasi dalam rekaan perabot China, menerajui industri ini ke era baharu inovasi rekaan serta memajukan rekaan oriental berasaskan pandangan unik dan idea rekaan baharu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Sempurna
NECC merupakan kompleks bangunan tunggal dan pameran terbesar dunia serta mempunyai ruang lantai kasar seluas 1.47 juta meter persegi, menyamai 206 padang bola sepak standard. Ia menawarkan 400,000 meter persegi ruang pameran dalaman dan 100,000 meter persegi ruang pameran luar, tersenarai di kedudukan kedua di dunia dari segi ruang pameran. Terletak berhampiran lapangan terbang, kereta api berkelajuan tinggi dan rangkaian lebuh raya, penganjur acara akan menyediakan bas ulang-alik antara dewan pameran dan bandar, membentuk hab komunikasi yang boleh diakses dari semua arah, bagi memastikan segalanya berfungsi dengan baik untuk menyediakan perkhidmatan sempurna kepada industri perabot.
Berkenaan hak harta intelek yang menjadi kebimbangan besar industry ini, CIFF merupakan acara pertama seumpamanya di China yang mengadakan "Jendela Khidmat Harta Intelek" di pameran tersebut, yang turut bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan, pakar-pakar perundangan dan para peguam untuk melindungi pihak pempamer.