omniture

Perfect World Umumkan Kemajuan Baharu Dicapai oleh Program Zhi-Xing China

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2015-07-01 16:22 290

BEIJING30 Jun 2015 /PRNewswire/ -- Perfect World Co., Ltd. ("Perfect World" atau "Syarikat") berbesar hati mengumumkan perkembangan terkini dalam Program Fellowship Pemimpin Muda AS-China Zhi-Xing China-Perfect World ("Program Zhi-Xing China"). Program ini bertujuan untuk menyatukan ahli-ahli muda masyarakat AS serta China dan telah dilancarkan dengan jayanya pada penghujung Disember 2014. Pada petang 22 Jun, waktu tempatan, Naib Perdana Menteri China Liu Yandong telah bertemu wakil pertama Amerika bagi program itu buat kali pertama, menandakan satu pencapaian baharu.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150625/225622

Program Zhi-Xing China telah dilancarkan oleh Persatuan Pendidikan China untuk Perkongsian Antarabangsa bersama Yayasan Eisenhower. Program ini merupakan usaha rintis, membawa semangat kerjasama Perundingan Peringkat Tinggi AS-China tentang Perkongsian antara Masyarakat (CPE) kali ke-5. Ia bertujuan untuk membina platform bagi penyelidikan dan perkongsian antara China serta Amerika Syarikat, dan juga menyasarkan hubungan dua hala AS-China dan juga meluaskan saluran untuk tujuan perkongsian kebudayaan selanjutnya. Perfect World berbesar hati menyokong dan membiayai Program Zhi-Xing China ini.

Ruby Wang, Naib Presiden dan jurucakap rasmi untuk Perfect World dan Pengurus Besar Perfect World Education Investment Co., Ltd., berkata, "Kami amat teruja dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada Program Zhi-Xing China. Kami berkongsi visi yang sama untuk memajukan perkembangan berterusan jangka panjang perkongsian antara masyarakat, dan kami berbangga mendedikasikan usaha kami kepada program ini, yang dijangka akan diteruskan untuk sekurang-kurangnya 10 tahun bagi menyampaikan pengaruh yang berkesan serta berkekalan. Sebagai perusahaan Internet dengan kehadiran di peringkat antarabangsa, kami menyokong sepenuhnya kolaborasi dan kerjasama yang dipertingkat antara masyarakat negara-negara berbeza, dan kami berharap Program Zhi-Xing China akan terus memimpin perkongsian berterusan antara generasi muda di A.S. dan juga China."

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Higher Education