omniture

Sabre Menyelesaikan Pengambilalihan Abacus International

GDS Terkemuka Asia Pasifik akan menggalakkan pertumbuhan global yang pesat untuk Sabre
Abacus International
2015-07-01 16:00 621

SINGAPURA, 1 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Sabre Corporation (NASDAQ: SABR) hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pengambilalihan Abacus International, sistem pengedaran global (GDS) terkemuka di rantau Asia Pasifik.

"Penambahan Abacus menguatkan lagi kedudukan peneraju Sabre dalam rantau Asia Pasifik yang berkembang pesat," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabre, Tom Klein. "Kebolehan kami untuk menggabungkan kemampuan platform teknologi global Sabre yang kukuh dengan kepakaran pasaran tempatan Abacus yang mendalam akan memberikan pelanggan syarikat penerbangan, hospitaliti dan agensi pelancongan Asia Pasifik dengan inovasi serta pilihan perkhidmatan yang tidak pernah didapati sebelum ini. Ia juga menjadikan kami rakan kongsi teknologi yang ideal untuk pelanggan global yang ingin terus maju dan berkembang di rantau Asia Pasifik."

Abacus membantu lebih 100,000 ejen pelancongan merentasi 59 pasaran di rantau Asia Pasifik dan mempunyai hubungan peringkat global serta tempatan yang unik dengan syarikat-syarikat penerbangan dan hotel-hotel, termasuk portfolio terkemuka untuk bahan syarikat penerbangan berkos rendah serta bahan syarikat penerbangan China.

Sabre, yang sebelum ini memiliki 35% daripada Abacus, mengambil alih bahagian wang tunai bersih selebihnya yang dipertimbangkan iaitu sebanyak $411 juta.

Secara berasingan,pengambilalihan itu turut melibatkan persetujuan pengedaran jangka masa panjang baharu antara Sabre dan 11 buah syarikat penerbangan Asia yang sebelum ini berkongsi pemilikan Abacus bersama Sabre.

Pengambilalihan itu, termasuk penyelarasan modal kerja berkaitan serta tunai yang diperoleh, dibiayai melalui tunai dalam tangan, ditambah dengan pinjaman pusingan sebanyak $70 juta.

Sabre juga turut menandatangani perjanjian untuk mengambil alih syarikat pemasaran kebangsaan Abacus, Abacus Distribution Systems (Hong Kong) .

Bahagian pengurusan Sabre akan mengemas kini panduan kewangan yang berkaitan dengan pengambilalihan Abacus sewaktu panggilan persidangan pendapatan syarikat itu seterusnya, yang dijadualkan pada hari Selasa, 4 Ogos 2015.

Latar Belakang Syarikat

Sabre Corporation merupakan penyedia teknologi terkemuka untuk industri perjalanan dan pelancongan peringkat global. Penyelesaian perisian, data, mudah alih, dan pengedaran Sabre digunakan oleh ratusan syarikat penerbangan dan ribuan hotel untuk mengurus pengendalian penting, seperti tempahan penumpang dan tetamu, pengurusan hasil, serta pengurusan penerbangan, rangkaian dan juga anak kapal. Sabre turut mengendalikan pusat pelancongan terkemuka dunia, memproses perbelanjaan pelancongan tahunan sebanyak $110 bilion. Beribu pejabat di Southlake, Texas, AS, Sabre beroperasi di kira-kira 60 buah negara seluruh dunia.

Maklumat Laman Sesawang

Kami sentiasa memuat naik maklumat penting untuk para pelabur melalui laman sesawang kami www.sabre.com, pada bahagian Hubungan Pelabur. Kami ingin menggunakan laman sesawang ini sebagai saluran untuk menghebahkan bahan, maklumat bukan awam dan untuk mematuhi tanggungjawab penghebahan kami di bawah Kawal Selia FD. Oleh itu, pihak pelabur perlu sentiasa memantau bahagian Hubungan Pelabur dalam laman sesawang kami, selain mengikuti siaran media, pemfailan SEC, panggilan persidangan awam, pembentangan, dan siar web kami. Maklumat yang terkandung di dalam, atau yang boleh diakses melalui laman sesawang kami, tidak dimasukkan dengan merujuk ke dalam, dan bukan sebahagian daripada dokumen ini.

Kenyataan Jangkaan

Beberapa kenyataan dalam hebahan ini merupakan kenyataan jangkaan tentang ikutan, peristiwa masa depan, ketidakpastian dan rancangan serta jangkaan kami tentang apa yang mungkin akan berlaku pada masa depan. Mana-mana kenyataan yang bukan fakta sejarah atau fakta semasa adalah kenyataan jangkaan. Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengenal pasti kenyataan jangkaan melalui perkataan seperti "akan", "menjangka", "mahu", "menganggarkan", "mungkin", "berpotensi" atau yang berlawanan dengan istilah ini atau perkataan lain yang mirip maksudnya. Kenyataan jangkaan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, dan faktor-faktor lain yang mungkin akan menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Sabre berbeza daripada sebarang keputusan, prestasi atau pencapaian masa depan yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan jangkaan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berpotensi termasuklah, antara lainnya, penyelesaian dan kesan pengambilalihan yang digambarkan dalam hebahan ini, kebergantungan kepada jumlah urus niaga dalam industri pelancongan global, terutamanya jumlah urus niaga penerbangan udara, keadaan ekonomi dan politik global dan rantau yang buruk, kebergantungan terhadap pengekalan dan pembaharuan semula kontrak dengan pelanggan dan pihak lain, pendedahan kepada tekanan peletakan harga dalam perniagaan Rangkaian Pelancongan, kebergantungan terhadap hubungan dengan pembeli pelancongan, perubahan yang memberi kesan kepada pelanggan pembekal pelancongan, penggunaan model pengedaran pilihan oleh pembekal pelancongan, dan persaingan dalam pasaran pengedaran pelancongan serta pasaran penyelesaian. Maklumat lanjut tentang risiko dan ketidakpastian berpotensi yang boleh menjejaskan perniagaan dan hasil operasi kami dimasukkan dalam Bahagian I, Item 1A, "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Sabre pada Borang 10-K bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2014 yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran. Walaupun kami percaya jangkaan yang dicerminkan dalam kenyataan jangkaan ini adalah munasabah, kami tidak boleh menjamin kejadian, keputusan, tindakan, paras aktiviti, prestasi atau pencapaian pada masa depan. Para pembaca diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak munasabah terhadap kenyataan jangkaan ini. Jika tidak diwajibkan oleh undang-undang, Sabre tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara umum sebarang kenyataan jangkaan bagi mencerminkan keadaan atau kejadian selepas tarikh ia dibuat.

Wakil Media:

Pam Wong
+447-968-902-626
pam.wong@sabre.com

Maklumat Bahagian Hubungan Pelabur:

Barry Sievert
+1-682-605-0214
barry.sievert@sabre.com 

Source: Abacus International
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Passenger Aviation Travel Acquisitions, mergers, takeovers