PETALING JAYA, Malaysia, 1 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan pelaburan, Pacific Mutual Fund Bhd (salah sebuah ahli OCBC Group) menjangka pemulihan pasaran ekuiti Malaysia pada separuh kedua tahun 2015, selepas penyusutan yang ketara pada suku kedua tahun 2015.
Ketua pegawai pelaburan Pacific Mutual, Koh Huat Soon, berkata, "Pasaran ekuiti tempatan mengalami kejatuhan yang mendadak akibat isu-isu negatif yang membelungi pasaran. Oleh sebab harga saham dalam pasaran kini telah mengambilkira isu-isu negatif ini yang agak mendalam dan membawa kesan yang berleluasa, maka pasaran dijangka akan pulih pada separuh kedua tahun 2015."
"Penyelesaian muktamad isu-isu utama yang membimbangkan ini akan meningkatkan peluang pemulihan pasaran saham, dan pasaran dijangka menghala ke sasaran kami iaitu indeks utama pada 1830 mata pada akhir tahun," tambah Koh.
Perkembangan seperti pandangan harga minyak yang lebih positif, perubahan dalam trend menurun pendapatan semasa korporat dan pelarasan pasaran terhadap normalisasi dasar monetari AS akan menetapkan asas bagi pemulihan pasaran.
Pada perkembangan syarikat dan untuk mengakhiri separuh pertama tahun 2015, Pacific Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan untuk 8 dana, berjumlah RM10 juta.
Para pelabur untuk dana-dana ini bakal menerima agihan pendapatan berikut:
Pacific Millennium Fund |
– |
5.00 sen seunit |
Pacific Recovery Fund |
– |
4.00 sen seunit |
Pacific SELECT Balance Fund |
– |
3.00 sen seunit |
Pacific SELECT Income Fund |
– |
1.50 sen seunit |
Pacific Dana Dividen |
– |
1.50 sen seunit |
Pacific ELITE Asia Dividend Fund |
– |
1.50 sen seunit |
Pacific ELITE Global Dividend Fund |
– |
3.00 sen seunit |
Pacific Cash Fund |
– |
0.30 sen seunit (agihan suku tahunan) |
PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada pertengahan tahun 2015, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.65 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian.
HUBUNGAN MEDIA:
Cindy Leong +60-03-7725-9877 sambungan 238, indy@pacificmutual.com.my
Cindy Thean, +60-03-7725-9877 sambungan 226, cthean@pacificmutual.com.my