omniture

InstaForex Bekerjasama Dengan Dragon Racing dalam Siri Perlumbaan Antarabangsa Baharu untuk Kereta Elektrik - Formula E

InstaForex
2015-07-01 10:00 289

MOSCOW, 1 Julai 2015 /PRNewswire/ -- InstaForex, broker Forex antarabangsa terkemuka telah mengumumkan kerjasama dengan Pasukan Formula-E Dragon Racing. Pasukan itu bersaing dalam siri perlumbaan Formula E antarabangsa, yang diadakan khas untuk kereta elektrik sepenuhnya itu.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150626/226021)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150626/226020)

Kerjasama antara InstaForex dan Pasukan Formula-E Dragon Racing akan menyaksikan kereta Dragon Racing memaparkan jenama InstaForex yang menonjol pada sayap belakang di 3 perlumbaan utama sepanjang kerjasama tersebut. ePrix Moscow kali pertama yang diadakan pada awal Jun merupakan kali pertama jenama tersebut dilihat pada kereta tersebut. Selain itu, pemandu juga akan membawa jenama InstaForex di perlumbaan-perlumbaan penting itu.

"Formula E kini menjadi peneraju dalam teknologi perlumbaan," kata Roman Tsepelev, Pengarah Pembangunan Strategik InstaForex. "Keseluruhan konsep perlumbaan kereta elektrik memberikan visi masa depan industri ini. InstaForex sentiasa menggunakan teknologi terkini dan akan terus berada dalam kalangan perintis, sama seperti Dragon Racing. Oleh itu, kami yakin kerjasama ini akan membawa sinergi yang tepat untuk kedua-dua pihak."

Dragon Racing dimiliki oleh Jay Penske, seorang usahawan media dan Ketua Pegawai Eksekutif Penske Media Corporation (http://www.PMC.com), yang memiliki platform media utama Variety dan Womens Wear Daily antara hak milik media lain. "Kami berbangga mempunyai InstaForex sebagai rakan kongsi kami terutamanya di sini iaitu di Moscow sebagai rakan kerjasama Rusia pertama kami, kata Oriol Servia, Pengarah Urusan Dragon Racing. "Dalam cara yang sama pasukan teknikal kami bekerjasama dengan para pelumba untuk meraih kemenangan di litar perlumbaan, InstaForex bekerjasama dengan para pelangganya setiap hari untuk membantu mereka berjaya dalam perniagaan - ia merupakan satu padanan yang sempurna."

Latar Belakang InstaForex: 

InstaForex merupakan broker dalam talian yang menyediakan perkhidmatan kewangan, termasuk dagangan Forex dan Opsyen Binari. Kini, InstaForex mempunyai lebih 2,000,000 pelanggan. Syarikat ini menawarkan rangkaian komprehensif khidmat dagangan yang dapat memenuhi permintaan pedagang berpengalaman dan pelabur serta mereka yang baru terlibat dalam pasaran kewangan. Syarikat ini juga terkenal kerana minatnya terhadap sukan. InstaForex telah bekerjasama dengan atlet-atlet paling berbakat termasuk Juara Catur Dunia, Magnus Carlsen, legenda biathlon, Ole Einar Bjørndalen dan bekas Pemain Tenis Nombor Satu Dunia, Victoria Azarenka selain menjadi rakan kongsi kelab lagenda Liverpool FC dan salah satu pemimpin Rali Dakar pasukan InstaForex Loprais.

SUMBER  InstaForex

Source: InstaForex
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Internet Technology Sports Licensing/marketing agreements