omniture

Johnson Controls Menawarkan Rangkaian Baru Penyaman Udara YORK untuk Keselesaan Pelanggan

Jenama Amerika berusia 130 tahun memenuhi permintaan pasaran di Malaysia
Johnson Controls
2015-07-01 13:51 901

PETALING JAYA, Malaysia, 1 Julai, 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, Johnson Controls, sebuah syarikat berbilang industri sedunia, memperkenalkan rangkaian baru penyaman udara melalui entiti milik penuhnya, York Malaysia Sales and Service Sdn Bhd (YMSS).

Johnson Controls lancarkan penyaman udara YORK® baharu di Malaysia, termasuk pelbagai produk bertaraf 5-bintang dengan ciri-ciri penulenan udara.
Johnson Controls lancarkan penyaman udara YORK® baharu di Malaysia, termasuk pelbagai produk bertaraf 5-bintang dengan ciri-ciri penulenan udara.

 

Encik Tang Siew Hao, Pengurus Besar York Malaysia Sales and Service Sdn Bhd.
Encik Tang Siew Hao, Pengurus Besar York Malaysia Sales and Service Sdn Bhd.

 

 

Selain penyejuk perindustrian dan unit penyaman udara komersial besar, YMSS akan turut juga menyediakan unit penyaman udara kediaman dan komersial ringan mulai hari ini -- membawakan rangkaian produk penyaman udara yang lengkap dibawah satu entiti untuk memenuhi dengan lebih baik keperluan pelanggan yang sentiasa meningkat.

"Kami merupakan peneraju dalam pasaran penyejuk perindustrian tinggi. Dengan hak pengedaran tambahan untuk produk penyaman udara, pelanggan boleh yakin dengan kualiti yang konsisten serta kebolehpercayaan kesemua produk dan perkhidmatan YORK®," mengikut Pengurus Besar YMSS, Tang Siew Hao.

Sejajar dengan permintaan pasaran terhadap produk yang lebih menjimatkan tenaga dengan teknologi pembersihan udara, rangkaian produk YORK® meliputi pelbagai pilihan penyaman udara yang berinovatif dan hemat tenaga bertaraf lima bintang dengan ciri membersih dan melembabkan udara. Kesemua ini boleh diperolehi pada harga yang kompetitif dengan rekabentuk estetik yang senang dipadankan dengan kediaman masa kini.

Sebagai komitmen syarikat ini di Malaysia, YMSS yakin untuk mencapai sasaran pelaburan sebanyak kira-kira RM 20 juta dari 2015 hingga 2017 bagi mengukuhkan kemampuan pengendalian dan perkhidmatannya. Ini termasuk peningkatan kepada prasarana teknologi maklumat (IT) dan penubuhan pusat panggilan khidmat pelanggan.

Pelan ini juga melibatkan penggajian lebih ramai kakitangan di Malaysia, mengadakan lebih banyak program latihan menyeluruh, serta membuat pelaburan pada juruteknik dan jurutera generasi akan datang.

Tambahan lagi, sebagai peneraju penyaman udara, yang mempunyai salah satu pasukan khidmat lepas jualan profesional yang terbesar di dalam negara, YMSS ingin menyediakan khidmat lepas jualan yang cemerlang melalui ikrar perkhidmatan, seperti masa respons khidmat yang 50 peratus lebih pantas berbanding dengan penanda aras industri semasa. Buat pertama kali dalam industri penyaman udara di Malaysia, YMSS akan memperkenalkan unit ihsan bagi isu yang mengambil masa lebih dua hari untuk diselesaikan.

Selain empat pejabat dan cawangan perkhidmatan di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu serta tiga cawangan perkhidmatan di Kemaman, Kuching serta Melaka, YMSS merancang untuk memperluas rangkaian cawangan secara sistematik di Malaysia.

"YMSS sudah berada di Malaysia sejak tahun 1988 dan hari ini, kami berada pada paras yang paling kukuh. Dengan sokongan penuh daripada Johnson Controls, kini kami mempunyai seramai 170,000 kakitangan di seluruh dunia yang boleh menyokong pasukan kami dan kami sedia untuk menunjukkan kepada pelanggan kami manfaat kehadiran kami yang lebih kukuh," tegas Tang lagi.

Mengenai Johnson Controls

Johnson Controls adalah pemimpin industri dan teknologi pelbagai global yang memberi khidmat kepada pelanggan di lebih daripada 150 buah negara. Seramai 170,000 kakitangan kami mencipta produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang berkualiti untuk mengoptimumkan tenaga dan kecekapan operasi bangunan; bateri automotif asid plumbum dan bateri canggih bagi kenderaan hibrid dan elektrik; dan sistem dalaman untuk kereta. Komitmen kami kepada kemampanan telah wujud sejak penubuhan kami lagi pada tahun 1885, dengan ciptaan termostat elektrik bilik yang pertama. Melalui strategi pertumbuhan kami dan dengan meningkatkan bahagian pasaran, kami komited untuk meningkatkan nilai kepada pemegang saham dan membuat pelanggan kami berjaya. Pada tahun 2015, Corporate Responsibility Magazine mengiktiraf Johnson Controls sebagai syarikat #14 dalam senarai tahunannya "100 Warga Korporat Terbaik". Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.johnsoncontrols.com.

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150625/8521504142
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150701/8521504142-b  
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC New products/services